Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Thursday, 13 December 2012

Takwim Tahunan SMK St. John 2013 - Draf1

 
 
Mood cuti dah makin rancak atau makin menurun? Rasanya fokus semua guru adalah kepada sesi persekolahan yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Ramai guru yang sibuk mempersiapkan diri dengan rancangan untuk sesi persekolah 2013 di samping sibuk dengan persiapan anak2 ke sekolah.
Rasanya cikgu2 yang masih SINGLE, tak de alasan untuk menumpukan sepenuhnya kepada persediaan pengajaran 2013. Anda seharusnya lebih BERSEDIA berbanding guru2 yang sudah bekeluarga kerana masa cuti sekolah ini kerja mereka lebih byk dalam melayan anak2 di rumah dan juga memikirkan persediaan persekolah mereka.

Seperti yang ditunggu2 oleh semua guru teruatamnya cikgu sekolah saya iaitu SMK St. John, ini adalah TAKWIM TAHUNAN kita ye. Ini adalah DRAF1 yang saya dapat. Mungkin dapat membantu cikgu2 sedikit dalam membuat perancangan. Pindaan pasti ada selepas Mesyuarat Pentadbiran pada 17hb Dis 2012 ini nanti. Ini sahaja yang boleh saya berikan buat masa ini.

Cikgu-cikgu boleh download dengan menekan DI SINI atau boleh terus lihat di bawah. Klik KANTA untuk besarkan skrin anda.
 

Sunday, 9 December 2012

Harga Selepas & Sebelum. Ada beza tak?

 
 
Kedai ni saya tak pasti sangat nama apa. Yang saya tahu lokasinya di sebelah 7Eleven Wangsa Melawati. Bila Check-in di Foursquare, nama kedai ni Nasi Kerabu Nur FZ. Betul ke tidak saya tak pastilah. Depan kedai ni ada Kedai Nasi Lemak yang pernah masuk Jalan2 Cari Makan TV3 walaupun tak sedap manapun nasi lemak kukus tu. (Pendapat sayalah).

Bila saya search kat google, lain pulak yang keluar, ada satu entri kedai ni tapi lokasinya dikatakan di Taman Melawati. Tapi kalau tengok gambar tu, tak lain tak bukan, memang kedai yang saya saya katakan ini. Sedap keadaan kedai ni, susunan lauk ni sama saja jejak 10 tahun lalu rasanya. Jom jengah blog kawan ni.

<< Nasi Kerabu Nur FZ>>
 
Tengoklah kat bawah ni, lauk2nya memang best. Hanya utk sarapan pagi hingga tengahari. memang penuhlah orang. Sedap ke? Bagi saya saya memang suka. Masalan Pantai Timur memang kena dengan selera. Gulai Ikan, Gulai Ikan Tongkol, Gulai Kaki Ayam memang Gulai Ala Kelantanlah.
 
 

 
Saya bukan nak Promote kedai ni sebab saya bukan ada share. Tapi kalau yang duduk berhampiran ni, marilah cuba. Belumlah dapat masuk Jalan2 Cari Makan tapi jauh lebih sedap dari Nasi Lemak Kukus depan kedai ni yang orang beratur panjang. (Sayalah rasa x sedap mana pun sbb nasi lemak saya lagi sedap. Wkwkwkwk)

Sejak pindah dari SMK Wangsa Melawati, agak lama jugaklah rasanya saya tak pergi makan di sini. Tiada masa dan kadang2 breakfast selalunya di rumah kalau tak kerja atau lokasi paling disukai iaitu TAQWA Sri Gombak. Tapi semalam terasa nak makan nasi kerabu. Malas nak ke AU5 sebab nasi kerabu dia agak cekik darah juga harganya. Kalau cekik darah sahaja tak pe, pelayannya yg x leh blah mukanya yg langsung x mesra pengguna.

