Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Sunday, 29 April 2012

Padang itu kami punya!! Jom kita BERSIHkan!!



Sepatutnya pagi ini sekolah ada Anugerah Cemerlang dan isnin ini 30/4/2012 dapatlah cuti peristiwa. Dan dapatlah menikmati cuti yang agak panjang. Perancangannya dah lama dalam kalender. Semua sudah ada perancangan masing2. Ada yang sudah menempah tiket bercuti, tidak kurang untuk balik kampung. Bukan sahaja guru malah pelajar2 yang tinggal di asrama. Semua sudah beli tiket pegi balik dan balik semula ke KL pada hari Selasa 1/5/2012. Malang nasib apabila Bersih 3.0 mula buat kacau dengan plan mereka. Semuanya di tunda dan kerana Anugerah Cemerlang tunda, ini bermakna isnin ini tidaklah cuti. Sekolah macam biasa. Haru biru mereka yang sudah merancang percutian. Saya ok sahaja sebab saya tak de plan kemana-mana cuba mahu menikmati hari cuti bersama keluarga. Sentap jugaklah. Buat mereka yang memang sudah ada perancangan, ada yang terpaksa membatalkannya dan tidak kurang juga mereka yang terpaksa ambil CRK.

Deretan nama guru yang bercuti CRK pada Isnin ini nampaknya boleh tahan sehingga pentadbiran terpaksa backup beberapa plan jika sekiranya bilangan guru yang bercuti di tambah dengan yang MC secara tiba2 Isnin ini. Kalau tidak ada backup aktiviti, ada pulak cikgu yang tak sempat nk ketandas pun sebab mengejar RELIEF (ganti guru tiada). Sejak hari Rabu yang lalu lagi pelajar diingatkan agar membatalkan sebarang aktiviti di sekolah. DILARANG keras berada di kawasan sekolah. Pagar sekolah akan dikunci. Pelajar dan guru diingatkan agar tidak masuk ke KL mengelak dari kejadian buruk dari berlaku.

Satu lagi sejarah tercipta hari ini. Satu lagi siri hiruk pikuk yang memalukan Negara berlaku. Macam-macam pandangan.. macam2 kata2.. ada yang menyokong, ada yang membantah. Dasar asal perhimpunan adalah DUDUK dan BANTAH tapi nampaknya segala2nya berubah kepada KEGANASAN. Perkara ini biasa berlaku. Maklumlah, bila dah ramai tu, ramai lah yang nk tunjuk berani dan tiba2 jadi berani. Huru hara pasti berlaku kalau berkumpul dan itulah yang terjadi.

Sedih juga melihat keadaan ini. Dimana silapnya? Betapa bencinya mereka ini kepada Kerajaan. Betapa menyampahnya mereka dengan POLIS yang digelar ANJING kerajaan. Bukankah POLIS adalah kakitangan AWAM? Memang patutlah mereka mengikut arahan kerajaan. Saya nampak seperti pro kerajaan tetapi saya tidak memihak kepada yang mana2 tetapi saya sayang negara saya ini dan tidak sanggup melihat keadaan kucar kacir dan tidak aman. Sungguh menakutkan.

Kalau saya pro kerajaan sekalipun.. memang patut pun.. gaji saya kerajaan bayar.. kerajaan bagi saya pinjaman beli rumah.. kerajaan juga bagi saya pinjaman pelajaran yang saya dah nak habis bayar... syukur alhamdulillah. Anak saya pun sekolah kat sekolah kerajaan.. kalau sakit pun saya gi hospital kerajaan.. saya pun dibesarkan juga oleh hasil titik peluh mak saya sebagai kakitangan kerajaan.

Hanya mereka yang tahu apa yang mereka mahu, apa yang saya tahu ialah, tiadak yang BAIK akan berlaku dengan perhimpunan seperti ini. Apa yang pasti saya juga menyertai bersih. Tetapi bukan di Dataran Merdeka.



Bersih saya adalah di rumah, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Buat mereka yang pergi berkumpul mungkin itulah yang boleh membahagiakan mereka. Tapi bagi saya, bahagia saya adalah bersama keluarga. Masak Nasi Lemak, makan sama2. Oh Indahnya!!..

Apa yang pasti, rumah saya BERSIH!!









Wednesday, 25 April 2012

Panggilan Yang Tidak Diduga...



