Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Wednesday, 30 May 2012

KidZania - Mutiara Damansara - Menakjubkan!!




Bila diberitahu hajat hati dia nak ke KIDZANIA, berkerut jugak kening ni. Sebab apa?? Sebab tak pernah tahupun kewujudan tempat ini, apa yang ada.. apa yang boleh dilakukan. Teknologi memudahkan segalanya apabila Aliya tunjukkan laman web http://www.kidzania.com.my/ dan sejujurnya, laman web ini sekadar memberi gambaran asas sahaja. 

Bila melihat harga tiket, urut dada jugak sebab bukan murah nilainya.

Fee Structure

    • Age
    • Guest
    • Fee
    • Ages : 0 - 1
    • Baby
    • FREE
    • Ages : 2 - 3
    • Toddler
    • RM 35.00
    • Ages : 4 - 17
    • Kid (Malaysian)
    • RM 55.00
    • Ages : 4 - 17
    • Kid (International)
    • RM 75.00
    • Ages : 18 - 59
    • Adult (Malaysian)
    • RM 35.00
    • Ages : 18 - 59
    • Adult (International)
    • RM 50.00
    • Ages : 60+
    • Senior
    • RM 30.00










Bayangkanlah, mujurlah saya ni ada anak seorang sahaja. Tutup mata sahajalah bila beli tiket tu. Anda boleh tempah tiket secara online. Dalam hati hanya berdoa agar bayaran yang dibuat ini berbaloi dengan apa yang akan saya lalui dan aktiviti yang akan dilakukan di sana.

Kalau anda berniat nak datang, saya nasihatkan agar datang lebih awal. Apabila saya melangkah kaki ke sana, saya mula rasa keterujaan melihat manusia ramainya beratur. Walaupun kami datang 1 jam lebih awal tapi rupanya ada lagi orang ramai yang datang lebih awal dari kami.

Anda perlu beratur untuk tunggu dibernarkan untuk 'check in' untuk masuk ke dunia Kidzania. Anak-anak dibekalkan peta dunia KidZania dan cek bernilai Z50 yang perlu ditunaikan sebagai permulaan kehidupan di dunia ini.














Melangkah sahaja ke dunia KidZania, terpaku melihat suasana dan situasi. Tidak pernah saya bayang ada tempat macam ni di KL. Memanglah dunia yang menakjubkan. Sesiapa yang ada anak-anak dan berkemampuan, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda semua.

Kidzania adalah sebuah bandar kecil yang mempunyai perkhidmatan yang khas ditujukan kepada kanak-kanak. Merekalah yang akan menguruskan dunia ini dengan menjadi pengusaha, polis, bomba, juruterbang dan sebagainya. Kidzania ini berasal dari Mexico dan ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez. Kini ia mempunyai 6 cawangan yang lain di seluruh dunia. 

Di Malaysia, Kidzania Malaysia terletak di Mutiara Damansara dan berkeluasan 80,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 1700 pengunjung dalam satu-satu masa. KidZania menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman hiburan untuk kanak-kanak di bandar tetapi bersaiz kanak-kanak. Menawarkan 90 aktiviti untuk di teroka.

Kidzania mempunyai mata wang sendiri yang dipanggil Kid Zos dan kanak-kanak boleh mendapatkan KidZos dengan cara bekerja atau melakukan perkhidmatan di dunia ini. Wang ini juga boleh di simpan di dalam kad ATM dan boleh digunakan lagi untuk kunjungan yang akan datang. Atau boleh juga membeli barang2 yang ditawarkan di dalam dunia ini.














Anda boleh biarkan anak-anak anda bersendirian di sini. Biarkan mereka melalui semua aktiviti. jangan risau kerana anak-anak dibekalkan dengan gelang GPS yang anda boleh kenalpasti lokasi mereka.

Untuk hari biasa, KidZania dibuka hanya 1 sesi ialatu jam 10am sampai 5 petang. maknanya lakukanlah apa2 aktiviti sebanyaknya sampai tamat masa. Tetapi untuk musim cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu, dibuka untuk 2 sesi. Sesi 1 ialah pada jam 100am - 3pm / 4pm - 9pm.

