Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Wednesday, 28 December 2011

Semua dapat A?

Hi u olls.. Terima kasih le singgah nk jenguk blog ambe.. hehehe... 
Keputusan peperiksaan PMR dah pun diumumkan.. menipu bangat sih jika dikatakan saye tak berdebar.. Memanglah kat sekolah saya sekarang tidak lagi mengajar Matematik tapi di Cikgu Norm Centre, saya masih lagi bergelar cikgu Matematik.. hehehe...

Masih teringat lagi, masa di SMK Wangsa Melawati, saya adalah salah seorang guru yang akan berdebar tahap gaban apabila result nk keluar.. debarannya mungkin sama seri dengan budak2 yang amik result exam tu.. Air mata ni jatuh pun bukan sedikit bila dipeluk oleh anak2 murid..
Masih segar dalam ingatan apabila saya diberi tanggungjawab mengajar 5 kelas Tingkatan 3.. Fuh.. berpeluh weh... tapi ianya tetap menjadi satu kenangan yang indah.. 
Ada satu tahun tu, tak berapa ingat.. semua pelajar dalam kelas dapat "A" dalam Matematik kecuali seorang (yg memang x dapat diselamatkan krn masalah kesihatan). 
Ya Allah, gembiranya perasaan ini. Dan perkara yang paling menakutkan apabila ada pelajar yang gagal dapat semua A dek kerana Matematik. Sangat2 le menakutkan, so far, saya tiada pengalaman itu.

Tahun 2011 ini tidak kurang juga debarannya. Apabila anak2 didik di Cikgu Norm Centre menunggu dan mengambil keputusan. Hanya doa saya panjatkan kerana bukan lulus atau tidak  yang saya harapkan akan tetapi huruf A yang kami semua harapkan. Syukur.. atas usaha kita bersama.. semua 8 pelajar saya berjaya mendapat 'A'. Kalau dahulunya lulus pun susah... masa trialpun ada yg dapat D.. ada yang dapat C.. atas kepercayaan bahawa kita pasti BOLEH, semua berjaya dapat A dalam matapelajaran Matematik.

Kini, cabaran baru akan bermula, dari 5 pelajar yg sudah mendaftar bersama saya, agak payah untuk saya nyatakan kemampuan mereka tetapi saya akan cuba sedaya upaya membantu.. kita akan berjuang bersama2.. kita akan tukar gred2 anda kepada A. Insya Allah..

Kalau lah saya ada RM100,000 pasti saya akan buka pusat tuisyen yang lebih besar lagi untuk membantu mereka lebih baik dalam Matematik terutamanya tetapi apakan daya.. saya hanya mampu buat kelas kecil sahaja.. di ruangan yang sempit sahaja.

Saya percaya.. jika kita jujur.. jika kita ikhlas, jika kita ada keinginan sepenuh hati, segalanya akan SUKSES. Tidak perlulah kita spot apa2 soalan.. tidak perlu saya bocorkan soalan dari jabatan, tak perlu saya mencuri2 tengok soalan2 sekolah demi menaikkan keputusan pelajar2 saya.
Walau tiap kali nk exam aja, ramai pelajar minta saya berikan soalan2 spot (konon2) atau soalan bocor tapi Tiada SOALAN SPOT dalam kamus hidup saya sebagai guru. Kuasai semuanya, anda akan lebih selamat dan berjaya. Saya telah membuktikannya..

Tahun 2012 bakal membuka tirainya beberapa hari lagi. Ayuh semua.. kita berjuang.
Bagi bakal pelajar SMK St. John yang akan mengambil matapelajaran ICT, bersedia.. anda juga akan saya kerjakan hingga anda semua akan jadi BATCH terbaik!!.. 
Over lah pulak.. hehehe... chaiyokk...


Friday, 23 December 2011

Susahnya nak update Laman Web!!

Hi readers.. 
Blog kalau tak update tak de sapa nk marah sebab nk update blog ni kenalah ada mood dan ada rasa nak update. Lain dengan Laman Web Rasmi.. WAJIB update kalau ada perkara baru.. semua orang nk tengok apa yang kita nk update... kita pun seronok kalau dapat update perkara2 terkini.
Tapi ada jugak yang mulut2 busuk ni yang kata macam2 bila kita tak update.. Ooo.. bagusnya mulut.. dasar x gosok gigi memang lah busuk...
Tapi nak tanya sikit.. kalau info tak ada macam mana nak update? Saya nk kena kejar dan cari semua.. nak kena tau semua benda? Saya nk kena jadi kepoci lah ek? Lepas tu yg mulut2 cam jamban ni pulak akan kata saya ni penyebok.. nak tau je seme benda.. isk.. serba x kenalah..

