Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Saturday, 28 December 2013

Pendaftaran Kelas 2014 Bermula

Kelas Bermula 6hb Jan 2013.Tahun 3, 4, 5 - Selasa, Rabu, JumaatTahun 6 - Isnin, Rabu, Khamis, JumaatT ... http://p.ost.im/Rx9nGS

Monday, 4 November 2013

Cikgu Ruby!! The One n Only!! Selamat Bersara!!

 
 
 
 
Tulisan saya kali ini agak berbeza sedikit. Saya ingin dedikasikan coretan ini buat seorang insan yang sangat ISTIMEWA. Bukan sahaja kepada saya tetapi kepada seluruh JOHANIAN. Seorang yang kecil molek dan berjiwa sensitif.

Walaupun perkenalan kami hanya sekejab kerana saya baru sahaja berada di St. John (sejak Mac 2011). Siapa tak kenal Cikgu Ruby? Dari anak murid, rakan setugas, malahan semua ibubapa. Saya sangat kagum dengan anda Cikgu Ruby. Sangat rajin dan berdedikasi. Kerana Cikgu Rubylah, gambar kami popular di MUKA BUKU mahupun di dalam BLOGnya.

Bagaimana sekolah tanpa Cikgu Ruby? Tapi saya pasti Cikgu Ruby tidak akan berhenti di sini. Banyak aktiviti sekolah kami dapat dari info Cikgu Ruby. Tak pernah letih dan lelah mengikut sahaja mana JOHANIAN berada, di situlah MAMARAZI ini berada.

Kerata TAJAAN OLD BOYS Fairuz Ruslan
 
Saya tak pernah jumpa orang macam Cikgu Ruby. Kini masanya Cikgu Ruby bersara! Majlis Persaraan di adakan pada 28 October 2013. Malangnya saya tidak daat menyaksikan saat yang indah ini kerana terpaksa bertugas di luar. Kalau boleh saya mintak excuse pasti saya lakukan. Tapi apa boleh buat kerana saya bukan peserta tetapi Jurulatih. Tak boleh nk lari memandangkan tarikh itu adalah hari pertama berkursus. Hanya gambar2 dapat saya tatap dan saya boleh rasakan kehangatan suasana dan betapa sayangnya semua kepada Cikgu Ruby. Hadiah yang banyak dan kehadiran OLD BOYS yang sama-sama meraikan dan menghargai figura kecil molek ini.

Saya ada TWEET Aizat bertanya adakah dia akan hadir tetapi dia tak jawab. Tapi hati kecil ini berkata bahawa dia akan hadir memandangkan hubungannya dengan Cikgu Ruby agak rapat. Benar telahan saya bila AIZAT hadir buat kejutan.


Kak Ruby,

Kecil Molek orangnya,
Manis Sungguh Senyumannya,
Tawa Riang tak pernah lekang dibibirnya,
Menangis juga kadang kala bila hati terluka.

Kata semangat sering dibisikkannya,
Membuat hati yang sedih lega rasanya,
Gambar orang sering diambilnya,
Sampai terlupa gambar sendiri x di 'capture'.

Bukan setahun dua dia mengabdi diri
Menjadi mamarazi yang sering beraksi
Tiada bayaran pernah diberi,
semuanya dari hati.
Itulah Cikgu Ruby.

Bukan seorang yang pandai IT tapi tidak juga buta sama sekali,
ada sahaja yang nak dititipi
buat semua yang sering memerhati,
mana lagi kalau bukan di FB mahupun blog CIkgu Ruby.

Kehilanganmu pasti tiada ganti,
Pemergianmu memang dirasai,
Tiada lagi mamarazi berkeliaran sana sini.
Siapa pulak lepas ni nk ganti?

Kak Ruby,
Teruskan coretan di FB maupun di Blog sendiri. Kami pasti akan terus menanti-nanti.
Doa saya buat insan istimewa ini, SELAMAT BERSARA dan anda SERING DI HATI.
Saya doakan kesejahteraan Kak RUBY dan terus sihat.
Jenguk2 lah kami di sini.

