Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Siapa menang malam ni?

Lama juga tidak menulis di sini. Sibuk sangat ke? Agak sibuklah dengan pelbagai perkara. Maklumlah Multitasking (buat banyak benda dalam satu masa). Terasa nk meng 'update' blog tapi baru je mula nak menaip ada je perkara lain yang perlu dilakukan.
Malam ini ada satu Anugerah yang sering saya tunggu-tunggu tiap-tiap tahun. Apa lagi kalau Juara Lagu. Mesti dah ramai yang tahu siapa yang bertandingkan? Ni ha.. senarai penuh.. 
Lagu-lagu tersebut ialah:-1) kalau Berpacaran - Shohaimi Mior Hassan/Ana Rafali/Altimet2) Karma - Faizal Tahir3) Penakut - Yuna4) Sedetik Lebih - Anuar Zain5) Gadis Semasa - Yuna6) Awan Nano - Hafiz7) Cinta Muka Buku - Najwa Latif8) Seribu Sesalan - 3 Suara9) kekanda Adinda - Atilia/Monoloque10) Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol11) Sungai Lui - Aizat12) Kisah Hati - Alyah
Korang rasa siapa akan memang? Komen le sikit.. Saya tak pandai sangat nak agak-agak sebab semua lagi best. Tapi saya boleh cakap lah lagu apa yang saya suka untuk memang. Tapi kalau oran…

Duit Syiling Baru Generasi ke-3

Wow! Korang dengar berita tak? Kalau baca surat khabar pastinya dah tahukan.. tahun 2012 ni akan menyaksikan pengeluaran duit-duit kertas baru yang seperti 5 ringgit sekarang dan yang paling comel juga rasanya ialah duit syiling. Entah kenapa rasanya tak sabar pulak nk tengok duit syiling tu.. Dulu duit syiling RM1 berwarna keemasan dan telahpun dimansuhkan penggunaannya.. sekarang akan diperkenalkan dua syling yang berwarna emas. Nah.. tengok kat bawah ni..

Yang special tu ialah yang duit 50sen tu.. shape nya agak berbeza.. cun kan..? Kalau mengikut bacaan dalam Harian Metro Online, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa duit syiling ini akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari. Yahoooo...
Tapi... lepas ni semua mesin-mesin air, mesin-mesin parking akan sibuklah mengubahsuai sistem mereka.. hehehe.. kesian.. apa nk buatkan.. dah namanya kerja.. perubahan bukan boleh kita elak.. tapi apa pasal nak tukar pulak ek? Pakai je le syiling lama yang ok pe.. comel jugak.. tapi BNM ada ras…

Dijemput Illahi - Tribute to My Cousin Saadan Mahmud @ Papa Damia

Terkejut, tergamam, terpaku dengan berita yang saya terima lewat malam semalam (5/1/2012).Perginya sepupuku bertemu Illahi. Sedang berehat sambil munum dan makan bersama rakan sekerja, dia dijemput Illahi tanpa sebarang tanda. Rebah dan terus pergi meninggalkan seorang isteri dan seorang anak manja yang masih kecil dan tidak tahu apa2.
Usianya baru 43 tahun. Bukti tepat bahawa maut itu boleh menjemput kita tidak kira bila dan di mana. Peringatan buat kita semua.. Arwah memang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi seawal 30an usianya. Terngiang2 kata2 Manja isteri arwah yang mengatakan bahawa dia pernah terfikir perkara ini akan berlaku dan pernah terfikir bagaimana kehidupan dia jika Arwah tiada tetapi dia tidak pernah menjangkan Arwah pergi meninggalkan dia seawal ini.
Buat Manja, kuatkan semangat awok. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Dia sedang menduga awok dan Dia tidak zalim kerana dia hanya akan menguji umatnya sekadar yang termampu ditanggung. Dan Allah ta…

Esok sekolah!!

Belum terlambat rasanya nk ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga 2012 ini lebih baik dari tahun 2011.
Esok atau lebih tepat hari ini (sebab dah jam 12 tengah malam) akan bermulalah sesi persekolahan. Anak2 yang baru mula sekolah pasti berdebar2 dan yang dah lama bergelar murid, rasanya tak dinafikan masih ramai yang belum bersedia secara batinnya untuk ke sekolah. Mungkin ada yang nk sambung cuti.. Tapi tak kurang jugak yang tidak sabar2 nk jumpa kawan2 kat sekolah.
Cikgu2 macam mana ye? Kalau diikutkan, ramai guru yang terlibat dengan pengawasan SPM dan yang menanda kertas SPM rasa masih belum puas bercuti kerana cuti digunakan untuk Berkhidmat Untuk Negara. Saya macam mana?
Kuang..kuang..kuang.. Bersedia tak? Tak saya nafikan, saya kurang bersedia untuk ke sekolah. Belum cukup rasanya cuti.. masih banyak benda yang belum sempat dilakukan. Ye ke? Kahkah.. macam tipu je sebab sebenarnya ialah... saya tak dapat tukar.. hehehe... main2 je.. tu kisah dah lama. Sejak saya terima berita mengatak…