Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Thursday, 29 September 2011

Pelajar ICTL - Form 2

Bermula dari bulan Julai 2011 sekolah telah menawarkan satu mata pelajaran baru diluar jadual waktu iaitu ICTL bagi semua pelajar Tingkatan 1 dan 2. Memandangkan prasarana yang ada di sekolah adalah kurang, sekolah membuat keputusan untuk menawarkan kelas kepada mereka yang berminat dan terhad. Pada awalnya, sambutan amat menggalakkan akan tetapi hari demi hari kedatangan kurang memuaskan dan semakin kurang hari ke hari, namun begitu ada pelajar2 yang menunjukkan minat yang mendalam dan tidak pernah ponteng walau satu sesi kelas. Tahniah.. habuan pasti akan menanti anda. Di dalam kelas ICTL, mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas komputer seperti pengenalan kepada sistem komputer dan sebagainya. Memandangkan kelas bermula agak lewat iaitu selepas pertengahan tahun, saya telah merangka kurikulum tersendiri untuk pelajar2 Tingkatan 2. Mereka bermula dengan MS Word, MS Excel, MS Power Point dan saya menambah satu kurikulum yang menarik iaitu penggunaan laman Google sepenuhnya.

Penggunaan SITES sangatlah menarik. Ia seperti mempunyai laman web tersendiri. Hasil kerja pelajara kana saya buat link di sebelah kiri blog saya. Anda boleh melihat hasil mereka. 
Tahniah kepada pelajar yang berusaha dan menunjukkan minat dalam menghasilkan SITES tersebut.
Terfikir juga untuk mengadakan pertandingan di kalangan pelajar kan.... tapi ada sapa nk sponsor hadiah?? Ada sapa2 nk sponsor???

Wednesday, 28 September 2011

HLP, idaman hati..

Badan kurang sihat... hari ni banyak merehatkan diri.. melarikan diri dari berada di Smartlab dan bersembunyi agar tidak diganggu.. maaf semua teman2 atas kesulitan yang dihadapi.. banyak perkara berlaku.. saya perlu bersendiri... Cuma rasa macam nak mencoretkan sesuatu sahaja malam ini sebelum melelapkan mata. Dua minggu ini banyak teman2 memohon bantuan untuk penyediaan proposal bagi permohonan HLP. 

Nostalgia.. Teringat lagi.. pada tahun 2007 sekitar bulan Ogos juga rasanya saya ada memohon perkara yang sama iaitu HLP atau lebih mudah difahami sebagai biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh. Sememangnya HLP ini menjadi idaman semua guru yang ingin menyambung pelajaran. Bukan sedikit yang memohon... berkotak2 juga sedangkan utk diambil hylah beberapa sahaja.. mungkin hy 5% dari jumlah permohonan. Ketika itu, tiada bantuan, tiada panduan, saya mengisi borang online dan ketika mengisi, ada ruangan utk ringkasan thesis yang ingin dilakukan semasa belajar nanti. Dengan bangganya, saya hy membiarkan ruangan itu kosong sahaja kerana saya berpendapat saya tidak perlu mengisi ruangan tersebut kerana saya ingin mengambil coursework sahaja tanpa thesis. Dan mungkin ruangan tersebut hy utk mereka yang memohon PHD sahaja. 

Syukur Alhamdulillah, saya disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga. Tempoh surat dan tarikh temuduga agak lama.. ketika itu saya mendapatkan panduan dari rakan yang pernah melanjutkan pelajaran dan mendapat HLP untuk menyiapkan proposal penuh untuk dibawa semasa temuduga kerana itu merupakan prasyarat semasa temuduga. Teringat lagi, ketika hari temuduga, badan kurang sihat.. demam dan muntah2.. so mood kurang baik. Temuduga berjalan agak kurang baik kerana salah seorang penemuduga yang membuatkan saya sedikit naik angin dan membuatkan saya buat muka menyampah kerana dia asyik bercerita betapa bagusnya dia menguruskan keluarga dan sambung belajar walaupun x dapat HLP dan buat part time. Cara dia berkata2 agak menyakitkan hati membuatkan saya menjawab dengan cara yang jelas saya tidak berpuas hati (melawan le.. huhu). Keluar dari bilik temuduga, perasaan 99% mengatakan bahawa saya pasti gagal. Dan perasaan itu 100% menjadi kenyataan. Saya GAGAL.