Jom jengah BLOG CIKGU RUBY

21 Tahun menunggu. Kini Piala Malaysia Milik Kita!!

 
 
 
Wah hebat sungguh terasa. Seterusnya baca kot dialek Pekan ye ayat2 seterusnya. Hehe
Tak mo telepas koi tulis pasal Pahang menanh kali ni. Bukan mende. Dok tahu bila lagi. Bola ni naik turun. Tapi kemenangan ni manis sungguh untuk 2 orang LEGEND dari Pahang. Siapa lagi kalau bukan Dollah Salleh & Zainal Abidin Hassan.
 
 
21 Tahun tunggu bukan sekejab boh. Lama doh tunggu.
Mase Pahang menang tahun 1992 tu adik koi Amirul Ridlwan dok lahir lagi. Mok koi tengoh sarat ngandung ke dia. Sekarang ni umo die doh 21 tahun.
Rela die balik kampung sebab nok gi tengok bola. Nok beli tiket kat stadium dok nampok gaye boleh. Orang beratur semalaman pun. So dia ada tiket dengan syarat mesti naik bas dari Pekan. Baru buleh tiket. Harus lah balik kata die. So balik Pekan, kemudia terus naik bas datang Shah Alam. Hahaha. Naik dengan godong2 haruslah happening sampai hilang suara budok ni.
Persiapan rapi budak ni.
 
 
 Berbaloi katanya.
Koi layan dirumoh je. Bukan apa, takut nok gi stadium. Koi sorang2 je tengok. Tok laki koi dok layan bola tempatan ni. Duk main Candy Crush je sebelah koi. Tak apa lah, janji koi puas walaupun jerit sungguh hati. Hahaha. Dia jeling2 je koi jerit. Hahaha
 
Debo molek hati ni. Maklumlah hari hujan. Macam2 buleh jadi. Bola licin. Tapi puas hatilah.
Paling lega bila tak dok gaduh2 sebab mungkin ini semangat #ThisIsPantaiTimur
 

 

Jom dengah sikit sejarah Piala Malaysia dalam Kosmo Hari ini



Satu-satunya penjaring gol malam ni. Orang luar? Biasalah tu, rezeki dia. Rezeki kita gok. Yang penting, siapa beri bola cantik untuk dia?... bola cantik tu boh..



Tahniah Tok Gajah Weh!!

Gambar dari SINAR HARIAN.





Tuesday, 22 October 2013

SPS... Fasa 1 & 2

https://sps.1bestarinet.net/SPS
Saya hasikan satu hamparan eletronik di google drive yang mengandungi NAMA PENUH, IC NO DAN EMAIL YES guru memudahkan pendaftaran ID guru. Nama da nombor IC dapat dari salinan di pejabat. Saya jadikan ianya sebagai AKTIF dokumen agar cikgu semak no IC masing-masing kerana pendaftaran ID adalah menggunakan no IC guru. Macam biasa, tak ramai yang semak. Lama mana lagi nak tunggu, saya teruskan sahaja pendaftaran ID guru. Motif menggunakan email YES adalah nak memastikan cikgu masuk FROG untuk semak email. Hehehe. Lagipun nak menggalakkan guru pakai email YES. Kalau tidak, tak guna jugak.
 
Selesai, saya sediakan satu hamparan elektronik baru yang menyenaraikan ID mereka, KATALALUAN dan KOD NAMA mereka. Sebab mereka perlu memasukkan KOD NAMA semasa tambah nama dalam sistem. Saya tentukan KOD NAMA bagi memastikan cikgu tidak meletakkan KOD NAMA yang macam-macam sehinggakan tidak dapat dikenal pasti siapa mereka. KOD NAMA ini akan digunakan untuk JADUAL WAKTU nanti (salah satu komponen SPS).
Guru pada dasarnya tidak boleh meminda mana-mana maklumat. Saya berikan mereka FUNGSI ADMIN untuk membolehkan mereka edit maklumat masing-masing. Memanglah beri fungsi admin, mereka boleh lihat data guru lain tetapi saya telah pun beritahu cikgu agar jangan jaga tepi kain orang lain dan saya percata kredibiliti cikgu2. Uruskan data sendiri. Saya beri masa selama seminggu untuk mereka edit. Genap seminggu iaitu semalam 19 Oktober 2013, saya tutup fungsi ini. Hanya 60% menyiapkan profile dan macam biasalah adalah mereka yang asyik TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH tidak menyiapkan profil masing2. Tak apa. Esok senarai nama mereka yang tidak lengkap akan diserahkan kepada Pengetua untuk tindakan selanjutnya. 
 
