Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Semua dapat A?

Hi u olls.. Terima kasih le singgah nk jenguk blog ambe.. hehehe... Keputusan peperiksaan PMR dah pun diumumkan.. menipu bangat sih jika dikatakan saye tak berdebar.. Memanglah kat sekolah saya sekarang tidak lagi mengajar Matematik tapi di Cikgu Norm Centre, saya masih lagi bergelar cikgu Matematik.. hehehe...
Masih teringat lagi, masa di SMK Wangsa Melawati, saya adalah salah seorang guru yang akan berdebar tahap gaban apabila result nk keluar.. debarannya mungkin sama seri dengan budak2 yang amik result exam tu.. Air mata ni jatuh pun bukan sedikit bila dipeluk oleh anak2 murid..Masih segar dalam ingatan apabila saya diberi tanggungjawab mengajar 5 kelas Tingkatan 3.. Fuh.. berpeluh weh... tapi ianya tetap menjadi satu kenangan yang indah.. Ada satu tahun tu, tak berapa ingat.. semua pelajar dalam kelas dapat "A" dalam Matematik kecuali seorang (yg memang x dapat diselamatkan krn masalah kesihatan). Ya Allah, gembiranya perasaan ini. Dan perkara yang paling menakutkan apab…

Susahnya nak update Laman Web!!

Hi readers.. Blog kalau tak update tak de sapa nk marah sebab nk update blog ni kenalah ada mood dan ada rasa nak update. Lain dengan Laman Web Rasmi.. WAJIB update kalau ada perkara baru.. semua orang nk tengok apa yang kita nk update... kita pun seronok kalau dapat update perkara2 terkini.Tapi ada jugak yang mulut2 busuk ni yang kata macam2 bila kita tak update.. Ooo.. bagusnya mulut.. dasar x gosok gigi memang lah busuk...Tapi nak tanya sikit.. kalau info tak ada macam mana nak update? Saya nk kena kejar dan cari semua.. nak kena tau semua benda? Saya nk kena jadi kepoci lah ek? Lepas tu yg mulut2 cam jamban ni pulak akan kata saya ni penyebok.. nak tau je seme benda.. isk.. serba x kenalah..
Saya bukan nak menceceh tapi takkanlah semua info saya nk kena cari sendiri.. email saya dah tinggalkan.. semua patut fahamlah bila saya nk update apa2 saya perlukan maklumat tapi kalau tak de sapa nak bagi input, matilah saya..
Saya bukan tak nak update info pasal keputusan PMR semalam kat Lama…

Cik Lyssa Cute & Cik Aliya Comel

Hi readers..Saya sebenarnya dah lama mengjadi seorang blogger tapi boleh dikatakan blogger hangat2 tahi ayamlah.Tapi entah kenapa tiba2 cuti sekolah ni saya jadi kemaruk pulak nak berblogging dan akhirnya inilah hasil kerja saya. Follower yang berzaman torat duk 3 orang je.. Tapi sekarang makin meningkat dan dah 35 kot (masa tulis entry ni). Tetiba je dalam 3 hari tu, graf naik mencanak macam ni.. memang x leh lawan le Cik Lyssa tapi... hahaha.. bangga jugak nih.. 




Nak tahu cerita tak? Blog saya simple sahaja selalunya, macam blog saya yang lain seperti kat Cikgu Norm Centre atau dekat Blog ICT SPM yang mana hanya menggunakan templete sedia ada. Hahaha. Bukan x pandai nk menggodeh2 skrip html tu tapi macam tak ada idea je n huruf M tu besar sangat (MALAS).
Tapi hari2 saya tengok anak saya yang comel tu selalu sibuk edit blog dia.. nak intai2, boleh le gi kat Aliya Comel.. cantik jugalah blog untuk budak umur 10 tahun kan? Dia baru umur 10 tahun ye.. Ibu bangga dengan Aliya!! Caya sama l…

