Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Thursday, 25 August 2011

Friday, 12 August 2011

Merdeka...

Hari ini sepenuhnya diperuntukkan untuk menyiapkan buku program atau lebih senag kita katakan pamplete untuk Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 15 Ogos nanti iaitu pada hari Isnin. Ini kali pertama saya akan rasai bagaimana meriahnya sambutan di SMK St. John. Tak sabar rasanya... Kalau dilihat dari apa yang dilakukan masa latihan tadi nampaknya pasti akan mengundang air mata dan meremang juga bulu roma. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat.. tapi bagi saya.. saya sangat patriotik dan mudah tersentuh dengan sambutan Hari Kemerdekaan... tidak pernah rasanya tidak bergenang air mata tiap kali lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang dinyanyikan beramai2.. Masakan tidak.. saya bersyukur dengan kemerdekaan kita.. saya bersyukur dijadikan sebagai rakyat Malaysia yang aman dan selesa dan juga harmoni.

Mungkin ada sesetengah pihak yang masih belum puas dengan apa yang kita ada di Malaysia tapi saya tetap bangga.. saya sayangkan negara ini.. saya mahukan saat2 saya menyambutnya tiap2 tahun akan turut dirasai sama oleh anak cucu saya nanti...

31 Ogos satu tarikh keramat... hari yang saya tidak pernah lepaskan peluang untuk melihat sambutannya... Tahun lepas.. di Stadium Putra Bukit Jalil.. walaupun puasa masa itu, saya dan anak saya Aliya gagah juga ke sana.. kerana lambat, terpaksa berdiri tapi tak mengapa.. rasa puas... meremang bulu roma melihat persembahan2 secara live tiada bandingannya..

Teringat juga tarikh keramat 31 Ogos beberapa tahun lalu ketika sambutannya di Putrajaya.. berkobar2 kami sekeluarga bermalam di Putrajaya.. tapi malam kemuncak itu juga.. satu panggilan yang tak akan saya lupakan di mana saya kehilangan bapa saudara saya Abdul Halim... bergegas kami balik ke kampung pada hari Merdeka itu juga..

Buat semua... jagalah Negara Kita.. Cintailah Negara Kita.. Jaga Keamanan ... Sambutlah dengan penuh rasa cintakan Negara..

Selamat Hari Merdeka!!


Wednesday, 10 August 2011

Baru 5 minit exam...

Musim exam telah bermula..
Pelajar PMR sibuk menduduki peperiksaan percubaan...
Semalam saya menjaga peperiksaan di salah sebuah kelas.. memulakan peperiksaan... seingat saya, matapelajaran Sains Kertas 1.

Apa yang membanggakan, guru tidak perlu menulis kertas apa yang sedang diduduki, masa bermula dan tamat di papan putih kerana telahpun di tulis oleh ketua tingkatan. Bagus.. bagus.. pelajar juga akur duduk mengikut senarai nama dalam buku register. Tiada pensil box... suasananya seperti peperiksaan sebenar.

Selepas mengedarkan kertas, dan memberi arahan, pelajar akan mula menjawab. Ku perhatikan.. ku tenung.. ada yang lansung tidak menyelak kertas soalan.. ada juga yang selak muka surat satu dan bertafakur di situ. Yang menambah kesan di hati, ada yang terus meletakkan kepala di atas lengan dan tidur...
Remuk redam hati ini.. apakan tidak.. boleh ku bayangkan kepayahan guru mengajar... dengan kelas tambahan lagi... segala ilmu yang diturunkan.. begini caranya di balas.. kadang2 rasa sangat2 tidak berbaloi.. Bertahun diberi ilmu... tapi masa yang diperuntukkan selama 1 jam itu lansung tidak dipergunakan sebaik2nya... malah dibalas dengan air liur basi di atas kertas soalan...

Pelajar2 yang cikgu sayang.. kenanglah... betapa sia2nya ilmu yang cikgu2 kamu curahkan.. keringat yang keluar krn ingin melihat kamu berjaya tapi ini balasannya?? Bukan duit ringgit yang cikgu mahukan tapi sekurang2nya ilmu yang dicurahkah dapat diluahkan semula untuk kepentingan diri pelajar itu sendiri.