Masa fasa inilah banyak masalah dengan guru-guru. Sistem memang duk tendang sahaja. Tak boleh duduk lama2 dalam tu. Pasti kena tendang. Ada yang tak tahu nak masukkan ID sedangkan dah terpampang di dinding ID, KATA LALUAN, KOD NAMA. Tapi masih lagi tak tahu2. Susah nak cakap. Penat kita buat list tapi buat bodoh sahaja. Tapi tak kurang juga dengan guru-guru yang TERANG HATI nya. Arahan yang saya beri pada WHATSAPP sekali dengan gambar membantu mereka tapi tak kurang juga yang tak tahu-tahu. Masa ini lah juga bila dapat dikesan NO IC salah. Bila NO IC salah, ID salah sudah pastinya. Saya tidak TAIP pun ID ni semua. Semuanya saya COPY PASTE dari salinan kerani. Nama juga sama. Yang salaya taip cumalah KOD NAMA. Inilah jadinya bila saya suruh semak sebelum ini anda tak semak. 
 
Sekarang saya akan masuk ke Fasa 2. Pendaftaran Kemudahan Sekolah. Orang yang sesuai menguruskan hal ini ialah guru EMIS & Guru ASET. Saya serahkan ID selaku PENTADBIR SISTEM kepada guru EMIS utuk mendaftarkan bangunan. Kerana kita perlu daftarkan bangunan terlebih dahulu barulah boleh mendaftar kelas. Selsai semua ini, saya akan mula mendaftar kelas. Harap dapat laksanakannya dalam minggu ini juga dan akan maklumkan Guru Tingkatan awal minggu depan.

SPS buat kepala berdenyut..


Hari ini ada rakan dari SMK Sinar Bintang. Kenalan lama yang sama2 jadi JU JPWP satu ketika dulu. Lama tak jumpa cik adik ini. Masih macam dulu. Bezanya sangat kurus berbanding dulu. Kini sudah bergelar Guru Cemerlang ICT. Memang patutlah jadi guru cemerlang. Selayaknya. Sangat dedikasi dan bersemangat.

Hari ni dia datang untuk bagi seminar kepada semua pelajar ICT Tingkatan 5/2013.
Lepas seminar kami ke kantin. Dia meluahkan rasa yang sama yang saya rasa. Kepayahan melaksanakan semua hal2 di sekolah memang menyemakkan kepala.

Mempersoalankan kenapa beban di hempuk atas kepala kami semua.
Bertalu-talu. Berbagai-bagai. Ada sekolah yang ada jawatan luar norma iaiati Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan ada juru teknik. Tapi sekolah dia sama dengan saya. Tiada jawatan itu semua. Kami adalah guru biasa yang yang mengajar dan perlu lakukan semua ini.

Sedih dengan situasi ini.
Dia pernah hadir perbincangan meja bulat bersama Menteri Pelajaran dan telah menyuarakan rasa dan pendapat tapi macam biasa.. suara kita macam apa ntah. Macam anjing menyalak bukit. Tak de apa pun berlaku.

Kecewa dengan JPN negeri pun ada juga. Hari ni tarikh tutup, hari ni surat sampai.
Hari ini meeting, hari ini surat tiba ke sekolah.

Sampai bila cikgu ICT nak kena jadi macam hamba.
Jabatan dan KPM tidak dengar kecaman dan kata nista guru2 di sekolah. Kami yang nak kena hadap tiap2 masa. Kami yang nk kena sampaikan kepada guru. Kami yang hadapi guru. Kalau kena kata macam2 kami jugak lah. 

Macam projek FROG yang menelan belanja jutaan ringgit. Lantik kami jadi JU. Kami nak kena ajar cikgu2. Kami ni GURU yang perlu tumpu kepada PNP. Sistem bagus. Susah sangat ke semasa perlaksanaan ini, diawal2, tempatkanlah setiap sekolah ada seorang pegawai FROG untuk membantu guru-guru. Barulah perkara ini boleh berjaya.

Stressnya rasa.
SPS satu cerita. Semua nk kena buat semua. Semua cikgu marah. Tapi yang kena marah tu siapa?? Bukan kalian. Bukan JPN, bukan KPM. Kami yang menyampaikan dan memastikan program2 ini dilaksanakanlah menjadi bahan tomahan dll.