Rekaan Bangunan Terbaik di Dunia

Senibuna moden telah membawa banyak bangunan-bangunan yang menakjubkan di dunia. Bentuk yang aneh, reka bentuk yang bercita-cita tinggi, bahan-bahan baru, dan gaya yang berbeza dan baru. Terdapat banyak bangunan yang menakjubkan hasil kerja jurutera yang kreatif dan disenaraikan di bawah, 10  bangunan terbaik dan menakjubkan di dunia.
Bahá’í House of Worship a.k.a Lotus Temple, Delhi, India



Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands




Dancing Building, Prague, Czech Republic



Bangunan ini siap dibina pada tahun 1996. Bangunan ini adalah hasil binaan semula setelah bangunan asal di tapak tersebut musnah dalam pengeboman di Prague pada tahun 1945.
Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France


Dibina oleh seorang penghantar surat (posmen) untuk tujuan digunakan sebagai kubur sendiri tetapi gagal dalam permohonan lesen
Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany


Dibina pada tahun 2000. Bangunan ini mempunyai 105 pangsapuri dengan ciri-ciri berwarna-warni.
Guggenheim Museum, Bilbao, Spain

B…

Menjunjung Kasih ~Tuanku Mizan Zainal Abidin

Mengimbas kembali sejarah : Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan dijangka berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.  Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebaga…

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Setiap awal tahun, inilah yang kita selalu cari. Setiap kakitangan awam harus ada ke salinan jadual pembayaran gaji ni? Rasanya perlu kot.. tak perlulah asyik nak tanya orang je. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu kita semua dalam merancang kewangan.


Semoga ianya menjadi panduan kita semua. Kita harus merancang kewangan kita kerana tahun 2012 menyaksikan ada beberapa bulan yang penjawat awam akan menerima gaji kurang dari 15hb. Semoga menjadi panduan buat semua.
Untuk bulan Dec 2011 ini, gaji kakitangan awam adalah pada 19 Dec 2011. Bonus bila pulak ek? Hehehe.

SPM telah tamat!!

Lama betul saya tidak menulis.. ops.. lebih tepat lagi.. lama tidak menaip di blog ini. Sibuk ke? Hehe.. boleh tahanlah. Ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan SPM telah mengambil separuh dari cuti akhir tahun. 
Kebanyakkan sekolah telahpun tamat peperiksaan SPM.. tapi secara rasminya kertas terakhir pada 14/12/11. Tapi masih terngiang2 lagi jeritan pelajar sekolah yang telah tamat peperiksaan. Pelajar2 mula melompat2.. ada yang membawa kamera, membawa video kamera kerana tidak mahu melepaskan saat2 akhir berada di sekolah dan mungkin juga hari terakhir menyarungkan pakaian sekolah. Tidak kurang juga gelagak menandatangani baju dengan marker pen. Pelbagai corak can kreativiti yang dapat dilihat.. Lagi bangga agaknya mereka rasa dengan corak2 di baju ini singgah di pusat membeli belah.. Nak beritahulah seluruh dunia bahawa mereka sudah bebas.
Ada juga yang agak nakal membawa tepung dan mercun tetap selalunya kesempatan membuat nakal ini hy dapat dilakukan di luar sekolah kerana kawalan…

Pelajar ICTL - Form 2

Bermula dari bulan Julai 2011 sekolah telah menawarkan satu mata pelajaran baru diluar jadual waktu iaitu ICTL bagi semua pelajar Tingkatan 1 dan 2. Memandangkan prasarana yang ada di sekolah adalah kurang, sekolah membuat keputusan untuk menawarkan kelas kepada mereka yang berminat dan terhad. Pada awalnya, sambutan amat menggalakkan akan tetapi hari demi hari kedatangan kurang memuaskan dan semakin kurang hari ke hari, namun begitu ada pelajar2 yang menunjukkan minat yang mendalam dan tidak pernah ponteng walau satu sesi kelas. Tahniah.. habuan pasti akan menanti anda. Di dalam kelas ICTL, mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas komputer seperti pengenalan kepada sistem komputer dan sebagainya. Memandangkan kelas bermula agak lewat iaitu selepas pertengahan tahun, saya telah merangka kurikulum tersendiri untuk pelajar2 Tingkatan 2. Mereka bermula dengan MS Word, MS Excel, MS Power Point dan saya menambah satu kurikulum yang menarik iaitu penggunaan laman Google sepenuhny…

HLP, idaman hati..

