Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Monday, 17 September 2012

Untungnya jadi cikgu.. Jomlah jadi cikgu..

Sejak di hantar bertugas pada 18 Jun 2001, tidak pernah saya disebulungi dengan rasa sebegini. Tapi Jumaat lalu, hati saya betul2 tersentak, sedih, pilu apabila seuatu yang saya tidak jangka berlaku telah pun berlaku. Selama ini saya hanya mendengar cerita, hanya tumpang simpati dan saya langsung tidak terfikir ia akan menimpa saya. Sejak beberapa minggu ini saya terbaca kisah seorang blogger yang teruk kena hentam kerana memburuk2kan profession perguruan sehinggakan blognya terpaksa dia tutup. Mana tidaknya, dia cukup 'dengki' dengan keuntungan yang dikecapi oleh insan yang bergelar guru. Yang menariknya ialah susulan dari artikel yang ditulis, ada bermacam2 versi jawapan yang diterima. Nak gelak pun ada. Tapi memang untung jadi cikgu ni.... 

Jumaat lalu 14 September 2012, semasa hendak pulang ke rumah, saya mendapati satu goresan panjang dari pintu belakang hinggalah ke pintu depan. Tidak terkata. Rasa macam nak terduduk. Mana tidaknya, kereta yang saya idamkan.. (baru 2 kali byr ansuran) yang saya tunggu selama lebih 12 tahun berkhidmat, kereta yang saya terpaksa menahan perut untuk membayarnya setiap bulan, yang menjadi lambang kerja kuat kami suami isteri telah dicemari dengan kesan goresan yang tidak mungkin dapat ditutupi dengan WAX maupun POLISH. Mungkin bagi sesetengah guru, apa sangatlah kereta saya ni berbanding dengan kereta yang dipakai oleh guru2 lain tapi itulah sahaja yang saya mampu beli buat masa ini. Memang kereta saya bukan kereta BMW yang nak kecoh sangat.. kalau kereta VIVA sekalipun, kalau baru beli, pasti sedih dan ralat apatah lagi kalau kereta yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.




Saya membuat keputusan untuk terus membuat LAPORAN POLIS. Saya punya hak. Menjaga nama baik sekolah? Kalau sekolah nak tolong bayarkan kos baik pulih, lainlah cerita. Yang nak menanggungnya ialah saya. Saya rasa tidak selamat dengan keadaan ini. Kali ini berani gores kereta. Masa akan datang??


Berhari2 saya fikirkan, pelajar manakah yang sanggup buat macam ni pada saya. Sakit hati sangat ke sampai sanggup buat kereta saya macam ni. Saya mengajar 8 tahun di SMK Wangsa Melawati dan mengajar Matematik pulak tu. Saya terkenal dengan cikgu yang garang dan sering menengking pelajar tetapi tidak pernah pulak perkara sebegini berlaku. Saya di sekolah baru ini baru sahaja mencecah 2 tahun tetapi hebatnyalah saya diperlakukan walaupun saya sekadar mengajar ICT dan Pendidikan Moral. Saya tidak pernah bermusuh dengan pelajar kerana bagi saya, marah cumalah di dalam bilik darjah. Bila keluar dari bilik darjah, mereka adalah anak2 dan adik2 saya. Tapi kita mungkin tidak ada masalah dengan orang tapi mungkin ada pelajar yang betul2 geram dan berdendam dengan saya sehingga sanggup gores dalam2 kereta saya.

Inilah harga yang perlu kita bayar sebagai guru. Setelah membaca dan berbual dengan teman2 guru, memang beginilah nasib kita yang tidak pernah dibela. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku tetapi kebanyakkannya guru2 simpan sahaja dalam2.. tanggung sahaja kerugian yang orang tidak nampak. Ramai yang kata REDHA sahaja. Saya bukan tidak redha, tetapi saya tidak boleh menipu diri bahawa saya tidak kesal dengan apa yang berlaku. Saya terima.. saya pujuk hati dengan berkata2 bahawa mungkin ini cara Allah hendak menguji ataupun cara Allah hendak menyucikan rezeki saya dengan cara menarik sikit nikmat yang ada. Saya percaya tetapi tidak bermaksud saya akan berdiam diri sahaja.

Hakikatnya, saya seronok di sini. Saya sukakan keunikan pelajar2nya. Suasana yang saya tidak dapat di sekolah lama. Walaupun ada beberapa peristiwa 'unik' dan dipertemukan dengan guru2 yang 'unik' dan juga pelajar2  yang 'unik', saya tetap merasakan sekolah ini punya AURA tersendiri. Ada kelas yang tersendiri. Sejak saya dihantar bertugas di sini, sudah 2 kali saya mohon bertukar dalam tempoh 2 tahun ini tetapi GAGAL. Terdetik jugak untuk tidak mintak tukar kali ini tetapi dengan apa yang terjadi, saya semakin tawar hati. Kejadian ini seperti memberi tanda bahawa saya seperti tidak dialu2kan. So, kali ini saya cuba memohon lagi untuk kali ke-3. Doakan saya agar saya dapat kembali ke sekolah lama saya. (Saya dihantar ke sekolah sekarang selepas menamatkan pengajian peringkat Sarjana/ 'Master' dan tamat tempoh cuti belajar bergaji penuh.)


Inilah kerjaya seorang guru. Macam2 yang saya dapat kongsi bersama guru-guru lain. Jika dibandingkan dengan guru2 lain, saya punya kes ni kira biasa2 sahaja. Ada yang lagi teruk. Bolehlah baca di bawah. Nilai dan renungkan nasib seorang insan yang bernama GURU. Untungnya jadi cikgu...


Saya teringat kata pegawai polis. "Cikgu ada syak sapa2 tak? Cikgu juga kena ingat ye, kat sekolah bukan ada pelajar-pelajar sahaja". Dalam sungguh maksud Inspektor Sahab ni... Betul jugak tu.. kita nampak pelajar je.. tapi....

Uiskk... tapi cikgu tak mungkin buat kerja macam ni kalau dengki sekalipun... Belajar tinggikan.. lagipun dah besar panjang semuanya... Apalah Inspektor Sahab ni.. Tak baik...

**Kos baik pulih, kalau di HONDA RM400 satu pintu, kalau 2 pintu macam saya kena ni dalam RM800. Mmm... Apa sangatlah RM800 kan.. celah gigi je... cikgukan GAJI BANYAK!!!... Gggggrrrrrrrrrrr


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...