Semalam masa kami berdua (saya+suami) sampai, orang tak ramai sangat. So terus ambil tempat duduk dan ambil makanan. Saya makan Nasi Kerabu+Begedil+Ayam (sebesar 2 jari). Suami saya makan Nasi Putih+Telur Gulai+Gulai Ikan Tongkol (sebesar dua jari).
*Kat sini memang saiz ayam, ikan semua nya di potong kecil2 sahaja.

Sebelum mula makan, mamat ni datang kira. Nah, amik kau.. RM6.00 utk saya dan RM6.00 untuk suami saya juga. Hahaha. Lepas tu, bungkus untuk Aliya, Nasi Putih+Seketul Ayam Gulai+2 Kaki Ayam+1 Begedil. Berapa kena? RM6.50. Hahaha.. boleh tahan.. macam makan tengahari dah ni.

Hari ni, suami tanya lagi, nak sarapan di mana? Saya kata meh nak makan kat kedai ni lagi. Nak tengok harga makanan macam mana hari ni kena. Dek kerana hari ni hari Ahad, kami sampai sah penuh manusia sampai terpaksa tunggu orang bangun baru dapat tempat duduk. So terpacaklah berdiri sambil usha tempat duduk. So mereka yang makan dah sudah tu jangan nak bersembang2 bagai. Renungan tajam saya pasti buat mereka tak selesa duduk. Hahahaha. Keadaan ini membuatkan suami saya boring sbb dia x suka sesak2 dan tunggu2 ni tapi kali ni dia diam je sambil masuk dalam 7 Eleven melarikan diri dan saya yang ditugaskan merenung tajam kepada orang2 yang dah habis makan tapi belum bangun. Hahaha..

Dapat tempat duduk, terus ambil makanan. Hari ni saya amik Nasi Kerabu+2 ketul ayam kecil. Suami saya ambil Nasi Putih+Ikan Tongkol Gulai. Dek kerana orang ramai, kami dah makan separuh jalan baru bro ni datang kira. Tau berapa kena? Saya kena RM5.00, suami saya RM3.50. Hahahaha. Nampak tak? Nampak tak?? Aliya saya bungkuskan sama macam semalam tapi tanpa begedil, dan dikenakan RM4.50. Macam mana kira ni? Bro yang kira ni sama je macam semalam.

Adalah perbezaan harga dipengaruhi oleh rupa nasi+lauk tu iaitu sebelum makan dan selepas makan? Atau suka hati je nak charge berapa? Huhuhuhu. Cuba bezakan ye, saya punya murah RM1.00 dengan bezanya cuma tiada begedil tapi tambah ayam. Suami saya pulak tanpa telur rebus tetapi bezanya RM2.50. Anak saya pula tanpa begedil hari ini menyebabkan penjimatan RM2.00. Hayo...


Apapun, selalunya kedai yang lauk2 macam ni memambg kadang2 pakai hentam je berapa nak charge. Ikut keadaan dan ikut mood kot. Sabar jelah. Suami ku kata kalau makan kat kedai mamak lagi puas hati. Ayam besar gabak. Harganya standard je. Tapi masalahnya kedai mamak x de nasi kerabu. Hehehehe...

Saya cuma mintak sangatlah peniaga ni, janganlah sesuka hati nak letak harga dan mencekik sangat. Lepas tu tak leh lah ikut mood nak bagi harga. Tapi korang rasa tak? Lebih baik kira bila dah habis makan dari dia tgk keadaan makanan sebab kalau tgk makanan tu mereka lebih terdorong untuk lebih mahal or murah.Tapi bagi saya apapun, perkara melibatkan makanan dan darah daging ni, biarlah mereka kira dulu sebelum kita makan. Mahal ke murah biar dia lah jawab esok di akhirat.

Apapun, nasi kerabu, nasi putih gulai memang sedap. Nasi Lemak pun best. Nasi Dagangpun layan.