Lain macam je tajuk ni ek.. hehe.. bukan ada apa sangat pun.. cuma semalam lah.. dalam jam 3 petang, PK 1 saya telefon. Dia kata

"Normie, saya dalam mesyuarat pengurusan. Pengetua suruh Normie ambil satu slot dalam taklimat Guru esok. Buat taklimat ICT kepada guru-guru. Sampaikan apa sahaja pesanan JPN hasil dari taklimat yang telah Normie hadiri minggu lepas".
Opss... sebelum balik tu, pagi2 lagi Cikgu Shahrol Bariah dah beritahu bahawa saya kena tolong dia utk Taklimat Sekolah Kualiti. Mula gabra jugak.. tak tahu nk buat apa.. so, ambil aja minit curai yang dihantar kepada pengetua dan siapkan slaid2 yang perlu. So, ini adalah taklimat yang saya lakukan petang tadi. Dua kali semuanya, jam 11am untuk guru sesi pagi dan jam 2.30pm utk guru sesi pagi.

Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semoga menjadi panduan buat semua.


Di bawah ini pula adalah Slaid untuk Sekolah Kualiti yang disampaikan oleh Pn. Shahrol Bariah (Penyelaras Sekolah Kualiti SMK St. John).



Saturday, 21 April 2012

Kenapa tak ada orang tangkap?



Susah nak cakaplah isu ini. 
Kalau sesiapa yang tinggal disekitar gombak ini pasti akan biasa melihat pemandangan seperti ini.
Hampir setiap hari dan setiap masa.. tak kira panas terik atau hujan renyai2.. cuma kalau hujan lebat je tak ada.
Kalau macam suami saya.. memang 4 kali sehari lalu jalan yang sama pasti akan terserempak dengan mereka. 
Kedekut ke kami ni? Tak kesian ke ngan mereka ni? Sebab ramai yang hulur.. tapi apa yang pasti ialah mereka yang menghulurkan duit ini semestinya mereka yang jarang lalu di sini. Saya bukan tak kasihan tetapi tak mahu menggalakkan mereka lakukan aktiviti ini. 

Macam2 cara.. ada yang jual tisu.. ada yang jual pen.. ada yang jual tasbih...
Caranya sama.. tunjuk ubat.. tunjuk signal tangan seperti kononnya nak makan.. signal macam mereka sakit... 100% hati saya mengatakan ada dalang disebalik semua ini.




Bukan tidak kasihan.. tapi dibimbangi mereka ini menjadi bahan guna2 atau orang suruhan.. kutipan diperolehi oleh orang lain. Orang Malaysia memang baik.. tak kira.. ada je orang meminta pasti ramai yang nak menghulur. Majoriti yang menghulur wang tidak mengambil barangan yang di 'jual'.
selagi ada yang memberi selagi itulah mereka akan ada di sini.

kalau saya seorang wartawan atau tidak bekerja mau sahaja saya mengintai jejak langkah mereka ini. dari awal mau sahaja saya lihat siapa yang menghantar mereka datang dan bagaimana pula mereka balik. Tapi apakan daya saya tiada masa.

Yang hairannya tiada pulak polis nak tangkap mereka ni....
Rupa mereka ni sama je.. tapi kenapa x kena cekup? Nampak sangat lah mereka ni dari negara yang sama.

Renung-renungkanlah.. kalau pandangan saya.. nak menderma biarlah mengikut saluran yang betul.. jangan mudah2 menghulur derma kerana dikhuatiri semua wang ini adalah habuan untuk sendikit yang menjadikan mereka ini pekerja. Kalau kita menghulur ibarat kita menggalakkan mereka ini terus meminta.

Lagi satu.. saya pasti mereka ini bukanlah orang Malaysia dan silap haribulan bukan orang Islam pun.. tudung mereka sama sahaja hari demi hari...

Renung-renungkan lah... 
Selain isu tersebut.. dah banyak kali mereka ini hampir dilanggar kerana duduk di lampu isyarat.. bila lampu hujau menyala mereka tidak mengendahkannya dan masih terus duduk di tengah jalan...
Bahaya sungguh.. 

Yang buat lagi panas hati apabila mereka ditengah2.. lampu dah hijau tapi kereta kat depan tu berenti bagi duit.. dan perkara tersebut menyebabkan kita terlepas lampu hijau.. mana tak hangin bila kita dah tunggu lampu isyarat tu dah 5 kali hijau masih blm lepas (sapa duduk sri gombak fahamlah macam mana trafik light tu hijau.. dan bagaiman apanjangnya kita Q nak lepas trafic light tu).


Thursday, 19 April 2012

Petikan dari Dr. Asri: Isu Demonstrasi PTPTN - Saya setuju sangat2...




Baru sahaja nk menyambung menaip soalan peperiksaan pertengahan tahun tapi macam biasa lah mengintai muka buku dulu. Terbaca pulak satu petikan yang menarik perhatian. Susulan isu yang saya tulis semalam. Saya suka sangat apa yang Dr. Asri jawab mengenai isu ini. Saya setuju 200% dan seharusnya mereka2 yang berstatus Ustaz dan berstatus seorang ilmuan haruslah berpandangan seperti Dr. Asri. Terbuka dan sangat bagus bait2 tutur katanya dan sangat baik nilaian dan pandangannya.