Saya bukan nak menceceh tapi takkanlah semua info saya nk kena cari sendiri.. email saya dah tinggalkan.. semua patut fahamlah bila saya nk update apa2 saya perlukan maklumat tapi kalau tak de sapa nak bagi input, matilah saya..

Saya bukan tak nak update info pasal keputusan PMR semalam kat Laman Web Sekolah tu tapi macam mana kalau saya tak ada maklumat. Saya tau tanggungjawab saya utk update tapi saya perlukan kerjasama semua pihak untuk emailkan saya detail agar saya boleh kemaskini apa yang patut.
So sapa nak cakap2 belakang tu, ada yang makan selipar nanti.. 
Cakap ikut sedap mulut je ye..

Dari awal saya membangunkan laman web rasmi tersebut, saya sudah maklumkan agar semua pihak dapat berikan sebarang info terkini pasal program, apa2 sahaja berkenaan sekolah yang boleh saya war-warkan di laman web tapi nampaknya hanya PK KOKO sahaja yang sangat2 ambil berat. Sebab itu info bahagian KOKO sangat lengkap. Saya puji Mr. Goh. Terima kasih Mr. Goh. Terbaikkkk...

Saya MARAH ke? Taklah marah.. x kisahpun.. cuma GERAM je sikit.
TerPENTING sekarang, saya perlukan ialah maklumat berkenaan keputusan PMR dan juga bagaimana perjalanan Majlis Orientasi Tingkatan 1.

Addoooiii... pening kepala den... 
Jika semua maklumat diemailkan kepada saya, sepantas kilat benda itu boleh saya uploadkan kerana saya TIDAK PERLU TAIP semula!!


Friday, 16 December 2011

Cik Lyssa Cute & Cik Aliya Comel

Hi readers..
Saya sebenarnya dah lama mengjadi seorang blogger tapi boleh dikatakan blogger hangat2 tahi ayamlah.
Tapi entah kenapa tiba2 cuti sekolah ni saya jadi kemaruk pulak nak berblogging dan akhirnya inilah hasil kerja saya. Follower yang berzaman torat duk 3 orang je.. Tapi sekarang makin meningkat dan dah 35 kot (masa tulis entry ni). Tetiba je dalam 3 hari tu, graf naik mencanak macam ni.. memang x leh lawan le Cik Lyssa tapi... hahaha.. bangga jugak nih.. 





Nak tahu cerita tak? 
Blog saya simple sahaja selalunya, macam blog saya yang lain seperti kat Cikgu Norm Centre atau dekat Blog ICT SPM yang mana hanya menggunakan templete sedia ada. Hahaha. Bukan x pandai nk menggodeh2 skrip html tu tapi macam tak ada idea je n huruf M tu besar sangat (MALAS).

Tapi hari2 saya tengok anak saya yang comel tu selalu sibuk edit blog dia.. nak intai2, boleh le gi kat Aliya Comel.. cantik jugalah blog untuk budak umur 10 tahun kan? Dia baru umur 10 tahun ye.. Ibu bangga dengan Aliya!! Caya sama lu lah.. Cik Aliya Comel tu siap buat bookmark kat lappy ni.. betapalah nk suruh ibu dia ni bagi cantik sikit blog (ibu tau le nk kata blog ibu buruk.. wkwkwkwk). Dengan paksaan, saya pun singgah le kat blog Cik Lyssa. LOL.. karen bangat sih blognya  (tetiba cakap indo)..

Lyssa cayang! Sayang Lyssa sangat2.. sebab Lyssa ajar akak banyak benda dan sudi pulak tu singgah jengguk blog akak ni. Tq my dear!! Lyssa kena tau bahawa Lyssa ni macam cikgu, pahalanya tak putus tau. Apa yg Lyssa ajar tu adalah ILMU dan saya juga akan menggunakannya dalam mengajar anak2 murid saya nanti. 

Mungkinlah blog saya ini x secantik blog Lyssa tapi sekurang2nya cantik lah dari blog akak dulu.. Hahaha..
Ops, lupa nk cakap, header kat atas tu, hahaha.. cantik kan?? Hahaha.. Tq Lyssa.. akak ubah suai sikit sebab masa buat blogwalking, ramai pulak pakai header sama.. hahaha...

Oklah.. u olls yang nak berhajat buat blog cantik macam kat bawah ni, 



Sekarang ni blog saya dah comel. Hehehe.. Cik Aliya jangan marah ye!! Jeles le tu!!.. Yang buat dia jeles lagi tau apa? Bila Cik Lyssa tinggal jejak kat blog saya. Wkwkwkwk.. Dia kata Kak Lyssa x pernah datang blog dia... Wakaka.. Tak apa.. nanti ibu tolong ye.. 