Saturday, 8 December 2012

Takwim Persekolahan 2013

 
 

Majalah PC : 40 Produk Terbaik 2012

 
Terbaca dalam Majalah PC #192. Terfikir jugak mungkin boleh dikongsi bersama rakan2 yang tidak berkesempatan membeli MAJALAH PC edisi DEC 2012. Memandangkan tahun ini sudah hampir ke penghujungnya, maka Majalah PC mengeluarkan senarai 40 Produk Terbaik bagi tahun 2012. Senarai yang diberikan tidaklah di susun mengikut ranking. Jika anda mahu tahu lebih lanjut, silalah beli Majalah PC #192.

Kategori Antivirus

Avast! Pro Antivirus 2012
AVG Anti-Virus
BitDefender Antivirus Plus


Kaspersky Anti-Virus 2012
Norton 360 Multi-Device


Kategori PC Games


Diablo III
Fifa 13
Trial Evolution
Torchlight II
Borderlands 2
Kategori Ultrabook

Acer Aspire S7

Samsung S9

Toshiba Protege Z930

Lenovo ThinkPad X1 Carbon

Asus Zenbook Prime UX32VD



Kategori Portable Drive
Toshiba Canvio
LaCie Rikiki USB 3.0
Western Digital My Passport Essential

Buffalo MiniStation Desk

Transcend StoreJet 25M3
Kategori Smartphone
Nokia Lumia 920

Samsung Galaxy Note II

Samsung Galaxy S3

HTC One X+

iPhone 5
Kategori Kamera Digital

Fujifilm X-Pro 1

Kodak EasyShare M750

Canon G1 X

Nikon Coolpix P310

Samsung WB850F

Kategori Tablet
Samsung Galaxy Tab 2 10.1

Asus Padfone 2

Microsoft Surface

Google Nexus 7

iPad
Kategori Hibrid Tablet + Laptop
XPS Duo 12

ASUS Taichi

Samsung Series 7 Slate

Toshiba Satelite U925T

 




























































ASUS Transformer Pad Infinity TF700


Friday, 7 December 2012

Terima kasih Adriana, Haziq, Amir!

2 hari lagi cukuplah 30 hari cuti sekolah. Terasa pantas je masa berlalu. Saya tengok ramai rakan2 di FB yang bergelar guru bercuti. Ramai ke luar negara dan ada juga di dalam negara. Seronoknya korang ek. Baguslah, saya pun teringin jugak nak pergi tapi apakan daya, ada sahaja perkara yang membantutkan dan membataskannya.

Tapi syukur, masa bersama anak dan suami agak banyak masa cuti ni. Dapat balik kampung seminggu. Dapat meluangkan masa dengan mak dan abah di kampung. Teringin nak duduk lebih lama tetapi tak mungkin boleh meninggalkan anak mak mentua (En. Suami) di KL lama-lama. 

Sejak 4 hari yang lalu, ada ramai di rumah ini. Riuh rendah. Mana tidaknya, 3 anak sedara berada di rumah. Macam-macam aktiviti. Main iPad, main games komputer, menonton Running Man siang malam pagi dan petang. Tiap2 malam tidur 3 - 4 pagi. Bukan main budak2 ni. Tapi seronoklah mereka. Aliya pun ada kawan. Ini bukan kali pertama. 2 dari mereka adalah anak saudara dari Putrajaya je. Dah banyak kali datang dan tidur sejak mereka kecik lagi. Cuti sekolah ni sahaja dah 2 kali datang n tidur di sini. Dulu, kakaknya Adriana sahaja yang tinggal sebab rapat dengan Aliya, tapi sejak 2 tahun lalu, adiknya Haziq juga sering tinggal di rumah saya bila cuti sekolah. Kali ini ada seorang bertambah iaitu Amir anak saudara saya dari kampung yang baru pertama kali menjejak kaki ke KL.

Riuh rendah, bersepah itu perkara biasalah. Syukurlah mereka ni semua agak mendengar kata ataupun takut mak sedara dia ni yang garang. Bila makan, pinggan basuh, kalau sepah2 makan, ambil penyapu sapu. Cawan tak bersepah atas meja. Masing2 pakai satu cawan sahaja. Nak pakai lagi, basuh sendiri. Hahahahaha. Itulah penangannya bila duduk rumah IBU ye. Hahaha. Kesian mereka kena dera sebab kat rumah mereka saya rasa mereka tak buat macam tu. Hahaha.