Pada tahun 2008 sekitar bulan Mac, sekali lagi HLP dibuka utk permohonan. Kali ini juga sama, saya nekad untuk mengisi borang online dan masih juga tidak mengisi ringkasan proposal seperti diminta. Sekali lagi saya dipanggil untuk temuduga. Kali ini, saya memurnikan proposal saya utk dibawa semasa temuduga. Kali ini saya cukup bersedia untuk menjaga emosi kalau di 'provoke' oleh penemuduga. Syukur, kali ini mereka lebih fokus kepada diri saya, pengetahun saya, hala tuju saya dan bertanya perkara2 yang mengarah kepada tugas2 saya kini dan rancangan akan datang dan juga tumpuan kepada proposal yang dibentangkan. Biarpun 70% dari perbualan itu dalam Bahasa Inggeris tapi segalanya berjalan sangat baik. Perasaan setelah keluar dari bilik temuduga berubah 100% dari kali pertama dulu. Saya cukup yakin bahawa saya akan dapat kali ini. Sejak balik dari temuduga, saya mula menghabiskan tugas2 di sekolah dan mula menyerah tugas sedikit demi sedikit.

Detik hati saya tidak menipu, berita baik ini diterima dengan sungguh rasa puas. Saya berjaya ditawarkan HLP tahun 2008 dan saya perlu mencari universiti yang bersesuaian dengan bidang yang ditawarkan di dalam HLP iaitu Pengajian Teknologi Maklumat. Memilih University juga meninggalkan kesan yang sangat mendalam di hati ini kerana banyak cabaran yang terpaksa saya lalui. Akan saya ceritakan kemudian.

Tips utk permohonan HLP seperti yang diberitahu oleh pegawai di Bahagian Biasiswa ialah pertama saringan yang perlu dilepasi ialah syarat2 yang telah diberi dalam panduan permohonan. Jika salah satu tidak menepati.. borang anda akan terus diasingkan tanpa penilaian kedua. Oleh itu, pastikan syarat2 yg diberi harus dipatuhi atau dengan kata yg lebih kasar.. anda harus memenuhi syarat. Kalau syarat ada yang x cukup, buat penat je mohon. Tapisan pertama pun dah tak lepas.

Sumbangan anda diperingkat Kementerian, Jabatan dan Sekoah sangat2lah memainkan paranan. Sijil2 yang berlambak kalau hanya bertajuk Sijil Penyertaan juga tidak membantu. Sijil2 yang tercatat Sijil Penghargaan bernilai tinggi apatah lagi jika kepala sijilnya Kementerian Peajaran maupun Jabatan Pelajaran.

Tiada yang musatahil cikgu2.. kalau anda memenuhi syarat, mohonlah.. yakinkan..
Kalau ada yang tanya, Saya ada kabel ke? Jawapan mudah saya... "TIADA".. saya berdiri di atas kaki saya sendiri dan saya berjaya memilikinya..

Good Luck buat semua kawan2 yang memohon. Moga kini giliran anda.


Thursday, 8 September 2011

Menguap

Ada ke antara kita yang tidak pernah menguap? Semua orang pernah menguap dan sering menguap... kadar kekerapan menguap akan bertambah semasa bulan puasa dek kerana perut yang kosong dan mungkin juga kerana kurang tidur..

hari ini sewaktu saya menjaga peperiksaan... biasalah, pelajar yang tidak tahun nak jawab apa pasti akan mengambil keputusan utk tidur sahaja di atas kertas jawapan.. mungkin ada yang bagus sedikit tidak tidur tapi menguap berkali2.. sekali menguap.. dua kali menguap... tidak salah menguap tetapi yang salah ialah apabila kita menguap, kita ngangakan mulut2 seluas2nya tanpa menutupnya walau sedikit pun.. kalau kita bersendirian mungkinlah tidak mengapa.. kalau ada yang memandang kita... tiadakah perasaan malu? cuba banyangkan rupa kita bila kita menguap dengan membuka mulut seluas2 alam?