Kalau bersuara, ugut dengan istilah SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

Adoii... tak mampu nak fikirlah. Stress!!


Sayalah KULI!


Orang senang untuk menilai. Orang senang untuk menghukum.
Menguruskan barang adalah jauh lebih baik dari menguruskan manusia.
Memang orang senang kata SABAR. Orang senang kata RELEKS. Tapi manusia tahap kesabarannya ada had. Tercabar sabarnya.

Tanggungjawab yang diberi kita jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Menjaga nama baik sekolah. Menjaga status sekolah agar tidak diberi amaran tetapi ada orang yang tidak faham. Ingat kita mengejar pangkat, mengejar nama, membodek pengetua dan kata2 lain yang menyatakan bagai kita ni manusia yg hanya akan berjaya atas dasar MEMBODEK dan segala macam.

Apa korang tahu? Pernah ke alami. Tak cukup tidur, tak ada masa bersama keluarga, tiada masa untuk diri sendiri. Semata-mata menyiapkan kerja agar END USER terimanya dengan baik.

Perkara yang mudah untuk diberi contoh.
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang kini dikuatkuasakan di sekolah. 
Sebelum cikgu terima ID dan password untuk kemaskini data peribadi cikgu sendiri, pelbagai benda yang orang seperti saya perlu lakukan. 

Mendaftarkan ID cikgu satu demi satu, sediakan password sementara, masukkan nama dan email. Daftar satu demi satu. Buat satu sistem tendang, buat lagi. Berkali-kali. Banyangkan kalau 120 cikgu dan belum termasuk staf lagi. Kementerian Pelajaran tak bagi semua tu, semua kami kena buat.

Bukan tidak berperang, bukan tidak kami rungutkan semasa mesyuarat/taklimat perlaksanaan tapi akhirnya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" menjadi tanda aras. Siapalah kami ni. Kami hanya KULI!!
Yang bestnya, bukan kami menyuarakan beban kerja kami tetapi APA RESPOND CIKGU-CIKGU. Itu yang kami risaukan. Tapi semuanya tak bersyukur. Dah tolong macam-macam tapi sentiasa merungut dan kecam saya dengan pelbagai tuduhan?? Saya dedahkan IC No cikgu lah dan sebagainya.

Kami diberi arahan untuk menyediakan ID dengan NO KP cikgu. Bukan saya suka2 sahaja. Kenapa rasa SULIT? Memang sulit. Tapi saya yang ada NO KP semua orang pun tak pernah berniat nak sekodeng maklumat orang lain. Tak de masa lah nak buat semua itu. Kalau cikgu terfikir begitu, maknanya hati kamu memang HITAM dan kamu terfikir untuk lakukan sedemikian.

Guru-guru yang DG DG nya besar2 ni, patutnya jadi orang yang lebih RASIONAL dan tunjuk perkara yang baik kepada guru-guru generasi muda tapi kalau kalian asyik tahu KOMPLAIN dan tahu MENGATA orang sahaja sedangkan anda tak tahu apa kepayahan orang. LEBIH BAIK DIAM.

Ingat orang macam saya ni nak sangat ke kerja macam ni?? Sampai kerja HAKIKI terganggu.
Sampai tengah malam WHATSAPP dan MESEJ tak pernah saya tak layan. Kalau cikgu ada masalah saya akan bantu sedaya mampu. Tak kira masa. Tapi 

Saya tidak pernah mimpi jadi PENTADBIR pun. Berangan pun tak pernah. Saya hanya lakukan kerja yang diamanahkan. Salah saya ke? Saya nak mengampu?? Saya tak perlu mengampu sesiapa. Rezeki dan kejayaan kerjaya saya tidak perlukan semua itu. Saya yakin dengan kemampuan saya. Kalau saya tak dinaikkan pangkat pun saya tidak pernah kecewa.

Saya sangat kecewa. Sudahlah tidak tau berterima kasih. Tak apalah. Cikgu tak perlu ucap terima kasih. Sebab apa? Sebab ini memang tugas saya. 
Tapi tolong lah jadi manusia yang boleh di contohi.

Kalau tak puas hati MEH JUMPA SAYA DEPAN2. ADA BERANI?????
Kenapa CAKAP BELAKANG?? 
PENGECUT???
PONDAN??

