Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Cuti yang merugikan.. tapi...

Selamat malam buat teman-teman yang ada di rumah, menunaikan Tarawikh di rumah, atau yang memonteng Tarawikh atau yang sedang melalui saat2 merugikan seperti saya iaitu sedang cuti-cuti Malaysia. Sebenarnya terasa RUGI dan RUGI apabila cuti yang lansung tak diharapkan pada bulan Ramadhan ini. Tapi apa boleh buat. Namapun PEREMPUAN. Saya sedang mentelaah buku TEBAL penuh info dari dulu tapi tak habis-habis. So nekad untuk mendalaminya semua sepanjang masa bercuti ini. Maklumlah, nak ke Masjid bertarawikh di HARAMkan. So, membaca menambah ilmu dan berkongsi apa yang dibaca agar dapat manfaat buat semua. Buku apa saya baca? Meh intai, besh sangat buku ni. Tahniah kepada penulisnya iaitu DATUK HAJI MD. HASHIM YAHAYA yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Saya nak berkongsi berkenaan Aurat Wanita Ketika Solat. Aurat wanita ketika bersolat adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, seorang wanita wajib menutup seluruh tubuhnya kecuali dua anggota ini ketika ber…

Saya sayang Mak saya walaupun Mak saya sayang adik saya lebih.. (ade ke macam ni?)

Tak boleh blah punya tajuk kan.. kan.. hehehe.. saya kasi gempak je. Mak mana ada macam tu, mak kita sayang kita semua. Ada sayang lebih, ada kurang sikit.. itu biasalah. Manusiakan, anak yang pandai ambikl hati, pandai main psikologi pasti menawan hati bonda.. hehe.. anak yang degil sikit, tak dengar kata sikit kurang lah sikit..Terbaca cerita ni pagi ni, seronok untuk kongsi bersama. Apapun, sayang mak saya. Ummuuah...
Anak dan Ibu Gajah

Dahulu kala, di sebuah kaki bukit di pegunungan Himalaya, di dekat sebuah kolam teratai, lahirlah seekor bayi gajah. Bayi gajah ini luar biasa indah menawan, putih bersih seperti salju dengan wajah yang sedikit bersemu kemerahan seperti warna batu karang. Belalainya berkilau indah bagaikan utas tali yang berwarna keperakan, gadingnya yang kuat dan kokoh membentuk sedikit lengkungan yang manis.

Ia selalu mengikuti ibunya ke manapun. Ibu Gajah memetik daun terlembut dan buah termanis dari pohon-pohon yang tinggi dan kemudian memberikannya. &qu…

8 rakaat ke 20 rakaat?

Salam Ramadhan. Hari ini hari ke-6 kita berpuasa. Selamat menjalankan ibadah puasa. Bila sebut Ramadhan je, selain padal pasar juadah, pasti kita ingat Tarawikh. Itu membezakan Ramadhan dan hari-hari lain. Dulu masa di kampung, tak pernah miss / ponteng solat tarawikh kecuali waktu 'cuti'. Kalau dulu, memang kat masjid buat 20 rakaat. Bezanya di kampung, mereka baca ayat2 pendek kerana majoriti orang2 tua. So taklah terlalu lama berdiri. Di KL ni, kebanyakkannya nak habiskan satu Al-Quran dan ayat dibaca setiap rakaat itu agak panjang. Dan dapat dilihat, kebanyakkan dari kita hanya buat 8 rakaat sahaja termasuklah saya. Tapi kita jangan lupa, bila kita balik, selepas bangun solat tahajud atau hajat, kita tutuplah dengan 3 rakaat Witir sendirian di rumah.
Hari ini terbaca satu petikan dari Berita Harian yang boleh kita jadikan rujukan bersama berkenaan dengan 8 rakaat atau 20 rakaat. Menarik untuk ilmu kita semua.
Dalil solat tarawih 8 rakaat:

Saidatina Aisyah ditanya mengenai sol…

Puasa tak??

Ramadhan datang lagi. Masa berlalu begitu pantas. Masih teringat lagi saat belajar berpuasa semasa kecil. Sekarang giliran anak-anak pula berpuasa. Kalau dinilai dan di amati, terasa puasa zaman sekarang pendek sahaja. Kadang2 tidak pernah terasa lapar kecuali sesekali terasa dahaga. Mungkin kerana kini sudah cukup dewasa dan punya banyak perkara hendak dilakukan terutama sekali urusan kerja memungkinkan kita berasa masa cepat sangat berlalu. 
Beberapa hari sebelum Ramadhan tiba, di radio & TV banyak membincangkan berkenaan bagaimana untuk kita menyambut Ramadhan. Berkali2 Ustaz pesan bahawa kita harus sentiasa menimba ilmu, mengingatkan kembali perkara2 berkaitan dengan Ramadhan. Zaman sekarang juga sudah canggih, boleh baca di internet. Tapi kena juga berhati2 kerana risau akan kebenaran maklumat yang ada. Maka perlulah juga kita merujuk buku bagi memastikan kebenarannya.
Dalam melayari internet, saya tertarik dengan Blog seorang sahabat yang memuatkan beberapa maklumat berkaitan …

Muhasabah Diri..

