Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Tuesday, 1 January 2013

2013 dah ke?

Salam Tahun Baru 2013 kepada semua readers.
Seharusnya kita gembira dan memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana kita masih berpeluang hidup dan dipinjamkan nyawa untuk sampai juga hingga ke tahun 2013 ini. Macam biasalah, bila menjelma tahun baru ini, semua orang akan mula berazam baru dan tak kurang juga yang klise mengatakan azam tahun ini carry forward je azam tahun lepas.. kadang2 poyo je.. orang ada azam kita sibuk berazam tapi padahal tak berusaha pun nk capai azam tu.
Saya pun klise jugak kadang2.. saya ada azam ke? Saya pun tak berapa ingat. Tiap2 tahun saya cuba memperbaiki hidup saya agar lebih baik dari tahun sebelumnya. Begitu juga dengan apa yang saya lakukan di dalam pekerjaan saya. Saya sentiasa mahu bekerja dengan lebih baik dan menjadi orang yang lebih teratur dan menyiapkan sesuatu tugas dengan sempurna, membantu mereka yg memerlukan khidmat saya dan melakukan tugas sebelum tarikh akhir agar tidak menyusahkan sesiapa.
Esok dah mula sekolah. Kalau tanya semua orang sama ada pelajar atau guru, semuanya pasti akan kata tak bersedia ke sekolah lagi, Hahaha. Tapi siapalah kita. Hidup ini telah diprogramkan begitu, so, bersedia atau tidak, kita semua kena gi sekolah esok. Selamat menjalankan tugas.
Apa yang saya lakukan hari ini? Bermula dengan awal pagi, menyiapkan diri untuk menghala ke Putrajaya. Rumah belum siap kemas kerana Bonda & Adindaku Amirul Ridlwan sedang demam dan berbaringan. Kesian pulak dia. Dijadualkan untuk pulang ke kampung bersama Bonda tetapi dah demam macam tu, tak tahulah. Serba salah pulak tinggalkan mereka di rumah tapi terpaksa jugak kerana harus melawat Ibu Mertua di Hospital Putrajaya. Tapi habis sahaja waktu melawat nanti, terus berkejar balik ke TSG. Nk kejar ke kedai jahit yang mana baju Aliya belum di ambil kerana belum siap. Janji siap hari ini. Yang pastinya bukan salah saya sebab saya telah menghantar baju sekolah itu 4 minggu yang lalu. Siap 2 - 3 pasang dulu pun dah ok sebab sekolah 3 hari je minggu ni.
Sampai awal di Putrajaya, harus singgah makan Nasi Lemak dan Roti Canai di Medan Selera P8. Gerai Roti Canai tu diusahakan oleh adik Ipar daya bersama suami. Memang sedap. Saya suka roti kosong dan roti pisang.
Esok Ibu Mertua saya akan dipindahkan ke HKL untuk pemantauan pakar Tumor dan bagi persediaan pembedahan membuang Tumor di bahunya. Hospital Putrajaya ialah hospital daerah sahaja dan Pakar Tumor ada di HKL. Kelam kabut juga ini nanti sebab esok mulanya sesi persekolahan dan anak2 lain semua mempunyai anak kecil. Siapa yang harus menjaga Mek di Hospital. Dasarnya kami semua berat hati untuk Mek dipindahkan ke HKL tetapi tiada pilihan nampaknya. Bukan apa, semua org tahu bgmn keadaan di HKL. Dengan jalan yang sentiasa sesak dan dan parkir yang menyesakkan jiwa. Doa saya agar Mek akan selamat menjalani pembedahan dan sihat. 
Oklah, waktu melawat dah tiba ni, nk menuju ke Hospital Putrajaya.
Selamat Tahun Baru 2013!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...