Kalau bayi ini menguap, memang kelihatan sangat2 comel.. semua orang akan suka... semua orang tak akan kata apa2... Sebab bayi kalau menguap, memang sangat comel dan selalunya kalau bayi kita menguap, orang dewasa yang melihatnya akan cuba utk menutupnya dengan jari.. Tapi itu bayi... tapi kalau orang dewasa... Masya Allah... pandangannya sangat2lah kurang menyenangkan..

Dari apa yang saya pernah baca, saya hanya menyenaraikan kembali 3 adab menguap. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan mengamalkannya...



Menahan menguap sekadar mampu
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW, bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya Allah Taala suka apabila orang bersin, lalu dia mngucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak setiap Muslim yang mendengarkan pula mengucapkan 'Yarhamkallaah'. Adapun menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya."
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Apabila sesorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). "
Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

Makruh mengangkat suara ketika menguap
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, dan at-Tarmizi daripada nabi Muhammad SAW, katanya yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan mambenci oarng yang menguap. Maka, apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haa haa, kerana yang demikian itu syaitan akan memtertawakanmu."

Ibnu as-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin az-Zubair r.a., katanya: telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 
"Sesungguhnya Allah azzawajalla mambenci mengangkat suara ketika manguap dan bersin."
Allahualam.. semoga kita sama2 mendapat manfaat dan jika saya tersilap harap maaf.

p/s : Gambar adalah hiasan semata2.


Wednesday, 7 September 2011

Sakitnya hati...

Hari ini seharian saya belajar bagaimana nak buat Embed PDF file di laman web. Agak menjadi satu tekanan juga. Pengakhirannya sangat mendukacitakan.. masih tidak berjaya.. pelbagai cara dah cuba.. ni lah dia kalau belajar melalui internet.. nak kena cari sifu jugak ni... sungguh tidak senang apabila hajat hati tak kesampaian.. saya tahu bahawa ia pasti boleh dilakukan...
Sedih betul.. siapa lah yang boleh bantu saya bagaimana nk embedkan file pdf kat joomla ni.
Saya akan cuba lagi....

Tuesday, 6 September 2011

Tema : Boring

Sindrom yang sama.. bila balik bercuti lama pasti temanya sama : boring.. boring... tak kira cikgunya mahupun pelajar... wkwkwkwk.... mana tidaknya.. seminggu cuti dirasakan macam baru 3 hari...

Tapi tugas harus kita laksanakan.. kerja tetap kena pergi.. kalau ikutkan syaitan dalam hati yg menghasut suruh sambung cuti... dengan pelbagai alasan bernas di dalam kepala ini.. memanglah MC atau CRK saya hari ini.. mujurlah kekuatan iman dan juga pertimbangan yang waras... hasutan syaitan berjaya dipatahkan...

Keluar rumah agak lewat pagi isnin (semalam).. sepatutnya kalau waktu macam itu jalan memang tak boleh blah jammed.. tapi sebaliknya berlaku... jalan clear... lancar.. sampai di sekolah masih awal.. masih belum lewat punchnya... sambil2 berlalu... Pandang ke dinding.. fuh.. berderet mereka yang MC dan CRK.  :(

Terfikir dalam kepala.. oooo... patutlah jalan lengang.. ramai yg masih cuti rasanya.. mungkin yg lenguh kaki kerana jalan jammed masa balik ke KL atau mungkin ada yang baru tiba dari kampung.. dan mungkin yg sakit perut makan banyak.. huhuhu...

Apapun... pelajar tingkatan 5 dah mula menduduki peperiksaan percubaan SPM. 
Mesti raya tak macam rayakan.. sibuk study atau mungkin yang buat biasa je.. raya sakan..
Selamat Maju Jaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...