Tips saya ialah, sblm datang makan kenyang2 sebab makanan kat dalam boleh tahan mahalnya. Lepas tu, datang awal, rugi masa sebab banyak sangat aktiviti perlu dilakukan. Tak cukup masa.

Sungguh mengujakan. Masa berlalu tidak terasa. bawalah anak2 anda. Mereka pasti sangat2 gembira. Begitu juga dengan ibubapa.












Sambutan Hari Guru yang Gamat!! Syioknya..




Ini tahun ke-2 menyambut Hari Guru di SMK St. John. Tahun lepas agak membosankan tetapi tahun ini cukup meriah. Bertemakan warna UNGU memang sungguh menawan kalbu. Walaupun ada segelintir yang tidak mengikut tema tapi ia tidak langsung mencacatkan Majlis yang sungguh gilang gemilang yang menampakkan kerjasama yang naik antara pelajar, guru dan ibubapa. Sungguh membanggakan.

Atas sokongan terhadap acara dan kawan-kawan, saya mengambil bahagian dalam satu-satunya acara iaitu Fesyen Show. Bukanlah bagus sangat pakaian tetapi sekadar suka2.
Sungguh sporting semuanya. Paling melucukan ialah kerjasama pentadbir seperi Pn. Azizah (PK1) dan En. Mustafa (PK HEM).



Mereka berdua ini pada asalnya tidak menyertai tetapi di saat akhir apabila dipelawa, mereka terima pelawaan tersebut dengan tangan terbuka dan hasilnya sungguh menggelikan hati dan buat kami yang lain rasa sungguh terharu.

Walaupun begitu, pemilihan pemenang dengan sorakan adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Kesian guru-guru yang memdapat 'booo' atau tidak di sorak. Niat untuk suka2 tetapi bila kejadian begini berlaku membuatkan ada hati yang terluka.

Selamat Hari Guru buat semua guru SMK St. John. Buat kawan-kawan yang sporting, korang memang deboommmm... 






Wednesday, 16 May 2012

Mana Mak? - Sedihnya.. T_T



Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Sedar la wahai anak muda bahawa ibumu itu adalah segalanya. Bersyukur la kepadaNYA kerana telah menganugerahkan mu seorang IBU.

Sedihnya saya baca!!
Tetiba ingat kat mak pulak...

Saya tidak pernah ada cita2 jadi guru!! Selamat Hari Guru!



dan Selamat Sejahtera!!


Mula menjejak kaki dalam dunia pendidikan sejak tahun 2001 tapi ketika itu mendaftar pada bulan Jun dan Sambutan Hari Guru telah berlalu. Kalau dikira bilangan hari guru yang disambut termasuk hari ini ialah sebanyak 11 kali. Banyak kenangan yang tercatat sepanjang 11 kali ini.
Kenangan paling manis ialah bersama team yang 'gile-gile tahap gaban' iaitu bersama Kak Mala dan Kak Roslina. Saya tak boleh lupakan bagaimana kita berlakon kawat kaki. Hahaha.. Memang pecah perutlah pakai baju KRS. Wkwkwk.

Berkerja di SMK Wangsa Melawati sebagai sekolah pertama sangat-sangat memberi kesan mendalam dalam cara saya menjalankan tugas. Pernah diberi peluang mengajar macam-macam mata pelajaran termasuklah sains yang buat saya serik apabila berlaku letupan kecil di makmal teras akibat eksperimen logam oleh pelajar tingkatan 3. Kemudian terus diberi tanggungjawab penuh bertahun2 lamanya mengajar Matematik. Paling lama ialah mengajar Matematik Tingkatan 3 sebelum saya berjaya membuka kelas ICT di sana pada tahun 2007.

Seingat saya, cita-cita untuk menjadi seorang guru tidak pernah menjadi salah satu cita-cita saya semasa sekolah. Kawan-kawan sekolah saya juga ramai yang tidak menyangka saya menjadi seorang guru. Begitu jugak dengan saya yang mana saya tidak menyangka bahawa ramai rakan2 masa sekolah dulu juga menjadi warga pendidik. Walaupun laluannya berbeza, pengakhirannya tetap sama.

