Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Sedia maafkan anak walaupun malu!!

Terpanggil pula untuk menulis apabila membaca cerita yang menjadi tajuk utama hampir setiap hari dalam minggu ni. Bermula dari kegemparan kehilangan pelajar 15 tahun yang awalnya disangka diculik..Gempar seluruh negara.. simpati orang ramai datang bertalu2.. banyak isu dibangkitkan tentang keselamatan anak-anak. Masing-masing mula menunding jari...Tup2.. keesokkannya gempar apabila remaja ini dikatakan merancang penculikan diri sendiri kerana ingin mengikut teman lelakinya.Aduhai... kesiannya ibubapa mereka. Sedih dan sayu rasa hati memikirkan anak yang dibesarkan.. bukan berfikir nk membalas jasa mak bapak malah menyusahkan lagi mak bapak dengan perkara sebegini. Bayangkan betapa malunya ibubapa remaja ini apabila mengetahui bahawa seluruh negara kini tahu bahawa anaknya bukanlah diculik tetapi melarikan diri mengikut kekasih.
Petikan surat khabar hari ini lagi menyentuh perasaan saya apabila ibu remaja ini mengatakan dia memaafkan tindakan anaknya... ibu mana yang tidak memaafkan ana…