Cik Aliyaaaaaaa... ce tengok header ibu!! 
Itu Ayah (Korea LOL), Ibu yang comel, Aliya yg pakai rambut palsu tu (sebab Aliya pakai tudung).. hahaha.. lepas tu ibu buatkan rakan imiginasi Aliya (macam kembar tu).. haha.. yang dua orang budak kecik tu entah sapa ntah.. maklumlah budak2 kan semuanya suka ikut ayah.. hahaha.. maklumlah ayah macam Korea.. wkwkwk..


Untuk korang semua yg baca entry ni, rajin2lah belajar ye. Kena tekun dan jangan putus asa. Hehehe. Lagi sekali credit to Cik Lyssa Cute dan anak saya Cik Aliya Cumel yang memperkenalkan saya dengan Cik Lyssa Cute tu!

Oklah, nak siap2 ni.. ada Reunion kat Cyberjaya jam 12 tgh. Baju lum gosok lagi ni.
Sampai jumpa lagi!!

Oh ya!! Dah singgah n baca jangan lupa LIKE LIKE LIKE kat bawah tu dan paling penting.... FOLLOW.. hehehe... dan KOMEN le sikit..




Tuesday, 13 December 2011

Rekaan Bangunan Terbaik di Dunia


Senibuna moden telah membawa banyak bangunan-bangunan yang menakjubkan di dunia. Bentuk yang aneh, reka bentuk yang bercita-cita tinggi, bahan-bahan baru, dan gaya yang berbeza dan baru. Terdapat banyak bangunan yang menakjubkan hasil kerja jurutera yang kreatif dan disenaraikan di bawah, 10  bangunan terbaik dan menakjubkan di dunia.

Bahá’í House of Worship a.k.a Lotus Temple, Delhi, India




Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands





Dancing Building, Prague, Czech Republic




Bangunan ini siap dibina pada tahun 1996. Bangunan ini adalah hasil binaan semula setelah bangunan asal di tapak tersebut musnah dalam pengeboman di Prague pada tahun 1945.

Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France



Dibina oleh seorang penghantar surat (posmen) untuk tujuan digunakan sebagai kubur sendiri tetapi gagal dalam permohonan lesen

Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany



Dibina pada tahun 2000. Bangunan ini mempunyai 105 pangsapuri dengan ciri-ciri berwarna-warni.

Guggenheim Museum, Bilbao, Spain


Bangunan ini menyerupai kapal dengan teknik pencahayaan dan reka bentuk rawak.

Kansas City Public Library, Missouri, United-States


Ada cerita bahawa bangunan ini adalah tempat letak kereta tetapi kalau mengikut rekaannya, ia mungkin sebuah perpustakaan.


Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada




Tempat menyimpan pelbagai barang misteri dan pelik seperti yang dilihat dalam rancangan Ripley's Believe It or Not!

The Crooked House, Sopot, Poland



Mula di bina pada tahun 2003 dan juga siap dibina pada tahun yang sama. Hasil rekaan pelukis dan pereka ilustrasi buku kanak-kanak.

The Ufo House, Sanjhih, Taiwan


Ia merupakan satu projek resort di kawasan terpencil dan menggunakan rekebentuk futuristik yang pelik.

Wonderworks Pigeon Forge, Tennessee, United States



Upside down House, Poland


Erwin Wurm House Attack, Austria


Piano Shaped Building, Huainan, China


The Basket Building, Ohio, United States



Mungkin ada antara mereka yang dah melawat ke tempat2 ini, boleh kongsi bagaimana sebenarnya bangunan2 ini berfungsi dan dapat melihat dari jarak dekat atau dalam bangunan ini juga menarikkan? Mungkin kita boleh kongsi.
Terfikir jugak, kat Malaysia ada yang berani nk buat bangunan macam2 ni? Rasanya kita juga mempunya jurutera2 yang mantap. Tak sabar menanti projek2 hebat macam ni. Mungkin syarikat korporatlah kan.. kalau kerajaan nanti ada pulak yang kata amik duit rakyat buat bangunan2 macam ni..

Sampai jumpa lagi ye.. :D

Menjunjung Kasih ~Tuanku Mizan Zainal Abidin


Mengimbas kembali sejarah :
Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan dijangka berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 
Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan yang unik.
Pada 26 April 2007, Tuanku Mizan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan, yang berusia 44 tahun ketika ditabalkan, ialah Yang di-Pertuan Agong yang ketiga termuda yang dilantik selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis dan Tuanku Abdul Halim sebagai Sultan Kedah yang kedua-duanya mula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada umur 40 dan 43. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.