Syukur, banyak saya belajar dari pengalaman. Sejak masuk ke dunia pendidikan ini, saya dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia dan yang paling ketara sekali bagaimana kita mengawal diri dan menumpu sepenuh tenaga dalam kerjaya ini. Kerjaya sebagai guru sangatlah mencabar. Kalau dulu saya tidak pernah bercita-cita jadi guru tapi kini saya bangga saya adalah seorang guru. Saya sayangkan kerjaya ini. Kerjaya ini banyak mengubah kehidupan saya.

Macam2 cerita Ada,
Ada pelbagai rupa, ada pelbagai gaya,
Ada yang cantik, ada yang selamba,
Ada yang pucat tak kurang juga yang ceria,
Ada yang sepenuh jiwa, ada yang sekadarnya sahaja,
Ada yang tak suka kita, ada juga yang sayang kita,
Ada yang sedar kewujudan kita, ada juga yang buat tak pada,

Naik tangga, turun tangga,
Ada yang kurus tapi tak kurang juga yang dipampam rupanya
Ada yang curi tulang tapi masih ramai yang rajin tak terkira
Ada yang garang dan ada yang lembut bahasanya
Ada yang beranak 5 tak kurang juga yang masih menunggu si dia tak tiba2
Ada yang baik hatinya tak kurang juga sebaliknya

Kita kena ingat selamanya,
Cikgu juga manusia yang tak lepas dari dosa,
Selalunya tak banyak yg cikgu pinta,
Kejayaan anak dan anak didik satu-satunya kebahagiaan yang tak terucap dengan kata-kata.
Kitalah tonggak negara
Pendidik anak bangsa.

Selamat Hari Guru!!!

TERIMA KASIH BONDAKU KERANA MEMILIH KERJAYA INI UNTUK KU.
TERIMA KASIH SUAMIKU YANG SENTIASA MENYOKONG SEGALA APA YANG AKU LAKUKAN DEMI KERJAYA INI!









Sunday, 13 May 2012

Hukum Sambutan Hari Ibu Haram??




Naif sungguh saya ini. Beberapa hari lepas saya baru terbaca status di FB anak murid saya berkenaan sambutan hari Ibu akan memesongkan akidah dan tidak boleh disambut. Katanya dipetik dari Ustaz Azhar Idrus. Saya tertinggal kapal rupanya. My hubby kata dah lama isu ini dibangkitkan.

Sebenarnya saya tidak lah pernah sambut besar2an. Masa kecik2 dulu tak pernah sambutpun.. bila dah dewasa baru tahu wujudnya Hari Ibu ni. So selalu buat apa? Sekadar makan kek bersama2.. ucapkan tanda ingatan. Biasa2 sahaja. Anak dan suami pun sekadar beri ucapan n belanja kek dan bagi kad kadang2 tu.
Sekadar itu sahaja. Saya juga akan call mak ucap Selamat Hari Ibu. Tidak lain dari itu.. hanya untuk ibu sahaja. 

Bila terdengar khabaran begitu, takut jugak rasa sebab maklumlah bila melibatkan akidah memang menakutkan. Tapi hati ini masih kuat mengatakan bahawa sambutan yang dibuat semata2 untuk ibu kita.. bukan seperti yang dinyatakan.

Syukur, hari ini terjumpa satu petikan yang dapat melegakan sedikit hati ini.
Dipetik dari http://darululumonline.wordpress.com/