Jadilah macam orang terpelajar. Nama pun CIKGU kan. 
Saya sangat kecewa.
Kesabaran ada hadnya!!

Mendongak atau Menunduk?


Orang selalu kata,
Jangan tengok orang gagal, tengok orang berjaya.
Kalau tengok orang gagal kita rasa kita dah hebat. Kalau tengok orang berjaya akan buat kita kerja lebih kuat. 

Jangan tengok orang miskin tapi tengok orang kaya.
Kalau tengok orang miskin kita akan mula puas hati sebab kita lebih baik tapi kalau tgk orang kaya kita rasa lebih nak cari duit banyak.

Tapi ada pulak kata,
Kalau asyik mendongak sahaja tak boleh juga. Kena tengok n tunduk juga.
Macam mana? 
Pening jugak kepala ni ye.

Kalau orang motivasi cakap macam lain, orang alim ulama cakap lain pulak.



Tuesday, 24 September 2013

Markah Trial SPM 2013 - MP ICT

Dah lama habis tanda tapi x sempat nk post di sini.
Ayat mudah dan ringkas ialah MENGECEWAKAN.
Markah ialah /70 tidak termasuk kerja kursus.
Ada yg pulangkan sy kertas kosong.. Sampainya hati kalian. Sy photocopy sendiri di luar bg memastikan anda dpt kualiti gambar yg cantik. Tak perlu renung2 tgk gambar yg x jelas jika kertas soalan di reso di sekolah.
Boleh claim?? Tak boleh claim. Tapi saya redha.. Demi anak murid tapi bila dpt kertas jawapan kalian.. Kosong, langsung tak mencuba terasa sedih sgt. 
Inilah anak murid yg saya syg. Sedih
Kelas 5T
Haziqri - 29
Shazwan - 22
Shamie - 27
Syed Norlan - 28
Vikash - 39
Muqri - 45
Zulfadli 26
Barath - 40
Aqil - 24
Amirul Syafiq - 26
Waseem - 39
Nevil - 33
Naazri - 47
Zhafran - 34
Rhino - 58
Kelas Luar Jadual
Fong Wing Soon - 61
Chin Mun Kin - 59
Lim Khye Bing - 58
Andrew - 48
Amirul Zafri - 23
Amirul Shahril - 21
Prasanthanan - 18
Zahidi - 52
Brandon - 42
Fitri -  48
Looi Kah Chun - 54
Darren - 34
Hyder - 38
Akmal Hafizi - 49
Syafiq - 21
Untuk kelas luar jadual, kita boleh nampak.. Ketidak hadiran ke kelas memberi pengaruh besar kpd markah anda. Selalu x dtg kelas kan? Inilah dptnya. Selalu skip kelas.
Apapun.. Anda semua harus bekerja lbh kuat.

Wednesday, 28 August 2013

Macam mana nak sort dokumen untuk temuduga HLP/CBBP TB Master/PHD?


Alhamdulillah.
Masa berlalu sangat pantas. Sepantas kilat. Terasa baru sahaja tgk surat untuk hadiri temuduga. Tup2dah habis temuduga pun.



Minggu ini adalah sesi temudunga calon PHD dalam maupun luar negara. Minggu depan untuk program Master. Untunglah korang ada banyak masa produce n baiki proposal n boleh prepare well. Saya memang kelam kabut sebab kebetulan sibuk dengan PBS SPM, FROG, SPS dan macam2 hal lagi lah.

Saya sebenarnya adalah penerima HLP Tahun 2008. Saya mohon  2 kali dan kedua2nya dapat temuduga. Kali pertama saya GAGAL tetapi kali kedua BERJAYA. Saya tamat pengajian pada Mac 2011. Tahun 2012 saya cuba mohon lagi sekali untuk program HLP untuk PHD tetapi semasa mengisi borang, ada perkara yang saya tak boleh isi sebab ketika itu saya belum cukup 1 tahun habis master.
Kali ini saya cuba dan alhamdulillah dipanggil temuduga.

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, temuduga sewaktu MASTER lebih MENJERIHkan berbanding PHD kerana banyak tumpuan dan boleh tanya macam2 termasuk pengalaman. Tetapi untuk PHD ini, kesemuanya terarah kepada RESEARCH PROPOSAL. Hampir 90%.

