Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Wednesday, 13 June 2012

Senarai NILAI Pendidikan Moral KBSM - Sila HAFAL!!






 
dan salam sejahtera buat yang bukan Muslim
 
Buat pelajar-pelajar saya yang saya sayang, memandangkan saya ni dah jadi guru moral sejak masuk ke SMK St. John ni, saya sertakan di sini NILAI-NILAI yang perlu anda HAFAL!!
 
BIDANG PEMBELAJARAN 1: PERKEMBANGAN DIRI

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

BIDANG PEMBELAJARAN 2: KEKELUARGAAN

Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan member layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

BIDANG PEMBELAJARAN 3: ALAM SEKITAR

Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

BIDANG PEMBELAJARAN 4: PATRIOTISME

Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

BIDANG PEMBELAJARAN 5: HAK ASASI MANUSIA

Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, member naungan, dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna

Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagaiindividu yang boleh member sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat, dan Negara.

Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai, dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa, dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

BIDANG PEMBELAJARAN 6: DEMOKRASI

Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasa tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara dan mematuhi peraturan, undang-undang, dan Perlembagaan Malaysia.

Sikap Keterbukaan
Bersedia member dan menerima pandangan, pembaharuan, dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

BIDANG PEMBELAJARAN 7: KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

Hidup Bersama secara Aman
Bersedia member dan menerima pandangan, pembaharuan, dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapao sesuatu matlamat.

Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

 

Sunday, 10 June 2012

Suami tak kerja? Jadi surirumah? Kau ado?



Hari minggu datang lagi. Macam biasa, tiada rutin yang lebih baik dari hari Ahad iaitu mengemas, mendobi dan macam-macam lagilah urusan rumahtangga. Hari ini lain macam sikit sebab apa? Sebab esok mula sesi persekolahan setelah cuti 2 minggu. Cari baju sekolah, alat-alatan sekolah agar esok tidak kelam kabut. Hari ini tak ambil bibik untuk mengemas dan menggosok sebab rasa x de banyak sangat kerja nak buat, so jawabnya malam ni kena bertungkus lumus menggosok baju. Aliya boleh gosok baju sendiri. Hubby pun sama, suka gosok baju sendiri sebab saya gosok tak cantik dan saya memang x suka gosok baju.

Selain dari itu, macam biasa, update diri sikit dengan gosip2 panas dalam Propaganza dan Melodi. Minat sangat? Tak jugak, tapi bolehlah kata selalu follow kalau x de aktiviti lain. Nak tahu jugak dunia artis ni, bila bersembang atau bercerita bolehlah menyampuk, ini apa benda budak2 bercerita kita macam dungu je.. Sekurang2nya boleh masuk lah bila bercerita ngan budak2 dan salah satu cara merapatkan diri dengan anak-anak murid. Kalau nak cari info kat Internet memang belambak tapi banyak lagi benda lain nak baca. Seminggu sekali tengok apa salahnya sebab MAJALAH2 HIBURAN memang HARAM masuk rumah saya.

Selain 2 cerita gosip2 ni, layan jugaklah NONA walaupun kadang2 naik menyampah dengan pengisian yang lebih kepada orang2 berduit. Majlis2 kahwin pun cover orang kaya2 dan ada nama. Majlis perkahwinan kalau yang adooo jangan mimpi nak tengok masuk dalam NONA. Apa yang menarik perhatian hari ini ialah berkenaan dengan BLOGGER yang memang saya FOLLOW iaitu BEN ASHAARI. Bukanlah tahu sangat tentang dia tetapi selalu baca coretan dia. Macammana tau berkenaan dengan blogger ini? Tentunya dari blog adinda comel LYSSA FAIZUREEN.

Apa yang manarik? Rupanya dia ni SURIRUMAH yang tidak bekerja. Kerja dia ialah jaga anak dan menguruskan rumahtangga dan isterinya yang keluar bekerja. Aduh.. bagus jugak macam ni kan?? Bila balik suami dah siap masak dan rumah dah bersih dikemas. Hehehe.. Tapi apa yang saya nak saya timbulkan di sini, dia bukanlah surirumah biasa, dia isikan masanya dengan menjadi BLOGGER yang pastinya duit masuk dan menghasilkan pendapatan. Bukan surirumah yang pasif. Iklan2 yang terdapat di blog dia bukannya percuma. Semuanya mendatangkan pendapatan. 

Lelaki ni banyak jenis, ada yang OK dan ada jugak yang KO. Ada yang rajin kerja, ada jugak yang malas. Kalau ada suami yang nak jadi surirumahtangga tu, dialu-alukan tapi janganlah pulak jadi surirumahtangga tapi anak hantar nusseri, bila balik, bini yang masak. Rumah lintang pukang. So, tu bukan surirumah namanya... Tapi tak dinafikan, ada lelaki yang tinggi sangat EGOnya nak buat macam ni. So tabik springlah suami yang sanggup jadi MR. MAMA ni... Wa caya sama lu lah!!

Tapi saya lagi TABIK sama suami saya. Terlalu banyak cabaran kami lalui bersama. Jatuh bangun, dia tetap bersama saya, membantu saya, ringan tulang. Walaupun bukan surirumah sepenuh masa, tapi dia sentiasa membantu saya dalam mengurus rumahtangga. Terima kasih hubby!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...