Sedih....

Thursday, 4 August 2011

Benda baru...

Hujung bulan Julai, sekolah diberi taklimat dengan penggunaan satu sistem baru yang bernama SAPS. Sistem ni digunakan untuk menyelaraskan sistem pemarkahan pelajar di seluruh negara secara online. Pada pandangan peribadi, saya gembira dengan kewujudan sistem ini yang mana pihak kementerian pelajaran dapat memantau pencapaian pelajar dan mengurangkan kerenah birokrasi yang mana proses sebelum ini memakan masa yang sangat lama utk membolehkan kementerian mendapat perkembangan sekolah... Dari sekolah ke PPD, dar PPD ke JPN dan dari JPN barulah ke KPM. Sekarang dengan hy satu klik semua pihak boleh mendapat maklumat yang dicari.

Teringat sewaktu di sekolah lama, untuk memudahkana pengiraan markah dan pengurusan peperiksaan, kami membeli satu perisian yang kebanyakkan sekolah menggunakannya... Kalau tak silap dalam rm600 untuk pakejnya. Syukur.. Dengan kehadiran sistem tersebut, byk sungguh kebaikannya.. Pada awal perlaksanaannya juga ada kekangan seperti meliterasikan guru menggunakannya tapi setelah beberapa kali melakukannya, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Bukan sahaja pengiraan secara automatik, tapi siap dengan kad laporan individu yg mana guru tak pelu menulis byk perkara dalam kad laporan.. Hy cetak dan tampal.. Untuk menambahbaik, penggunaan fail pelajar lebih memudahkan menggantikan kad laporan.... Namun begitu, terdapat juga beberapa kekangan seperti guru perlu masukkan markah di komputer tertentu yang telah disediakan oleh SUP. Ada masanya terpaksa Beratur dan cop pc.. Dan adakalanya ketika cuti sekolah, cikgu terpaksa datang ke sekolah semata2 untuk key in markah seperti ketika peperiksaan akhir tahun mahu pun pertambahan tahun.

Kini, kementerian telah memperkenalkan satu sistem yang sangat2 bagus yang mana kekurangan yang lepas dapat diatasi. Kini cikgu boleh masukkan markah di mana2 sahaja. Di rumah, di KFC, MCD, atau mana2 sahaja yang ada WIFI. Bukan itu sahaja, guru juga boleh memilih waktu mana yang mahu dilakukan.. Siang.. Malam... Pagi.. Atau subuh hari...

Kedengaran pelbagai keluhan guru2 seperti sistem ini menyusahkan, dan sebagainya.. Ini adalah sistem baru.. Versi pertama.. Memanglah terdapat kekurangan di sana sini. Saya yakin, akan ada penambahbaikan.. Ia pasti memberi kita satu kelebihan. Sekarang mungkin masalah yang paling ketara ialah kelembapan sistem...

Petua saya buat guru-guru, lakukannya di waktu yang bukan waktu bekerja.. Mungkin waktu malam.. Kini waktu yg sesuai juga iaitu bulan Ramadhan, kita ada banyak masa yang boleh kita gunakan.. Mungkin sebelum atau selepas bersahur atau ketika bangun sebelum bersolat Tahjud.
Waktu itu juga rasanya anak2 sudah tidur.. Tiada yang akan mengganggu...
Tapi kalu cikgu kata waktu di rumah adalah bukan waktu buat kerja, saya tiada penyelesaiannya.

Apa yang penting.. Cikgu haruslah klik sekali sahaja untuk setiap link yang diberi. Jangan klik.. Klik.. Dan klik... Cikgu haruslah klik SEKALI sahaja.. Tunggu page loading (akan laju kalau bukan waktu puncak).

Saya sangat2 berbangga dengan mereka2 yang membangunkan sistem ini. Jika diberi peluang saya juga mahu join sekali..hehehe..

Untuk guru2 yang datang ke smartlab untuk melakukannya.. Saya bangga dengan anda.. Dengan sebakul kesabaran yang dibawa bersama markah2, dan juga mendengar nasihat yang diberi.. Akhirnya segalanya selesai....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...