Badan kurang sihat... hari ni banyak merehatkan diri.. melarikan diri dari berada di Smartlab dan bersembunyi agar tidak diganggu.. maaf semua teman2 atas kesulitan yang dihadapi.. banyak perkara berlaku.. saya perlu bersendiri... Cuma rasa macam nak mencoretkan sesuatu sahaja malam ini sebelum melelapkan mata. Dua minggu ini banyak teman2 memohon bantuan untuk penyediaan proposal bagi permohonan HLP. 
Nostalgia.. Teringat lagi.. pada tahun 2007 sekitar bulan Ogos juga rasanya saya ada memohon perkara yang sama iaitu HLP atau lebih mudah difahami sebagai biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh. Sememangnya HLP ini menjadi idaman semua guru yang ingin menyambung pelajaran. Bukan sedikit yang memohon... berkotak2 juga sedangkan utk diambil hylah beberapa sahaja.. mungkin hy 5% dari jumlah permohonan. Ketika itu, tiada bantuan, tiada panduan, saya mengisi borang online dan ketika mengisi, ada ruangan utk ringkasan thesis yang ingin dilakukan semasa belajar nanti. Dengan bangganya, saya…

Soalan ICT Trial SPM 2011

Menguap

Ada ke antara kita yang tidak pernah menguap? Semua orang pernah menguap dan sering menguap... kadar kekerapan menguap akan bertambah semasa bulan puasa dek kerana perut yang kosong dan mungkin juga kerana kurang tidur..
hari ini sewaktu saya menjaga peperiksaan... biasalah, pelajar yang tidak tahun nak jawab apa pasti akan mengambil keputusan utk tidur sahaja di atas kertas jawapan.. mungkin ada yang bagus sedikit tidak tidur tapi menguap berkali2.. sekali menguap.. dua kali menguap... tidak salah menguap tetapi yang salah ialah apabila kita menguap, kita ngangakan mulut2 seluas2nya tanpa menutupnya walau sedikit pun.. kalau kita bersendirian mungkinlah tidak mengapa.. kalau ada yang memandang kita... tiadakah perasaan malu? cuba banyangkan rupa kita bila kita menguap dengan membuka mulut seluas2 alam?
Kalau bayi ini menguap, memang kelihatan sangat2 comel.. semua orang akan suka... semua orang tak akan kata apa2... Sebab bayi kalau menguap, memang sangat comel dan selalunya kalau bayi…

Sakitnya hati...

Hari ini seharian saya belajar bagaimana nak buat Embed PDF file di laman web. Agak menjadi satu tekanan juga. Pengakhirannya sangat mendukacitakan.. masih tidak berjaya.. pelbagai cara dah cuba.. ni lah dia kalau belajar melalui internet.. nak kena cari sifu jugak ni... sungguh tidak senang apabila hajat hati tak kesampaian.. saya tahu bahawa ia pasti boleh dilakukan... Sedih betul.. siapa lah yang boleh bantu saya bagaimana nk embedkan file pdf kat joomla ni. Saya akan cuba lagi....

Tema : Boring

Sindrom yang sama.. bila balik bercuti lama pasti temanya sama : boring.. boring... tak kira cikgunya mahupun pelajar... wkwkwkwk.... mana tidaknya.. seminggu cuti dirasakan macam baru 3 hari...
Tapi tugas harus kita laksanakan.. kerja tetap kena pergi.. kalau ikutkan syaitan dalam hati yg menghasut suruh sambung cuti... dengan pelbagai alasan bernas di dalam kepala ini.. memanglah MC atau CRK saya hari ini.. mujurlah kekuatan iman dan juga pertimbangan yang waras... hasutan syaitan berjaya dipatahkan...
Keluar rumah agak lewat pagi isnin (semalam).. sepatutnya kalau waktu macam itu jalan memang tak boleh blah jammed.. tapi sebaliknya berlaku... jalan clear... lancar.. sampai di sekolah masih awal.. masih belum lewat punchnya... sambil2 berlalu... Pandang ke dinding.. fuh.. berderet mereka yang MC dan CRK.  :(
Terfikir dalam kepala.. oooo... patutlah jalan lengang.. ramai yg masih cuti rasanya.. mungkin yg lenguh kaki kerana jalan jammed masa balik ke KL atau mungkin ada yang baru ti…