Kami seluruh Rakyat Malaysia merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas pemerintahan cemerlang dan gemilang Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII (13) Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sepanjang tempoh lima tahun (13 Dec 2006 - 12 Dec 2011). Seluruh rakyat jelata berdoa agar Tuanku berdua sentiasa di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT, dipanjangkan umur dan terus dicucuri rahmat dan kesejahteraan. Selamat berangkat pulang dan bersemayam di atas tahta kerajaan negeri Terengganu Darul Iman. Daulat Tuanku.

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Setiap awal tahun, inilah yang kita selalu cari. Setiap kakitangan awam harus ada ke salinan jadual pembayaran gaji ni? Rasanya perlu kot.. tak perlulah asyik nak tanya orang je. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu kita semua dalam merancang kewangan.


Semoga ianya menjadi panduan kita semua. Kita harus merancang kewangan kita kerana tahun 2012 menyaksikan ada beberapa bulan yang penjawat awam akan menerima gaji kurang dari 15hb. Semoga menjadi panduan buat semua.

Untuk bulan Dec 2011 ini, gaji kakitangan awam adalah pada 19 Dec 2011. Bonus bila pulak ek? Hehehe.

Monday, 12 December 2011

SPM telah tamat!!

Lama betul saya tidak menulis.. ops.. lebih tepat lagi.. lama tidak menaip di blog ini. Sibuk ke? Hehe.. boleh tahanlah. Ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan SPM telah mengambil separuh dari cuti akhir tahun. 

Kebanyakkan sekolah telahpun tamat peperiksaan SPM.. tapi secara rasminya kertas terakhir pada 14/12/11. Tapi masih terngiang2 lagi jeritan pelajar sekolah yang telah tamat peperiksaan. Pelajar2 mula melompat2.. ada yang membawa kamera, membawa video kamera kerana tidak mahu melepaskan saat2 akhir berada di sekolah dan mungkin juga hari terakhir menyarungkan pakaian sekolah. Tidak kurang juga gelagak menandatangani baju dengan marker pen. Pelbagai corak can kreativiti yang dapat dilihat.. Lagi bangga agaknya mereka rasa dengan corak2 di baju ini singgah di pusat membeli belah.. Nak beritahulah seluruh dunia bahawa mereka sudah bebas.

Ada juga yang agak nakal membawa tepung dan mercun tetap selalunya kesempatan membuat nakal ini hy dapat dilakukan di luar sekolah kerana kawalan ketat guru-guru yang bertugas yang boleh mengagak apa yang berlaku. Sesetengah sekolah siap ada spot check lagi.

Ketika ini terimbau kembali saat2 saya di sekolah dahulu. Setelah selesai SPM, rasanya gelagat tidaklah seperti budak2 sekarang tapi ada jugak bawa kamera. Gambar2 tersebut ada di kampung, kalau tidak boleh juga saya kongsikan di sini. Insya Allah ada kesempatan akan saya sertakan nanti.

Jika di renung, di fikirkan... sebenarnya... kita tidaklah  gembira sangat meninggalkan sekolah.. tanyalah siapa sekalipun.. zaman persekolahan adalah zaman yang paling kita rindui.. tidak kiralah kita di kelas mana sekalipun.. sebaik mana kita atau senakal mana kita... tapi kenangan2 itu akan terus menghantui kita sampai hujung nyawa.
Dalam hidup ini.. tiada ketika yang paling kita rindukan selain dari zaman persekolahan.

Anak2 muridku sekalian, perjalanan masih jauh.. ke manakah hala tuju kamu selepas ini? Ke mana tempat kamu?.. bagaimana masa depan kamu?.. keputusan SPM akan menentukan segalanya. 
Masa yang ada sewaktu cuti ini, sewaktu menanti keputusan peperiksaan haruslah digunakan sebaik2nya. Jika ada kemampuan kewangan, pergilah menghadiri kursus2 seperti kursus komputer, atau memantapkan bahasa inggeris. 

Saya masih ingat, saya dihantar oleh ibubapa saya ke IKIP kuantan selama 3 bulan, siap duduk asrama lagi untuk menghadiri kursus Bahasa Inggeris. 90% dari pelajar yang hadir adalah lepasan MRSM. Hanya saya dan beberapa orang saja yang dari sekolah harian biasa. Saya sangat bertuah kerana kursus tersebut telah membawa banyak pembaharuan dalam hidup saya. Saya semakin fasih berbahasa inggeris berbanding ketika di sekolah dan ianya membantu saya sewaktu melanjutkan pelajaran saya di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana. Terima kasih mak dan abah kerana menghantar saya. Saya berterima kasih.

Okaylah... hari pun dah hampir jam 2am. Masa untuk tidur.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...