Langkau ke kandungan utama

Patut ke saya naik bas @ LRT?

Mmm.. saya suka naik kereta. Balik sekolah boleh singgah sana dan sini. Senang sikit. Jimat masa walaupun pening ngan lalu lintas setiap pagi n petang. Tapi saya rasa ok jugak kot naik pengangkutan awam. Sebab apa saya nak naik pengangkutan awam ni? Sebab apa lagi.. sebab benganglah.
 
Sebab apa saya bengang? Jumaat lepas masa saya nk balik dari sekolah.. tengah isi barang dalam bonet tetiba kereta saya bergoyang kuat. Tengok2 dah kena sondol dek kereta rakan sekerja yg undur kereta tanpa melihat cermin belakang. Huhuhu.. robek hati ni. Mujurlah tak kemek tapi kesan geseran tu tetap ada. Luka hati ni kerana kereta di gores belum sembuh lagi.. datangbpulak cerita baru.
 
Salah saya ke semua ini terjadi? Kalau saya sedang memandu, mungkin saya yang tidak cermat tapi kalau sedang parking, org langgar salah saya juga. Saya cukup cermat memilih parking. Saya ke sekolah, sya pasti parking di line tengah krn line tepi agak sempit n kadang2 corang membuka pintu dgn kasar pasti terkena kereta.
 
Masa saya ambil kereta kancil.. sebulan x sampai, belakang kereta saya digesel yg saya percayai dari langgar semasan org tersebut mahu keluar parking. Sedih sungguh. Sampai sekarang kesannya masih ada.
 
Saya juga pernah melanggar belakang kereta orang di MRR2 dekat Taman Melati. Habis kereta waja saya remuk. Salah saya kerana ikut agak rapat n keadaan hujan menyebabkan saya tidak dapat brek dgn baik apabila org dpn brek kecemasan. Lawan saya sebuah kereta iswara sahaja. Dia hy tercabut lampu yg dkt no plat manakala saya remuk menyebabkan waja saya perlu masuk ke bengkel selama lebih 2 bulan.
 
Beberapa tahun kemudian, saya mencium pula sebuah kereta vios sewaktu dia tiba2 berhenti utk masuk simpang tanpa memberi signal. Amik kau.. jatuh bumper belakang dia. Saya? Kancil saya relek je tp sebrg kesan. Persoalannya knapa bumper dia mudah lerai. Setelah saya bawan ke bangkel, rupa2nya kereta ini mmg dh byk kali kemalangan. Huhuhu..
 
Sewaktu saya sambung belajar di UIA.. kiri kanan kereta saya ada lekuk2 halus hasil dari bukaan pintu org lain yg mmg sangat2 ganas. Saya pernah melihat org kulit hitam membuka pintu dengan kaki. Sah2lah kena kereta bersebelahan. Teruk sungguh.
 
Dengan semua pengalaman yg saya ada ini.. patutkah saya diperli.. di katakan tidak cermat n tidak pandai membawa kereta. Mungkinlah kot. Ada benarnya juga. Untuk diri saya, semua ini menjadikan saya lebih pengalaman dan berhati2.
 
Sejak saya mengajar di st john ini.. tak kurang 5 buah lereta yg sudah dilanggar utk rakan2 guru sendiri. Ada yg bergesel.. ada yang kena langgar dr belakang, sisi, cermin sisi. Huhuhu. Ini membuatkan saya sentiasa risau. 
 
So.. mungkin keputusan naik pengangkutan awam lagi baik disamping dpt menjimatkan wang. Apa kata anda?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terima kasih Adriana, Haziq, Amir!

2 hari lagi cukuplah 30 hari cuti sekolah. Terasa pantas je masa berlalu. Saya tengok ramai rakan2 di FB yang bergelar guru bercuti. Ramai ke luar negara dan ada juga di dalam negara. Seronoknya korang ek. Baguslah, saya pun teringin jugak nak pergi tapi apakan daya, ada sahaja perkara yang membantutkan dan membataskannya.
Tapi syukur, masa bersama anak dan suami agak banyak masa cuti ni. Dapat balik kampung seminggu. Dapat meluangkan masa dengan mak dan abah di kampung. Teringin nak duduk lebih lama tetapi tak mungkin boleh meninggalkan anak mak mentua (En. Suami) di KL lama-lama. 
Sejak 4 hari yang lalu, ada ramai di rumah ini. Riuh rendah. Mana tidaknya, 3 anak sedara berada di rumah. Macam-macam aktiviti. Main iPad, main games komputer, menonton Running Man siang malam pagi dan petang. Tiap2 malam tidur 3 - 4 pagi. Bukan main budak2 ni. Tapi seronoklah mereka. Aliya pun ada kawan. Ini bukan kali pertama. 2 dari mereka adalah anak saudara dari Putrajaya je. Dah banyak kali datang …

Macam mana nak sort dokumen untuk temuduga HLP/CBBP TB Master/PHD?

Alhamdulillah. Masa berlalu sangat pantas. Sepantas kilat. Terasa baru sahaja tgk surat untuk hadiri temuduga. Tup2dah habis temuduga pun.


Minggu ini adalah sesi temudunga calon PHD dalam maupun luar negara. Minggu depan untuk program Master. Untunglah korang ada banyak masa produce n baiki proposal n boleh prepare well. Saya memang kelam kabut sebab kebetulan sibuk dengan PBS SPM, FROG, SPS dan macam2 hal lagi lah.
Saya sebenarnya adalah penerima HLP Tahun 2008. Saya mohon  2 kali dan kedua2nya dapat temuduga. Kali pertama saya GAGAL tetapi kali kedua BERJAYA. Saya tamat pengajian pada Mac 2011. Tahun 2012 saya cuba mohon lagi sekali untuk program HLP untuk PHD tetapi semasa mengisi borang, ada perkara yang saya tak boleh isi sebab ketika itu saya belum cukup 1 tahun habis master. Kali ini saya cuba dan alhamdulillah dipanggil temuduga.
Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, temuduga sewaktu MASTER lebih MENJERIHkan berbanding PHD kerana banyak tumpuan dan boleh tanya macam2 termasu…

Laksa Pahang kuah Putih ala-ala Kuah Laksam..

Ha! Seperti yang saya beritau, ni saya nak kongsi sikit cara macam mana nak masak laksa pahang kuah putih. Sebenarnya tak taulah ni laksa pahang ke tidak, mungkin dah campur sikit ngan laksa Terengganu. Tapi saya panggil Laksa Kuah Putih. Ni sebenarnya resepi saya sendiri. Suka-suka. Setengah orang lain resepinya. Saya punya cara masak selalunya mudah dan cepat. Kali ni tak buat video loo.. sebab mudah sangat. Jom tengok barang apa yang penting. Pertama sekali, kita pastilah perlukan Mee nya. Terpulang pada anda nak pakai Mee apa. Tapi Laksa ni, saya suka pakai MEE BATANG. Saya selalu beli masa balik Pekan. 
MEE

MEE lidi ni ada SIJIL HALAL JAKIM. Hehe. Mak saya selalu beli sekotak. Dalam kotak tu ada 50 batang. Mee ni macam spegeti tapi lembut.
 Mula-mula didihkan air lah. Baru masukkan Mee Batang tu, Patang dua lah. Kalau tak nanti panjang berjela pulak mee ni. Lepas dah masukkan, perlahankan api. Kalau air tak cukup banyak, Tambahlah air panas. JANGAN TAMBAH AIR SEJUK!! Melambatkan…