Jadual Peperiksaan PMR 2011

Sila klik pada gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Merdeka...

Hari ini sepenuhnya diperuntukkan untuk menyiapkan buku program atau lebih senag kita katakan pamplete untuk Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 15 Ogos nanti iaitu pada hari Isnin. Ini kali pertama saya akan rasai bagaimana meriahnya sambutan di SMK St. John. Tak sabar rasanya... Kalau dilihat dari apa yang dilakukan masa latihan tadi nampaknya pasti akan mengundang air mata dan meremang juga bulu roma. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat.. tapi bagi saya.. saya sangat patriotik dan mudah tersentuh dengan sambutan Hari Kemerdekaan... tidak pernah rasanya tidak bergenang air mata tiap kali lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang dinyanyikan beramai2.. Masakan tidak.. saya bersyukur dengan kemerdekaan kita.. saya bersyukur dijadikan sebagai rakyat Malaysia yang aman dan selesa dan juga harmoni.
Mungkin ada sesetengah pihak yang masih belum puas dengan apa yang kita ada di Malaysia tapi saya tetap bangga.. saya sayangkan negara ini.. saya mahukan saat2 saya menyam…

Baru 5 minit exam...

Musim exam telah bermula.. Pelajar PMR sibuk menduduki peperiksaan percubaan... Semalam saya menjaga peperiksaan di salah sebuah kelas.. memulakan peperiksaan... seingat saya, matapelajaran Sains Kertas 1.
Apa yang membanggakan, guru tidak perlu menulis kertas apa yang sedang diduduki, masa bermula dan tamat di papan putih kerana telahpun di tulis oleh ketua tingkatan. Bagus.. bagus.. pelajar juga akur duduk mengikut senarai nama dalam buku register. Tiada pensil box... suasananya seperti peperiksaan sebenar.
Selepas mengedarkan kertas, dan memberi arahan, pelajar akan mula menjawab. Ku perhatikan.. ku tenung.. ada yang lansung tidak menyelak kertas soalan.. ada juga yang selak muka surat satu dan bertafakur di situ. Yang menambah kesan di hati, ada yang terus meletakkan kepala di atas lengan dan tidur... Remuk redam hati ini.. apakan tidak.. boleh ku bayangkan kepayahan guru mengajar... dengan kelas tambahan lagi... segala ilmu yang diturunkan.. begini caranya di balas.. kadang2 rasa sang…

Benda baru...

Hujung bulan Julai, sekolah diberi taklimat dengan penggunaan satu sistem baru yang bernama SAPS. Sistem ni digunakan untuk menyelaraskan sistem pemarkahan pelajar di seluruh negara secara online. Pada pandangan peribadi, saya gembira dengan kewujudan sistem ini yang mana pihak kementerian pelajaran dapat memantau pencapaian pelajar dan mengurangkan kerenah birokrasi yang mana proses sebelum ini memakan masa yang sangat lama utk membolehkan kementerian mendapat perkembangan sekolah... Dari sekolah ke PPD, dar PPD ke JPN dan dari JPN barulah ke KPM. Sekarang dengan hy satu klik semua pihak boleh mendapat maklumat yang dicari.
Teringat sewaktu di sekolah lama, untuk memudahkana pengiraan markah dan pengurusan peperiksaan, kami membeli satu perisian yang kebanyakkan sekolah menggunakannya... Kalau tak silap dalam rm600 untuk pakejnya. Syukur.. Dengan kehadiran sistem tersebut, byk sungguh kebaikannya.. Pada awal perlaksanaannya juga ada kekangan seperti meliterasikan guru menggunakannya t…

Aduhai... Penatnya...