So, anda semua harus tahu betul2 proposal. Kalau dah copy paste atau amik kawan punya, kenalah baca juga. Tahu 100% dan boleh defend apa yang kita propose kan. Saya tumpukan masa dari jam 8pm - 11.30pm semalam untuk menyiapkan proposal saya. (Baru nak buat). Tapi saya dah baca banya jurnal dan pilih model utk research. So semalam cuma taipkan dan goreng2 bagi garing je.
Ingatan saya.. ANDA WAJIB TAHU APA YG ANDA MAHU BUAT (PHD level lah). Saya rasa kalau dah ambil MASTER sebelum ni, x de masalah byk nk buat proposal. Saya masa ambil MASTER tu WAJIB ambil MIX MODE, so ada thesis juga. Ada pengalaman. Kalau yg ambil MASTER mode COURSEWORK sahaja mungkin ada masalah sikit sbb x de pengalaman tulis thesis.

Kat sini ada tips sikit (Berdasarkan Pengalaman)

  1. Siapkan semua dokumen. Susun dengan elok dan tersusun. Saya asingkan 3 kepada 3 buah buku. Setiap satunya ada pula 3 perkara lain. (Buatlah devider sikit). 
    • Biodata / Senarai Penuh Tugas Sepanjang Perkhidmatan / Published Paper 
    • Salinan Sijil Akademik / Salinan Sijil Penghargaan & Penyertaan / Salinan Rekod Perkhidmatan.
    • Proposal


RESUME
Saya akan share layoutnya kemudian

Senarai Tugas Sepanjang Perkhidmatan 
Juga saya akan kongsikan kemudia layoutnya. Yang ini kalau cikgu dah kerja berbelas tahun, amiklah yg 5 tahun terkini. Jadi saya syorkanlah kepada semua cikgu, sila updata setiap hujung tahun. Surat2 lantikan AJK2 kecil pun simpan. Tu nanti boleh masukkan dalam bahagian Tugas2 lain. Rajin2 lah UPDATE walaupun x mohon HLP sebab bila nak, semua ada. Senangkan.

Published Paper
Jika ada. Macam saya, ada 3 yang saya masukkan. Yang ini sangat2 bagus untuk level PHD. AKan bagi u EXTRA MARKS!. Dia ada tanya apa yang kita buat, so kalau dah lama buat, sila2lah baga balik apa yg ada dalam tu. 



Salinan Sijil Akademik
Susun yg paling tinggi terlebih dahulu. Mula dengan Sijil Master & Transkrip, Ijazah Sarjana Muda & Transkrip, Diploma & Transkrip dan makin menurunlah sampai UPSR (kalau nk masukkan). Hehehe

Salinan Sijil Penghargaan & Penyertaan
Yang ni saya bahagikan pulak kepada bahagian2nya. Setia bahagian, yg paling TINGGI NILAINYA letak paling atas. Lepas tu, yg biasa2 tu susn ikut tahun. Yang terkinilah.
Mula kan dengan Sijil Penghargaan yang melibatkan ANUGERAH2. Anugerah PerkhidmatanCemerlang ke apa ke. Anugerah Guru Tercantik kalau ada tak payahlah. Huhuhu... 
Barulah disusuli dengan Sijil Penghargaan lain2. Sy masukkan Sijil Penghargaan sebagai Penceramah/Fasilitator dll. Dah habis tu baru saya masukkan Sijil Penghargaan Menjadi AJK apa2. 
Barulah masukkan SIJIL PENYERTAAN. Masukkan je lah yg anda mahu. Sijil Penyertai Kursus Jenazah kalau mau letak pun boleh. Tapi saya tak letak. Hahaha

Salinan Rekod Perkhidmatan
Di sini saya masukkan semua surat2 mengikut kronologi. Dari surat posting sampailah surat kenaikan pangkat, pengesahan, dll. Semua suratlah yang berkaitan dengan perkhidmatan kita.

Sijil2 Original sila susun ikut bahagian juga. Isi dalam CLEAR FOLDER.


Semua ni bukan apa. Nak menampakkan kita Well Prepared dan memang bersedia. Dan juga senjata bagi mereka melihat benda yang terbaik dari kita. Sebab tu letak yg terBAGUS pencapaian kita paling atas sekali. Saya tak der print colour pun devider2 tu.. semua hitam je tapi gunalah kertas warna untuk nampak bahagian2 yg kita asingkan tu.