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).
Pendakwah bebas, Ustaz Noor Hisham Ismail berkata, ibu wajib dihormati disebabkan keperitan, kesakitan dan susah payahnya mengandung dan melahirkan kita di dunia.
Katanya, anak yang menderhaka kepada ibunya dengan sebab-sebab yang tidak diizinkan syarak adalah anak yang sentiasa berada di bawah laknat Allah dan rasul sehinggalah ibunya memaafkannya.
Firman Allah dalam Surah Al Isra’ayat 23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “AH”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”
Ustaz Noor Hisham berkata, Hari Ibu adalah setiap hari dan tidak hanya terhad pada hari-hari tertentu.
“Jika dinisbahkan pengorbanan ibu, realitinya pengorbanan insan ini amat besar dan tidak dapat dibalas dengan segala yang ada di dunia ini,” kata beliau.
Mengulas kepelbagaian sambutan di Malaysia, beliau berkata, sememangnya dalam Islam terdapat beberapa sambutan yang tidak digalakkan untuk diraikan umat Islam kerana jelas bertentangan dengan syariat, misalnya Hari Valentine dan April Fool.
Begitu juga sambutannya di negara-negara lain, pelbagai sambutan dilakukan untuk kemeriahan, misalnya Hari Ibu yang dilihat sambutannya lebih menjurus kepada sembahan dewa-dewa seperti pernah dilakukan oleh Greek Kuno – meraikan dan menyebutnya sebagai Hari Cybele. Juga Romam Kuno yang meraikan Hari Montranalia sebagai tanda memperingati Dewa Juno iaitu Ibu kepada Juventas, Vulcan & Mars.
“Sambutan Hari Ibu di Malaysia pula, lebih-lebih lagi untuk umat Islam, bagi saya ia telah jauh dari unsur-unsur syirik yang diamalkan orang-orang kafir.
“Ramai ulama di Malaysia menjelaskan dengan panjang lebar tentang sambutan Hari Ibu dan ia tidak menjerumuskan kepada haramnya sambutan sebegini selagi tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan agama,” katanya.
Beliau berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah Jumaat berkaitan Hari Ibu dan pada pandangannya, umat Islam perlu berhati-hati dan memastikan sebarang sambutan tidak melanggar hukum syariat.
“Kalau setakat membeli hadiah untuk ibu, membawa mereka makan di restoran terkenal, meraikan sambutan Hari Ibu bersama-sama ahli keluarga dan bermacam-macam sambutan lagi yang jelas tidak bertentangan dengan Islam adalah diharuskan.
“Tetapi demi menjaga kemaslahatan umat Islam khususnya pada mereka yang agak cetek agamanya, elakkanlah daripada menyambutnya kerana ada segelintir golongan ini yang menyambutnya sekadar ikut-ikutan dan diselang-selikan dengan perbuatan haram seperti meraikannya dengan meminum arak di kelab-kelab tertentu, pembaziran melampau, batasan aurat yang tidak dijaga bila bersama bukan muhrim, hiburan yang terlalu melalaikan dan sebagainya,” kata beliau.
Beliau berkata, ada ramai pihak bersetuju dan tidak bersetuju dengan sambutan ini, malah ada mengemukakan dalil dari hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk dalam golongan mereka.” (Hadis sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud RH dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya & Imam As-sayuti di dalam Al-jamie as shaghir, disahihkan oleh albani.
“Ini bermakna, pendapat-pendapat sesetengah ulama yang membenarkan sambutan Hari Ibu disebabkan mereka melihat dari sudut sambutan Hari Ibu pada zaman kini dan bukan zaman dahulu,” katanya.

Memang ada pendapat sesetengah ulama mengharamkan sambutan hari Ibu kerana asal usul sejarahnya.
Namun, di Malaysia, pada pengamatan Ustaz Noor Hisham, pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah harus.
Banyak masjid-masjid turut menganjurkan majlis dan program-program bagi menghargai ibu.
Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran serius, pastinya pihak Jakim dan badan ulama akan mengeluarkan kenyataan atau pun fatwa untuk menegur masyarakat Islam dari meraikannya atau menghukumkannya sebagai haram.

Alhamdulillah. Apa yang terkandung dalam fikiran saya adalah sama seperti yang dinyatakan di atas.
Selamat Hari Ibu buat semua yang sudah bergelar Ibu!!

