Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Tuesday, 13 November 2012

Patut ke saya naik bas @ LRT?

Mmm.. saya suka naik kereta. Balik sekolah boleh singgah sana dan sini. Senang sikit. Jimat masa walaupun pening ngan lalu lintas setiap pagi n petang. Tapi saya rasa ok jugak kot naik pengangkutan awam. Sebab apa saya nak naik pengangkutan awam ni? Sebab apa lagi.. sebab benganglah.
 
Sebab apa saya bengang? Jumaat lepas masa saya nk balik dari sekolah.. tengah isi barang dalam bonet tetiba kereta saya bergoyang kuat. Tengok2 dah kena sondol dek kereta rakan sekerja yg undur kereta tanpa melihat cermin belakang. Huhuhu.. robek hati ni. Mujurlah tak kemek tapi kesan geseran tu tetap ada. Luka hati ni kerana kereta di gores belum sembuh lagi.. datangbpulak cerita baru.
 
Salah saya ke semua ini terjadi? Kalau saya sedang memandu, mungkin saya yang tidak cermat tapi kalau sedang parking, org langgar salah saya juga. Saya cukup cermat memilih parking. Saya ke sekolah, sya pasti parking di line tengah krn line tepi agak sempit n kadang2 corang membuka pintu dgn kasar pasti terkena kereta.
 
Masa saya ambil kereta kancil.. sebulan x sampai, belakang kereta saya digesel yg saya percayai dari langgar semasan org tersebut mahu keluar parking. Sedih sungguh. Sampai sekarang kesannya masih ada.
 
Saya juga pernah melanggar belakang kereta orang di MRR2 dekat Taman Melati. Habis kereta waja saya remuk. Salah saya kerana ikut agak rapat n keadaan hujan menyebabkan saya tidak dapat brek dgn baik apabila org dpn brek kecemasan. Lawan saya sebuah kereta iswara sahaja. Dia hy tercabut lampu yg dkt no plat manakala saya remuk menyebabkan waja saya perlu masuk ke bengkel selama lebih 2 bulan.
 
Beberapa tahun kemudian, saya mencium pula sebuah kereta vios sewaktu dia tiba2 berhenti utk masuk simpang tanpa memberi signal. Amik kau.. jatuh bumper belakang dia. Saya? Kancil saya relek je tp sebrg kesan. Persoalannya knapa bumper dia mudah lerai. Setelah saya bawan ke bangkel, rupa2nya kereta ini mmg dh byk kali kemalangan. Huhuhu..
 
Sewaktu saya sambung belajar di UIA.. kiri kanan kereta saya ada lekuk2 halus hasil dari bukaan pintu org lain yg mmg sangat2 ganas. Saya pernah melihat org kulit hitam membuka pintu dengan kaki. Sah2lah kena kereta bersebelahan. Teruk sungguh.
 
Dengan semua pengalaman yg saya ada ini.. patutkah saya diperli.. di katakan tidak cermat n tidak pandai membawa kereta. Mungkinlah kot. Ada benarnya juga. Untuk diri saya, semua ini menjadikan saya lebih pengalaman dan berhati2.
 
Sejak saya mengajar di st john ini.. tak kurang 5 buah lereta yg sudah dilanggar utk rakan2 guru sendiri. Ada yg bergesel.. ada yang kena langgar dr belakang, sisi, cermin sisi. Huhuhu. Ini membuatkan saya sentiasa risau. 
 
So.. mungkin keputusan naik pengangkutan awam lagi baik disamping dpt menjimatkan wang. Apa kata anda?

Sunday, 11 November 2012

Anugerah Skrin 2012

Hangat dan hangus di FB maupun Twitter apabila Anugerah Skrin kali ini. Mau tidaknya, tema Fairy Tales ini kelihatan luar dari jangkaan. Pandangan peribadilah, tema ni kalau nak buat memanglah menarik tapi setakat tema bagi pakaian atau stage dan persembahan selingan adalah lebih baik daripada keseluruhan konsep yang menyebabkan ianya sukar di terima. Agak membosankan dan menjadikan acara ini tak ubah seperti acara kanak-kanak tadika.
 