Jom kita ikuti apa yang Dr. Asri katakan:
Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;
1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.
2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.
3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.
4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.
5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.
7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.
8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.
9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.
10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap. (www.drmaza.com)
Terima kasih Dr. Asri atas penilaian di atas.

Kerana PTPTN lah aku di sini..



Isu ini semakin kecoh.. semakin menjadi cakap2 dan menjadi modal politik.. menjadi bahan untuk mengelak bayar hutang dan menjadi umpan untuk menarik anak2 muda yang bercita-cita tak mahu bayar hutang. Saya masih ingat lagi.. saya antara terawal menerima tawaran atau lebih tepat lagi penghutang yang awal2... 

Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saat itu.. hampir semua berpusu2 berebut mengambil borang PTPTN dan mengisinya. Saya masih ingat.. ada antara pelajar adalah merupakan guru yang sambung belajar.. maknanya mereka ada gaji dan ada juga antara mereka mempunyai suami yang agak kaya tapi tetap mengambil pinjaman PTPTN. Bila ditanya, mereka kata.. duit pinjaman ini akan dilaburkan dalam ASB. Nanti waktu nk bayar, apasalahnya.. RM100++ je.. Kalau macam saya ni.. memang amat memerlukan pinjaman ini kerana saya adalah anak sulung. dibawah saya ada 3 lagi adik yang ketika itu masih bersekolah di sekolah menengah dan rendah. Mana nak menampung perbelanjaan.

Seingat saya, PTPTN ini ditawarkan dan kita perlu menandatangani perjanjian dan apabila ditandatangan bermakna kita akur dengan semua syarat yang ada di dalam itu. Kerana PTPTN jugalah saya boleh menyimpan wang untuk mendirikan rumahtangga. Duit baki pinjaman saya simpan sikit2 untuk menampung perbelanjaan perkahwinan saya. Sanggup makan meggi dan masak sendiri untuk jimat belanja. Saya berkahwin di tahun pertama saya di Universiti. Laku cepat sikit.. hehehe



Sudah jelas dan nyata dalam surat perjanjian. So apa yang kita nk kecohkan.. 4% dah nyata.. akur sahaja. Saya berjaya mengurangkan sedikit hutang apabila dapat menamatkan pelajaran lebih awal iaitu dalam 2 tahun 6 bulan sahaja. Syukur.. So masa belajar jangan main2.. belajar sungguh2 dan semester pendek pun ambil subjek. Masa dapat jimat dan hutang juga boleh dikurangkan.


Kalau tiada PTPTN ni.. saya rasa tiada siapa boleh sambung pelajaran di IPTS sebab yurannya mahal kecualilah mereka yang kaya. So secara tak langsung, PTPTN ini berjaya membantu perkembangan IPTS yang ada. 

Imbas sedikit bagaimana PTPTN ditubuhkan :




Berbalik kepada sejarah PTPTN, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

Oleh yang demikian beliau sememangnya berhasrat untuk menutup balik PTPTN seperti yang pernah diasaskan beliau sebelum ini. Pengikutnya mengatakan bahawa dia mungkin dah sedar kesilapannya dan nak menebusnya balik tapi sekali pun Anuar Ibrahim tidak pernah mengungkapkan kata maaf dan mengakui kesipannya.

Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

Selain memangku jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.

Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa saja keputusan termasuklah menubuhkan PTPTN. Namun, Anwar Ibrahim berpendapat PTPTN yang diluluskannya sebelum ini adalah kejam, zalim dan membebankan, dan beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu dan bukannya pada masa sekarang yang mana ramai rakyat masih memerlukan. 


Jika anak-anak mereka yang kaya mampu membiayai perbelanjaan anak beranak mereka belajar di IPT walaupun tanpa menggunakan PTPTN, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang hidup sederhana dan dalam masa yang sama menanggung kos pengajian anak mereka di IPT? Jika tidak kerana PTPTN, maka ramai rakyat tidak berpeluang belajar di IPT biarpun mempunyai kelayakan dari segi akademik. Tapi pelik juga bila ada anak orang kaya tapi masih mau ambil PTPTN ye.. lepas tu x nak bayar.
Apa kesannya jika PENDIDIKAN PERCUMA?



Nak lempang je rasanya kawan2 seangkatan yang bergelar pendidik pun ada yang x bayar PTPTN walaupun dah berkurun habis belajar. Bila kena tahan di pintu keluar sempadan, marah kat kerajaan dan kata macam2... tak bertimbang rasa lah.. kejam lah.. yang dia tak bayar pinjaman apa pasal?
Kalau mereka yang x kerja boleh kata lah.. tapi yang geramnya bila ramai yang dah kerja bagus2.. gaji dan ribu-ribuan, pinjaman PTPTN x mo bayar.