Perkara di atas saya buat 3 set setiap satunya. Kadang2 mereka perlukan satu sahaja. Tapi lebih baik lebih sedikit. Contoh hari ini saya sediakan semua perkara 3 set. Panel ada 2. So saya bertanya mereka dan mereka kata boleh bagi setiap orang satu set. So semua penel tengok benda yang sama so mereka lebih tertumpu pada apa yang kita sediakan itu. Kalau kongsi limit sikit nanti ada yg free tu mula lah sibuk bertaya kita itu dan ini. 

Itu pengalaman saya. Nanti saya nak cerita lagi. Tapi mata dah berat. Nanti sambung ek. Harap2 masih ingat. Hehehe.

Sunday, 18 August 2013

Restoran Adam Lai - Good or Bad?

Terasa nak tulis pasal Restoran Adam Lai pulak.
Masa mula2 buka di Taman Sri Gombak, takut jugak nak singgah.
Tapi hari ini balik dari menonton wayang, singgah untuk kali ke-5.
Kali ke 4 saya pergi ke sini ialah masa berbuka Ramadhan yang lalu.  Boleh tgk kredit n puji-pujian yang saya tuis dalam post saya yang lalu kat <<SINI>>.
Masa saya pergi masa tu sebenarnya saya makan TomYam Seafood & Nasi Putih. En. Suami makan Nasi Goreng Kampung. Dan anakanda saya ALIYA makan mee yang saya selalu makan kat bawah ni.


Kali pertama saya makan, kedua kali datang pun makan menu ni, kali ke tiga juga. En. Suami memang puji. SEDAP sangat. Tapi masa anak saya makan berbuka hari tu memang OUT. Mungkin kerana masak awal then asing kuah dan mee terlebih dahulu. Tapi yg saya tak boleh terima ialah kuahnya tidak bercampur telur seperti kebiasaannya. Akhirnya anak saya tak makan. Saya order nasi goreng kampung 2, so anak saya makan nasi goreng tu. Sebenarnya nasi goreng kampung tidak seperti selalu tetapi masih sedap. Saya memang sangat cerewet. Kalau makan kedai tepi jalan tak sedap saya tak kisah sangat tapi jika saya perlu bayar agak mahal untuk satu2 makanan saya memang akan komplen. Mereka bagus apabila, tidak mengenakan sebarang charge ke atas mee tersebut yang mencecah RM20/bolw apabila dicamput TAX.

En. Suami saya pun cakap, nasi goreng kampung memang sedap tapi untuk harga RM7 sepinggan, bukan ini tarafnya. Presentation dalam pinggan macam warung dan sekeping timun tidak berbaloi. Tapi sebab sedap kami tak kisah sangat.

Hari ini kami tak tau nak singgah mana, so singgahlah ke sana mengharapkan apabila sudah tidak ada ramai pelanggan, semuanya akan kembali normal.

Jom intai akan yang kami makan.

Thai Style Kuey Teow - RM7.00
Review En. Azeman / En. Suami :
Tak sedap langsung. Tak ada rasa. Rasa Masam sahaja.
Encik Suami makan 1/4 sahaja. Saya rasa sedikit. Memang OUT.

Nasi Masak Cendawan Ayam - RM7.00
Review Aliya :
Sedap jugak. Bolehlak nak makan.
Ayam ada 3 ketul dan cendawan pun banyak.

Char Kuey Teow Daging - RM8.00
Review Saya :
Sedap. Ada rasa. Bolehlah nak makan.
Tapi....
Daging ada 3 ketul sahaja. Patutya banyak sikit sebab namapun KT Daging. Bukan yang biasa tu. Lepas tu hidangan ni macam dah ada orang makan. Maksud saya, tengoklah PERSEMBAHAN ni macam mana? Hiasan langsug tak ada. Lepas tu bersepah2. Mengalahkan kedai tepi jalan. Pinggan pun macam kat FOODCOURT. Aduhai....
Tak tau macam mana nk beritau macam mana nk luahkan rasa kecewa saya.

Macam ni lah, mungkin ini kali terakhir buat masa terdekat ni untuk saya ke sana. Tidak lagi kot selepas ni. Saya rasa pengurusan ADAM LAI yang punya nama harus memantau semua ini. Kalau tidak, sebuah lagi Restoran kawasan PRIMA SRI GOMBAK yang akan bungkus.