Thursday, 10 May 2012

Bengkel Photoscape & Youtube Downloader Siri I




Tajuk kursus : Bengkel Photoscape & Youtube Downloader




Tarikh : 10/5/2012
Masa : 1.15pm - 3.15pm
Lokasi : Smartlab 1, SMK St. John
Sasaran : Guru
Anjuran : Unit ICT SMK St. John
Kehadiran : 10/15 orang yg mendaftar


  • Pn. Nor Azila binti Juni
  • Pn. Noor Hayati Abdul Ghani
  • Pn. Ng Wee Mei
  • Pn. Maknun bt Rafi
  • Pn. Normadiah bt Abdullah
  • Pn. Hasimah bt Mohamed
  • Pn. Azizah bt Bt Baharuddin
  • Pn. Zaleha Mariat
  • Pn. Vijaya
  • Pn. Norlia Yahaya


Syukur Alhamdulillah. Penyertaan kali ini juga membanggakan. Ruangan yang dibuka adalah seramai 15 orang peserta. Dan hadir sejumlah 10 orang. Yang selebihnya mungkin ada urusan yang tidak dapat dielakkan seperti kelas tambahan, masalah kesihatan dan lain-lain.
Buat pengetahuan guru-guru yang hadir, kehadiran anda boleh dimasukkan sebagai LDP (2 jam).

Kali ini juga, saya dibantu oleh Pn. Jessica. Mujurlah ada Pn. Jessica membantu, dapat melancarkan lagi perjalanan Bengkel ini. Mengikut pelan asal, sepatutnya saya yang membantu Pn. Jessica kerana saya menamakan Pn. Jessica selaku tenaga pengajar kali ini tetapi memandangkan beliau baru sahaja kembali ke sekolah hari ini setelah cuti sakit hampir 2 minggu dan masih belum sembuh sepenuhnya, saya mengambil alih tugas itu tapi saya sungguh berbesar hati kerana beliau sudi menunggu sehingga kelas tamat dan membantu saya dan guru-guru semua. Saya amat menghargainya. Itulah namanya kawan. Tq my dear.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu guru menggunakan kedua-dua aplikasi ini dalam pengurusan sekolah dan juga sebagai satu lagi cara untuk melaksanakan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.

Photoscape

Klik di sebelah untuk memuat naik (download) perisian ini. [DOWNLOAD]
Setelah selesai download, sila ke folder DOWNLOAD di dalam PC anda untuk meng 'install' aplikasi tersebut.

Aplikasi ini mempunyai banyak features yang boleh di explore. Kerana masa yang agak suntuk, kita hanya dapat menerangkan 2 fungsi yang mungkin biasa digunakan oleh guru-guru iaitu EDITOR dan PAGE. Apa yang boleh dilakukan oleh aplikasi ini? anda boleh melihat sample di laman web berikut. [CONTOH]

Di bawah adalah antara hasilnya :

GAMBAR ASAL
GAMBAR YANG TELAH DI EDIT

Kat bawah ini ada sikit tutorial untuk hasilkan gambar di atas.





Antara lain, ini juga hasil menggunakan PAGE element dalam photoscape. Credit to Pn. Jessica.





Youtube Downloader
Klik di sebelah untuk memuat naik (download) perisian ini. [DOWNLOAD]

Fungsinya? Untuk download sebarang video yang dikehendaki. Boleh menggunakan aplikasi ini untuk download sebarang video yang berkaitan dengan pelajaran dan boleh ditunjukkan kepada pelajar di dalam kelas walaupun tiada talian internet. Ini juga membantu guru menjimatkan masa kerana video yang telah di download boleh di simpan dan tidak perlu menunggu 'buffering' akibat kelembapan dambungan internet.
Versi di atas juga boleh membenarkan anda memotong video yang di download.

Kepada semua guru, syabas. Gunakan.. mahirkan diri anda. Syabas!!!