Semalam operasi format all pc kat smartlab. Biasalah, sehari boleh siapkan 2 komputer sahaja.. Hari ini sambung lagi.. Masih dapat dua biji pc sahaja lagi... Aduhai.. Penat sungguh... Bukan mudahkan.???.. Sebab tulah kalau kat kedai, paling2 rm50 untuk satu pc. Fuh.. Kaya2.. Kalau ikut.. RM200 dah dalam poket ini.. Tp inilah kerja aku sejam lebih 10 tahun yang lalu...
Keadaan pc yang agak lama menyukarkan dan melambatkan proses.. Kalau setakat install windows sahaja ok gak.. Tp perlulah masukkan juga MS Office, antivirus, chrome, acrobat reader. Itu belum buat setting LAN utk printer lagi tu.. Blm install NETSUPPORT lagi tu.. Aduhai... Bila nk habiskan semua kerja ni..
So, tugasan utk buat website terpaksa ditangguhkan sebab kena buat penyelenggaraan dulu... Huhuuhu.. Sesungguhnya saya letih.. Angkat2 n susun2 balik pc ni memenatkan.. Maklumlah.. Monitornya saja dah dekat 5 kilo.. Semua monitor ni zaman purba..boleh buat tukun dah... Huhu.. X de ke sapa2 nk derma komputer baru kat sekol…

Bangga ke?

Mula update laman web sekolah ialah pada Jumaat lepas 15/7/11. Mujurlah dengan buku yang pengetua bagi dan bantuan teman2 lama terutama Farid yang banyak membantu walaupun sering saya ganggu dengan panggilan telefon utk bagi guideline tentang banyak perkara yang saya ingat-ingat lupa berkenaan Joomla ini. Syukur.. Tak sampai 2 minggu, hit yg saya jenguk sebentar tadi sudah mencecah 1223 pengunjung. Pendaftaran ahli juga sudah mencecah 150 orang.
Masih banyak yang perlu saya baiki dari segi 'templete' terutamanya yang saya masih belum dapat tukar dengan yang lebih cantik... "Step by step" kata orang.. Segalanya akan menjadi kenyataan dengan kesabaran dan kesungguhan yang ada juga ruang waktu yang ada. Selepas ni, saya akan turunkan sedikit demi sedikit kemahiran yang ada kepada guru2 ICT Yang lain kerana jika sekiranya saya ditakdirkan pergi dari SMK ST. John, mereka ada utk meneruskan laman web ini dengan jaya nya.. Tidaklah mati begitu sahaja.
Demi tuhan, ini adalah m…

Yang ke-2

Saya punya banyak blog yang aktif tetapi hampir kesemuanya telah saya tutup akaunnya. Yang tinggal kini adalah 2 blog sahaja. Satu adalah yang utama iaitu di http://normsuperb.wordpress.com dan yang ini adalah yang kedua yang mana blog ini saya akan lebih menumpukan kepada bidang pekerjaan saya iaitu dunia pendidikan.
Saya berharap agar saya mampu menguruskan kedua-dua blog saya ini dan memastikan ianya di update setiap masa atau paling2 pun sekali atau dua kali seminggu.
Semoga ramai rakan guru mahupun pelajar dapat menafaatkan blog ini sebaik mungkin.

Boringnyer

Hari ini kena gi sekolah lagi.. Borink sungguh le.. Hari ni ada kawad kaki peringkat sekola.. Bertugas bahagian statistik yang mana sekolah ni panggil 'logistik'. Entah aku yang makin bengap atau ada mana2 silap sebab setahu akulah, logistik adalah berkenaan dengan persiapan tempat... Tp belasah je le.. Kerja pun x susah.. Duduk bilik aircond.. Tunggu markah masuk... Borink......

Rasa cam nak balik ni.... Nk duduk rumah...l nak lepak. Hari2 dah penat kerja..l tuisyen lagi tiap2 malam... Menciiiiiii....