Tapi saya doakan yang terbaik agar terus bertahan dan berkembang. Saya punya cadangan, BAIKI PERSEMBAHAN makanan. Hias agar sama tara dengan harga yang dikenakan. RM7 punya presentation tak harus sama dengan RM3.00 warung tepi jalan punya. Dah lah kenakan TAX kan.
Pekerja juga BANYAK SIKIT SENYUM dan MESRA.

Apapun, saya rasa ADAM LAI dah kehilangan sorang lagi pelanggan. Mungkin saya cuma 3 orang. Tapi TOLONGLAH.. baiki kelemahan kerana anda mungkin kehilangan pelanggan lain juga!!












Kalau nak tahu lanjut bolehlah layari BLOG ADAM LAI di <<SINI>>.




Saturday, 17 August 2013

Aduh!! Sakitnya. Sompek dah iPAD ku.

Adoi. Sabau je lah. Tak sampai setahun pun usianya.
Sakit ipad mini, sakit lagi hati ku. Saya ni memang cemercap kot. Apa je benda, mudah sangat terlepas dari tangan ni. Saya raa saya punya handphone semuanya pernah jatuh.
Samsung Galaxy Note saya pun pernah sompek sebab jatuh dari poket masa nak turun dari kereta. Masa tu baru beli 2 minggu kot. 

Ha. Amik ko. Aduhai. Cam no nak buek. Sodeh hati den. Tak apalah. Saya sebenarnya jelas ngan en suami. Semua barang2 dia walau dah beli 10 tahun masih sama je macam baru. Barang dia guna pun tak pernah rosak. Huhu. Dia selalu cakap saya tak senonoh n tak pandai jaga barang. Tak salah pun. Benar kata2 tu. Kalau tak, tak kanlah dalam tepoh 12 tahun berkhidmat ni saya dah pakai 3 laptop. Aduhai. Sabarlah ye sayang dengan saya yang cemerkap ni.

Oh, ya.. sebelum saya ada ipad Mini ni, saya ada satu lagi ipad2. Hahaha. Nak tengok apa jadi?


Ni bukan salah saya. Anakanda saya ni buat jatuh. Agaknya masa guna, tersalah pusing, then benda tu tergelongsor keluar dari casingnya. Hah. Sompek. Yang bestnya, dah sompek, terus tak boleh guna. Masih berfungsi tapi touch screen tu dah rosak. Tak leh tekan. 
Pergi kedai, RM400 kena tukat skrin. 
So sampai sekarang masih berfungsi dengan baik.
Tapi yang bestnya masih ada kecederaan terbaru. Balik raya baru ni, habis retak skreen. Gambar tak sempat nak amik masa post ni. Tapi semuanya masih ok, masih boleh guna u olls. Alhamdulillah.





Yang terbaru kecederaan ni adalah masa hari raya. Rasa macam ada yang pijak. Sorok bawah bantal or bawah toto. Mmm.. adalah yg terpijak. 
Sabau je lah ye.
Tak apa. Janji boleh berfungsi dengan baik.


Tergoda dengan POST sendiri. Terpaksa masak jugak.

Post yang lepas saya ada share pasal masakan Mororcco tu kan? Haha. Saya memang suka makan tu. Sambil2 tulis poat tu saya dah terbau2 dalam otak rasa masakan tu. Tak boleh tahan. Saya pergi beli barang2 untuk masak benda ni.
Kuah ngan COus2 di masak asing2 tau. Bila nak makan baru campur. Cous2 tak perlu banyak sangat sebab akan kembang. Kuah dia ni ada jugak yang makan ngan roti. Saya suka makan ngan COusCOus.

Jom tengok dan intai proses saya membuatnya. Kelam kabut sikit sbb masa buat video ni en suami dah balik. Hahaha. Nanti dia datang menjengah, malu pulak saya. So cakap pun macam bisik2. Dalam pada kelam kelibut ni, ipad mini ditangan untuk rakam video terjatuh ke lantai. Huhuhu. Cederalah kawanku. Nak tau macam mana dia cedera? Jom tengok KECEDERAANNYA.

Ok, saya dah siap edit videonya. Terimalah seadanya ye.


Koleksi gambar. Jangan tak cuba ye!!















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...