Seharusnya kita bersyukur dipinjamkan lagi nyawa dan jasad ini. Dapat lagi melihat anak dan suami. Dapat lagi dipinjamkan kekuatan memandu kereta ke sekolah. Dapat lagi melihat sekolah dan dapat lagi mendengar kata-kata dan dapat lagi bersembang dengan kawan-kawan. Terima kasih Allah.
Kebiasaan on the way ke sekolah, terhibur dengan gelak tawa Fafau & FBI dari HOTFM. Kemudian boring bila ada AG terus beralih kepada Sinar Pagi gabungan Krill, Kak Engku & Abang Jem.. Hehe.. Bukan apa, sambil tersenyum2 sendiri, Sinar Pagi ni selalu masukkan slot Dato' Dr. Fadhilah Kamsah. Dapat ilmu pagi2 dengar ceramah dia. Lepas habis Dato' berbicara terus tukar channel ke KLFM. Ada ustaz yang memberi sedikit tazkirah pagi. Syukur Alhamdulillah.. sekurang2nya dapat menyedarkan diri kita dan mengingatkan kita pada kekurangan diri.
Hari ini, Dato' Dr Fadhilah Kamsah berkata bahawa "Jika kita ni selalu sahaja ada masalah dengan manusia lain, itu maknanya kita harus muhasabah diri..…

Kau sungguh BIADAP!!

Hampir 12 tahun saya berkerja dengan ramai orang dalam dunia Pendidikan ini. Tapi apalah sangat 12 tahun itu jika nak dibandingkan dengan guru2 senior yang ada antaranya hanya tunggu masa untuk pencen. Saya memang mahir dalam bidang saya dan kebanyakkan guru2 senior ini agak kurang dalam bidang saya ini dan ada antaranya menjadi penghalang paling besar buat mereka. Tapi tak kurang juga ada yang hebat.. Tapi kelebihan yang ada pada saya bukanlah menjadi lesen untuk saya berlaku biadap, bercakap angkuh ataupun sombong dengan mereka. Kerana dalam budaya kitapun, orang tua harus dihormati. Mereka lebih banyak makan garam dari kita. Mereka lebih banyak pengalaman. Gaji mereka pun lebih banyak.
Memang kadang-kadang kita ada tidak berpuas hati dengan guru senior yang kadang melebih2 dan menjadikan senioriti mereka sebagai satu alasan untuk tidak melakukan sesuatu kerja dan 'membuli' junior. Tapi itu bukan alasan untuk kita biadap dan kurang ajar dengan mereka apatah lagi meninggikan s…

Keputusan Penuh Acara Akhir

Ini adalah keputusan penuh Acara yang dipertandingkan hari ini.

ACARA 100M


KELAS 11MUKTISHWARANSTEPHEN11:372AMIR SHARIFSTEPHEN11:683FIRDAUS IDRISDJOSEPH11:97KELAS 21AQILGILBERT11:972MUHD AZIMSTEPHEN12:963CASSIAN JACOBCLOUDE12:97KELAS 31MUHAMMAD NUR HAQQIMSTEPHEN11:682VICKNEASHDJOSEPH11:783AMIR ADLANCONELIUS11:78KELAS 41HAFIZUDDINDJOSEPH12:162ISZNUL KHAIRZEEMCLOUDES12:183AHMAD AQIL NAQIBSTEPHEN12:62KELAS 51AQIL TAQEEUDINSTEPHEN12:572JEVIN RAJCLOUDE13:473MUHD SYAFIQGILBERT12:50PEREMPUAN1DEBORAH TEESTEPHEN16:062GOH EE LYNNCORNELIUS16:083YUE JIAGILBERT16:16
ACARA 4X100M


Teraniaya.. Kreativiti di persendakan dan diletakkan di tapak kaki..

Baru sahaja balik dari Kompleks Sukan Kampung Pandan. Hari ini adalah merupakan Cuti Peristiwa dan Sukan Tahunan dilakukan. Maksudnya, esok sekolah macam biasa. Sama ada ramai pelajar yang bercuti atau ada guru yang akan MC. Tak boleh salahkan mereka. Sukan Tahunan sangat2 memenatkan. Sepatutnya cuti untuk rehat tapi apakan daya. kalau masih kuat, esok pergilah ke sekolah.
Kalau ikutkan fizikal ini, memang saya sangat letih. Tapi saya harus menulis bagi meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Kalau saya tak tulis sekarang, saya pasti tak akan tulis sebab dah x terasa BAHANGnya lagi. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Sukan Tahunan ini. Syabas atas usaha yang ditunjukkan. Semua orang sudah berkekerja kuat, dari Ketua Rumah Sukan yang kadang2 bekerja sendirian apabila ada anak-anak buah buat tak tahu sahaja. Kepada semua pegawai teknikal, syabas kerana menjalankan tugas dengan baik.
Cuma... apa yang saya kecewa apabila pasukan kami iaitu rumah GILBERT biberi menaiki …

Selamat Hari Lahir Tun..