Beberapa hari ni, tak ke mana. Duduk di rumah sahaja. Tapi mereka tidak merungut. Cuma makanan kena sentiasa ada. Yang lain tak kisah sangat tapi si Haziq ni yang mulut boleh tahan. Asyik bertanya je "Tengahari ni kita makan apa?" .. "Ibu, malam ni kita makan apa?"... "Ibu, nak teh tarik.".. "Ibu nak roti canai". Letih jugak melayan budak cerdik sorang ni. Kalau tengok TV tu, dia menyampuk je.. tanya itu dan ini. Wkwkwk.. kadang2 tengok muka si Aliya tu macam bengang je ngan Haziq. Wkwkwkwk

Yang kelakar nya bila dia kata kat saya "Kenapa tiap kali Ayah Long nak balik je, pukul 6 je, Ibu buat Teh Tarik, pukul 6 je buat Teh Tarik, kenapa Ibu buat macam tu?".. Hahahaha... Macam mana nak jawab tu? Budak ni memang jangan buat pelik2, dia perhati je, ada sahaja yang dia nak tanya. Lepas tu jangan nak AUTA, dia akan ingat kita jawab apa. Hahaha

Hari ini, saya bawa mereka keluar, ajak makan di Chicken Rice Shop.


Aliya, Adriana dan Haziq memang suka makan ni. Amir rasanya kali pertama makan ni. Tapi dia kata masa sebelum sampai tu, "Kito make sokmo chicken rice shop ni". Dengan pantas Haziq menjawab "Tipu, mana ada TCRS kat kampung. Awak makan tu nasi ayam, bukan TCRS". Nak tergelak pun ada melihat gelagat budak berdua ni. Sampai di sana, macam biasalah, Aliya, Adriana, Haziq dan Amir makan ayam yang paling digemari oleh kanan2 iaitu Honey BBQ Chicken. 


Sungguh selera budak2 ini. Tengah syiok2 makan, si Haziq telah menumpahkan segelas penuh air. Huhuhu, tak sempat kata apa2, ADRIANA berkata, "Haziq ni kan, tiap kali ibu bawa makan TCRS, mesti buat tumpah air." Termangu jab saya memikirkan. A'ah, memang betul, dulu masa bawak sekali dulupun dia ada tumpahkan air jugak.

Tapi servis kali ni di TCRS Carefour Wangsa Maju memang macam hampeh. Orang tak ramai sangat pun, masuk dah 5 minit, menu tak sampai lagi, lepas tu muka masa amik order macam cipan je, senyum langsung tak ada. Amik order pulak macam teror. Lepas tu, 3 kali dtg meja nk confirmkan order. Bila mintak nasi tambah macam nak mintak gaduh je... lambat pulak sampai. Macam kena masak dulu nasi tambah tu, masa tunggu nasi tambah tulah si Haziq tumpahkan air. Bila air tumpah, mintak datang kesat meja pun punyalah lama. Aduhai, apa nk jadilah mereka ni. Kerja macam x de pemantauan. Servis OUT. Mau x hampeh servis, pekerja ada 2 je amik order n hantar makanan.

Malam ini, saya kembali sepi. Tinggallah bertiga semua selepas mereka semua dah balik di Putrajaya. Penat melayan tu memanglah tapi sekurang2nya mereka datang ke sini, riuh rendahlah sedikit rumah ini. Ibu harap korang datang lagi rumah Ibu ye. Biarlah semua ini jadi kebiasaan sampailah korang besar. Ibu cuma ada anak satu sahaja. Anak2 saudaralah tempat menumpang kasih.

Terima kasih kerana datang rumah Ibu ye Adriana, Haziq, Amir. Nanti datang lagi! Terima kasih.. Terima kasih..


# Mereka ni semuanya anak saudara sebelah suami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...