Dapat gaji hanya fikir nk beli kereta.. tukar sport rim.. tukar telefon canggih... beli gadget ribu2 tapi hutang PTPTN tak boleh nak bayar. Manusia macam ni memang patut kena timbus je.
Bila dapat kerja, perkara pertama haruslah membuat potongan bayaran pinjaman pelajaran.

Saya kini sudah 10 tahun membayar PTPTN dan berbaki lagi 5 tahun tapi selepas menyelesaikan urusan UJRAH (1%).. lebih singkat masa boleh habis.
Ingatlah.. orang yang tak bayar hutang ni memag rezekinya Allah sekat.

Ini adalah pendapat peribadi sahaja. Kalau ada yang tak setuju tu terpulanglah. Kita berhak bersuara tapi jadilah manusia yang tahu mengenang budi.


Credit to:
Badut Rakyat for the cartoon.

Monday, 16 April 2012

Tamat sudah Revenge!!!




Akhirnya hari ini saya habis menonton cerita ini. Seperti yang diduga, pasti akan ditinggalkan penuh misteri. Banyak persoalan yang tidak terjawab.
Season 2 ntah bila akan muncul. Dan sangkaan saya akan pasti ada Season 3 pula menyusul.
 Episod terakhir season ini berakhir dengan penangkapan Danial sebagai pembunuh Tyler yang mana sebenarnya dilakukan penuh konspirasi diluar kawalan Emily itu sendiri.
Maksudnya.. Emily pun x terlibat dengan pembunuhan yang penuh suspen ini.

Josh Bowman, Revenge

Khabarnya, Season 2 akan bermula dengan perkahwinan Emily. Tapi yang suspennya ialah apabila siapa pengantin lelaki tidak didedahkan sehinggalah pertengahan season 2.




Ura2 untuk Season 3 juga telah mula digarap dengan lebih Misteri.

Wow.. x sabar lah.. huhu..
I love it!

revenge-miranda-arrest.jpg

Inilah dia Victoria.
Susah nk digambarkan perasaan saya terhadap dia. Dia cantik.. bijak.. mengecewakan dan lain-lain lagi..

Kesianpun ada jugak.. Huhu.. Apa yang pasti.. badan dia sangat cantik..

Antara yang paling saya nantikan ialah sejauhmana KESETIAAN Nolan Ross bertahan. Sepanjang Season 2.. dia seorang yang setia dan sentiasa membantu Emily dan setia. Saya suka dia.. harap2 dalam Season akan datang dia akan terus menjadi Nolan Ross yang setia.


Saturday, 14 April 2012

Addicted with this!!




Hai.. lama tak update cerita kat sini. Masa mencemburui. Hati teringat nk update blog tapi sayangnya masa tu tak sempat. Kerja banyak. Biasalahkan.

Sekarang ni bukan sahaja update blog yang tak sempat.. nk tengok TV cerita2 yang digemaripun tak sempat. Baru je nak tengok dah tertidur. Tapi sekarang ni nak follow cerita ni kat StarWorld tapi sentiasa x berkesempatan.. Ulanganpun x dapat tengok. Tgk triller dia memang best. So cari2 dapatlah download untuk ditonton terus.. Macam Marathonlah tengok satu demi satu episod. Sekarang kat TV baru episod 6 kot. Tapi saya dah tengok episod 10. Tengah download lagi 6 episod.





Sinopsis :
Cerita ini menceritakan tentang seorang gadis yang kembali ke Hampton setelah beberapa tahun untuk membalas dendam ke atas semua orang yang menghancurkan keluarganya satu waktu dulu.
Rancangan di atur satu demi satu untuk menhancurkan musuh2nya satu demi satu.

Tajuk : Revenge
Ditayangkan di USA : September, 2011
Ditayangkan di Malaysia : April, 2012
Channel : Astro 711/722
Pengarah : Philip Noyce
Pelakon : Emily VanCamp, Madeleine Stowe, Gabriel Mann, Henry Czerny, Ashley Madekwe, Connor Paolo, Nick Wechsler, Joshua Bowman, Christa B. Allen.

Kenapa saya suka:
Kisah ini kisah orang kaya-kaya. Walaupun agak klise dengan kehidupan.. kecurangan dan lain2 yang biasa bagi sebuah drama dari Amerika tapi pakaian, rumah, cara hidup dan penampilan pelakon2 cantik dan kacak sangat menarik perhatian.








Emily VanCamp Revenge
Madeleine Stowe RevengeHenry Czerny Revenge
Christa B. Allen RevengeJosh Bowman Revenge
Nick Wechsler RevengeConnor Paolo RevengeAshley Madekwe RevengeGabriel Mann Revenge


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...