Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Wednesday, 8 February 2012

Mengumpul semangat yang hilang.

Hi.. morning u olls.. Selamat Pagi.. Selamat kembali bekerja.
Hahaha.. lama jugak cuti kalau dibilang dengan jari.. kalau dibilang dengan hati.. pastinya masih rasa tak mencukupi. Banyak benda yang belum diuruskan lagi. (konon2nyalah kan.. padahal bukan ada apa sangat pun.. kalau bg cuti 10 hari pun x cukup2)
Buka facebook hari ini.. ramai yang mengeluh sebab dah kena kerja hari ini. Biasalah sindrom cuti lamakan?
Saya pun sama tapi semuanya harus kita lalui juga... Suka ke tak suka ke.. kita tetap kena suka, sebab kalau hanya jasad yang ada di tempat kerja pastinya kita tidak akan jadi produktif.
So, walaupun malam semalam rasa macam malas nk tidur sebab nak kasi hari ini lambat sikit sampai tapi sebenarnya masa itu tetap berjalan. Hari ini tetap akan tiba.
Pagi-pagi buta lagi dah bangun dan pagi ini terasa segar sahaja dan bersemangat secara tiba-tiba.
Syukur.. hari ini punch jam 7.07pagi. Berbeza sungguh tahun ini apabila sekalipun tidak pernah lewat sebab mind dah set dengan baik dan bersedia 100% berbanding tahun lepas.
Itulah kuasa minda. Walau apa sekalipun, minda memberi arahan dan kita pasti akan dapat mengatasinya.

So, hari ini lengkap dengan Taklimat Guru yang akan membuatkan kita pulang lewat tapi dah tiada rasa apa2pun kerana itulah budaya di sini. Setiap Rabu berselang akan mendengar sebarang pesanan dan arahan maupun nasihat dari pihak pentadbir.

Ayuh semua... berkerja dengan produktif dan bersemangat.
Jangan mimpi untuk cuti lagi dah sebab dah tak ada cuti panjang lagi bulan ini. Tunggu cuti sekolah bulan 3 sahaja nanti. Sabtu ni akan ada sekolah ganti lagi... hehehe

Chaiyok... saya nk gi masuk kelas... ada kelas moral ni.. bai...

Tuesday, 7 February 2012

Cedapnya makan kek!!

Hari ini hari yang panjang. Bermula dari pagi, kami keluar dari rumah.
Jam 11.00am kami tiba di Saba' Jalan Jelatek. Menunya hari ini dijanjikan makan makanan kegemaranku dan anakku iaitu nasi Arab. Fuh.. sedapnya.. masih terbayang2 menunya.. Daging kambingnya lembut sungguh.. hehehe.. Kami sampai agak awal sebab Saba' bukak jam 11.30 pagi. So melepak je le kat parking sebab malas dah nak ke mana-mana sebab cuma tinggal 30 minit. Entah apa yang dilakukan, 30 minit itu berlalu cepat sahaja... tetiba je jam dah pukul 11.30pg. Kami tidak bersarapan hari ini kerana memang begitulah caranya kalau nk gi makan makanan Arab. Kena simpan perut sebab.... hehehe.. semua sudah tahulah.. portionnya besar sungguh dan makan tu biar puas hati.. hehehe..
Macam biasalah.. kami akan order benda yang sama.. benda yang kami suka.. Fattush, Mandi Chicken (Q) dan Mandi Lamb (L) dan Chicken Tawwok. Yang bestnya.. Chicken Tawwouk terpaksa bungkus sebab kami bertiga dah bersandar kekenyangan.

Signiture
Antar Dish kegilaan. Tgklah senyum lebar Aliya tu..
Kalau selalunya kami akan makan2 di Western Food tetapi kali ini agak berbeza. Terima kasih en. suami yang agak kurang sikit dengan Makanan Arab ni tetapi tetap bawa kami ke sini dan en. suami jugak makan tak ingat... sampai mengah. Hehehe..

After 12 years together
Lepas jalan2.. kami dalam perjalanan balik dapat SMS dari adik ipar yang nak singgah ke rumah. Kebetulan pulak hari ini rasa macam nk masak laksa. Semalam dah rebus ikan. So, singgah kat Secret Recipe untuk beli kek. Rancangan asalnya nk beli beberapa slice sahaja tetapi sebab ada yang nak singgah, baik beli sebijik terus. Macam biasa.. sampat kat SR, semuanya sedap.. so pilihlah yang kat bawah ni... Pecan Butterscotch.

 
Sayakan express orangnya... sekejab sahaja laksa pahang atau laksa lemak kuah putih siap di masak dan sedia dimakan.

Laksa Lemak Pahang

Sambal tu saya buat guna cili padi dengan belacan. Adik ipar saya tu, Mizan bukan main lagi.. sesudu penuh ambil sambal tu.. dan ada hati nak ambil lagi sesudu.. nasib baik sempat larang tapi yang sesudu tadi pun cukup buat telinga dia berasap. Hahaha.. Sabau je le..

So hari ini lengkap sudah segalanya... Walaupun bukan sambutan di Restoran Mewah, walaupun tiada hadiah2 mahal dan tiada percutian indah2 tapi saya cukup gembira. Hari yang bersejarah dapat disambut bersama bertiga dalam keadaan yang sangat2 harmoni dan gembira. Moga ada 12 tahun seterusnya buat kami.

Ya Allah! Engkaulah yang Maha Mengasihi dan Menyayangi. Kau lindungilah hubungan kami dari sebarang ganguan. Kau panjangkanlah Jodoh kami. Kau mekarkanlah kasih sayang kami dan kau bahagiakan kami dan kekalkan kami hingga ke syurgaMu. 

Monday, 6 February 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke-12

Fuh.. lama sungguh tak update blog.. dalam hati ni bergelora tapi apakan daya...
Hari ini 6 Feb 2012 merupakan hari yang sungguh indah.. Hari ini.. jam 11.30 pagi akan genaplah 12 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tercinta.
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman.
Terasa cepat sungguh masa berlalu. Masa banyak mematangkan saya dan suami.
Perkahwinan saya adalah atas dasar cinta dan waktu itu saya masih muda. Kalau dulu merajuknya mudah sangat.. pantang salah sikit.. merajuk, melenting.. tidak bertegur sapa dan macam2 lagi..
Pernah juga badai melanda yang agak menggoyahkan rumahtangga, kalau tidak sabar dengan cabaran pasti kami tidak sampai ke sini.. hari ini..

12 tahun telah kami lalui bersama.. ada waktu kami susah dan adakalanya senang.. walaupun mungkin kehidupan kami tidak mewah dengan limpahan kemewahan seperti sesetengah orang tapi saya bahagia. Saya bahagia dengan apa yang kami ada. Cabaran datang dan pegi.. banyak yang harus dikorbankan dalam menjayakan sesebuah hubungan.. keegoan terutamanya..
Saling memaafkan dan mempercayai pasangan juga antara yang utama.


My Hubby
Mr. Azeman Abdullah


Buat suamiku tersayang,
Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya.. terima kasih kerana menjadi sahabat baik saya. Maafkan saya atas segala kekhilafan diri ini. Saya berusaha untuk menjadi pasangan hidup yang terbaik. Saya bahagia. Semoga perkahwinan kita kekal sampai akhir hayat.
Ada masa saya marah.. pernah juga rasa menyampah tapi semua itu adalah asam garam hidup.. apa yang saya tahu, walaupun saya seorang yang survival dan mampu berdikari tapi saya tetap perlukan abang untuk membimbing saya dan anak kita. Hidup ini tidak akan lengkap tanpa abang di sisi.
Saya sayang abang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...