Balik je dari sekolah, terus membuka buku Tun ini. Dah lama dah nak kan buku ni tapi asyik bertangguh sahaja. Kalau versi English dia adalah Hard Cover tapi kalau setebal 2 inci ni, kalau dalam Bahasa Inggeris rasanya macam 2 tahun belum tentu habis saya baca. Tapi adik saya ni berikan saya sebagai hadiah, Versi Melayu. Terima kasih adikku Nurulashikin kerana tahu apa yang terbaik utk dijadikan hadiah.
Kebetulan pula apabila hari ini, Tun genap berusia 87 tahun. Syukur Alhamdulillah beliau masih sihat diusia begini. Kalau nak diikutkan, beliau lahir pada 10 Julai 1925 tetapi kalau berdasarkan dokumen rasmi, tarikh lahir Tun dicatatkan pada 20 Disember 1925.
Saya dibesarkan di era pemerintahan Tun. Tun ditabalkan menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 dan ketika itu saya baru berusia 4 tahun. Walaupun apa yang orang nak kata, orang tak suka, saya tetap mengagumi beliau. Seorang yang sangat bijak. Tapi tak lah sampai fanatik.


Ramai yang tidak suka dengan beliau. Ramai yang mencerca be…

Hari Tua tiba lagi...

8 Julai tiba lagi. Tiada sambutan yang mewah dan mengejutkan. Itu memang perkara biasa. Bagi saya satu potongan kek, makan bersama keluarga sudah memadai. Tidak mengharapkan sebarang hadiah tetapi sekadar ucapan terutamanya daripada orang-orang yang saya sayang.
Walaupun beratus sahabat yang mengucapkan Selamat Hari Lahir di WALL Facebook, tetapi mungkin cuma tidak sampai 10 orang yang sebenarnya ingat hari lahir kita. Maklumlah, kat FB tu dia ada function untuk remind orang pasal birthday. Tapi tak kisah lah, kita ni bukannya artis dan bukannya siapa2pun kan. Saya pun macam tu jugak, bukan semua tarikh lahir orang saya ingat. Hanya rakan-rakan rapat dan keluarga sahaja yang saya ingat. 
Cuma ada seorang sahabat saya yang saya sangat2 ingat tarikh lahir dia ialah sahabat semasa saya belajar di UPSI sebab tarikh lahir dia adalah sehari sebelum tarikh lahir saya dan sangat2 unit. 7.7.1977 atau lebih cantik 7777. Saya pula 8777. Masakan tidak ingatkan. Happy Birthday Ana..

Ni saya curik ga…

Ibubapa tidak mengharapkan balasan duit tetapi jangan sesekali menyakiti mereka..

Dalam pada melayari internet mencari bahan-bahan Pendidikan Moral (yg saya baru terjebak). Terserempak pula dengan kisah ini yang saya rasa perlu dibaca oleh remaja sekarang yang kebanyakkannya lupa. Semoga dapat diterima dengan penuh iktibar. Saya dapat dari rakan-rakan di FB kisah ini. Peringatan buat yang terlupa.
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini. “Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini…

Rumah baru utk Cikgu Norm.. Yesss!!

Lama sungguh tidak menulis. Sebenarnya, banyak kali juga cuba untuk menulis, sampai separuh jalan, semuanya berada di folder 'DRAFT'. Nak sambung tapi tak sambung-sambung jugak. Biasalah, sekarang ni masa puncak dekat sekolah. Sibuk sungguh sana dan sini.
2 Tahun lalu, saya sewakan sebuah rumah dan mengunakan 2 bilik di tingkat bawah untuk dijadikan tempat mengajar anak2 sekeliling rumah saya. Bermula dari semalam, saya telah menyewa sebuah lagi rumah yang kini ada 4 bilik selang sebuah dari rumah sekarang. Insya Allah lepas ini dapatlah memenuhi permintaan ibubapa yang terlalu banyak. Terima kasih semua.


So, lepas ni saya akan buka untuk Tingkatan 4. Daftar segera. Ogos kita mula kelas ye. Saya bersyukur, sekarang Tingkatan 3 juga telah ada 2 mata pelajaran kerana permintaan yang tinggi iaitu SAINS dan MATH.
Bukan itu sahaja, saya juga merancang untuk mengadakan kelas Asas Photoshop kepada semua yang berminat. Sentiasa update ok. Oh ya, bukan untuk pelajar sahaja, untuk semua …