Bengkel ICT ke-1 - Pengendalian Emel dan Penggunaan Google Document



 

 Syukur Alhamdullillah, Isnin yang lalu (7 Mei 2012), Unit ICT telah beerjaya melaksanakan kelas ICT seperti yang dirancang. Walaupun sendirian mengendalikannya akibat kekangan rakan2 ICT yang lain dengan urusan kerja masing2 dan ada yang tidak sihat seperti My Darling Jessica yang sakit. My dear Komate juga ada kelas tambahan and Mas Juhaida yang of course busy with her work.
Tahniah kepada semua guru yang hadir dan memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan bengkel kita. Sayangnya sebab saya bersendirian, maka tiada gambar sempat saya capture sebagai bukti kehadiran. Bengkel kita yang pertama hari tu ialah berkenaan Pengendalian Emel yang betul dan Penggunaan Google Document.
Tahniah kepada semua guru yang telah mula menggunakan ilmu yang diberi. Semalam, 9 Mei 2012, Ustazah Mariana telah mencuba dengan jayakan Penggunaan Google Doc. Beliau telah datang ke Smartlab 1 untuk mencetak dokumen beliau yang telah beliau muat naik ke Google Document. Well Done!!.. No more Pen Drive.. No mo Virus!!
Sedikit Maklumat buat semua. Apa itu Google Doc / Google Document?

An overview of Google Docs

What is Google Docs?

Google Docs is a suite of products that lets you create different kinds of online documents, work on them in real time with other people, and store your documents and your other files -- all online, and all for free. With an Internet connection, you can access your documents and files from any computer, anywhere in the world. (There's even some work you can do without an Internet connection!) This guide will give you a quick overview of the many things that you can do in Google Docs.

Documents List

Your Documents List is where you'll find all of the Google Docs you've created, files you've uploaded, and anything that's been shared with you. It's also where you can manage your Google Docs settings. Here's what you can do in your Documents List:
  • Create Google documents, spreadsheets, other file types, and collections.
  • Upload (from your computer, if you'd like), manage, and store files and folders.
  • Share Google Docs, files, and collections.
  • Preview your docs and files before you open or share them.
  • View images and videos that you've uploaded to your Documents List.
  • Search for items by name, type, and visibility setting.

Google documents Google documents is an online word processor that lets you create and format text documents, and collaborate with other people in real time. Here's what you can do with Google documents:

  • Convert most file types to Google Docs format.
  • Add flair and format your documents, with options such as paint format, margins, spacing, and fonts.
  • Invite other people to collaborate on a doc with you, giving them edit, comment or view access.
  • Collaborate online in real time and chat with other collaborators.
  • View your documents' revision history and roll back to any version.
  • Download Google Docs to your desktop as Word, OpenOffice, RTF, PDF, HTML or zip files.
  • Translate a document to a different language.
  • Email your documents to other people as attachments.
To learn more about Google documents, check out the Google documents getting started guide.

Google spreadsheets

Google spreadsheets is an online spreadsheet application that lets you create and format spreadsheets, charts, and gadgets, and simultaneously work with other people. Here's what you can do with Google spreadsheets:
  • Import and convert .xls, .csv, .txt and .ods formatted data.
  • Export .xls, .csv, .txt and .ods formatted data and PDF and HTML files.
  • Use formatting and formula editing so you can calculate results and make your data look the way you'd like.
  • Chat in real time with others who are editing your spreadsheet.
  • Create charts and gadgets.
  • Embed a spreadsheet, or individual sheets of your spreadsheet, in your blog or website.
For more information about Google spreadsheets, check out the Google spreadsheets getting started guide.

Google presentations

Google presentations is an online presentations editor that allows you to show off your work in a visual way. Here's what you can do with Google presentations:
  • Share and edit presentations with your friends and coworkers.
  • Import and convert existing presentations in .pptx and .pps file types.
  • Download your presentations as a PDF, a PPT, or a .txt file.
  • Insert images and videos, and format your slides.
  • Allow real-time viewing of presentations, online, from separate remote locations.
  • Publish and embed your presentations in a website, allowing access to a wide audience.
For more information about Google presentations, check out the Google presentations getting started guide

Google drawings

Google drawings is an online drawings editor that lets you create anything from a scribble to a flow chart while working collaboratively with other people. Here's what you can do with Google drawings:

  • Share and edit drawings with your friends and coworkers.
  • Download your presentations as a PNG, JPEG, SVG, or PDF file.
  • Insert images, shapes, and lines, and format them to fit your preferences.
  • Real-time collaboration with other people, no matter where they are.
  • Insert a drawing into a document, spreadsheet, or presentation.
For more information about Google drawings, check out the Google drawings getting started guide
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...