Tidak terasapun orang yang diiktiraf sebagai pemenang di hargai. Lupa siapa yang menang. Yang lebih kuat diingatan ialah keadaan yang membosankan. Neelofa yang harap muka je cantik gagal memainkan peranan. Mujurlah ada AWAL yang selalu tolong backup.
Saya suka tengok pakaian sahaja. Memanglah namanya artis, dah pastilah aurat terdedah sana dan sini tapi rasanya kali ini tak ramai yang pakai pakaian ala2 berkemban. Jom tengok pakai2 yang meletop.

Bagi saya, Kak Ita kita ni biasa2 sahaja. Dia memang dah cantik. Pakai apapun memanglah cantik tapi bagi saya kali ini ia agak biasa-biasa sahaja.


Hahaha.. Lady Gaga Malaysia ni tak payah nak ceritalah. Fesyennya tidak perlu nak sangkal lagi. Memang meletop. Tak pernah gagal bawa fesyen pelik2. Sesuailah dengan tema malam tersebut.


Si comel Khiriyah ni pun agak biasa2 sahaja. Rasanya agak ada yang tak kena dengan tudung tu. Mungkin dia boleh cari yang lebih sesuai.


Aduhai. Memang lemah lutut tengok Rita ni. Apa yang bekas suami dia tengok saya sendiri tak pasti. Dia memang cantik sekali. Comelnya.. Lembutnya..


Yatttt!!.. Si cantik tapi kenapa malam ni agak PENUH kelihatan. Rasanya pereka busana Muslimah ada koleksi yang lebih baik. Apapun, sejuk mata memandang walaupun kelihatan agak sarat.


Huhuhu.. Drakula muslimah ek. Fida ni memang dah cantik. Walaupun mungkin patut pilih untuk jadi watak lain selain dari drakula, dia tetap menawan.



Yang ni saya kurang faham. Kenapa boleh menang Pantene ni? Huhuhu.. Nampak pucat je.. Tapi mungkin kat luar lebih cantik kot.



Wow. Yang ini pada sangat sangat stunning. Cantikkkkkkkk... Paling saya suka..


Senarai pemenang kalau lupa..
1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda





Cuti Sekolah Bermula


Hari ini merupakan hari ke-2 cuti sekolah akhir tahun. Selalunya hari Ahad macam ni, perasaannya lain macam sikit walaupun hari Ahad memang tak kerja. Sebab apa ye? Sebab dalam otak memikirkan bosannya esok nak kerja. Malam2 macam ni pulak sibuk memikirkan nak kena gosok baju dan macam2 lagi lah. Tapi malam ni lain sangat. Sebabnya ialah esok tak kerja.

Setakat ini, tak ke mana-mana dan tiada rancangan nak ke mana-mana. Seronok tengok kawan2 yang dah mula pergi bercuti. Ada yang dalam negara dan tak kurang juga yang bercuti ke luar negara. Perasaan ni bercampur baur sebab kadang2 ada rasa teringin malahan ada masanya rasa cemburu. Mungkin belum masanya lagi.

Bukan tak teringin pergi bercuti jauh-jauh tapi apa boleh buat.. Mungkin memang ini takdir aku kot. Tapi jauh dalam sudut hati ni berdoa agar satu hari nanti aku akan dapat pergi bercuti macam orang lain.

Hari ini apa aku buat ye? Pagi-pagi lagi dah bangun. Teringin juga nak bangun lambat, tapi mata ni tak boleh nak pejam dah. 6.30 je dah terjaga. So celik je mata, mula mengemas apa yang patut. Macam biasa, hari ahad ni mesti nak gi jumpa mamak tapi si dia masih cover tidur akibat tengok bola. So kemas lah dulu.

Balik dari kedai mamak sambung mengemas rumah sampai lah petang. Huhuhu... Habis habuk semua di sedut dan di lap. Berkilat.....

Esok macam mana?
Kena gi sekolah jab. Esok naik Bas lah.. syiok jugak.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...