Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Saturday, 2 February 2013

Tak habis2 dia ni nak tunjuk bagus..

 
 
Amacam? Gempak tak tajuk? Kasi UP sikit je. Kenapa tajuk macam tu ek? Sebab itulah dalam hati saya ni. Tapi bukan ada apa2 pun, cuma terlintas begitu. Bila difikir2kan semula, biarlah mereka nak tunjuk bagus pun. Mungkin mereka benar2 bagus. Buat apa kita nk cemburukan? Kalau mereka tak bagus pun, lantak mereka lah. Tak yah nak serabutkan kepala dengan masalah orang lain.

Hari ini hari sabtu, kalau ikut, pagi2 lagi bila bangun nak ke Pasar Tani taman melawati tetapi terasa malas pulak. En. Suami pun macam x bersungguh nak pegi. So nak gi sorang2 tak bersemangat. So tak jadilah. Macam biasa hari ini akan melawat Mek di Hospital Ampang. So, pagi2 masak buburlah. Bukur ayam tapi kali ini masukkan carrot banyak sikit sebab mek kena makan sayur. Bila fikir2kan mungkin ada adik2 lain yang ada bawa bubur juga sebab macam tu lah minggu lepas, saya bawa bubur ayam, adik ipar saya dari Putrajaya pun bawa bubur ayam jugak. Tapi apa lagi nak masak sebab Mek tak boleh makan benda keras2 dan x boleh makan daging. So Ayam je lah.

Pagi, macam biasalah, tak sah kalau tak jumpa Pak Cik Taqwa. Pekena ToSAI ataupun roti Canai. Mak saya selalu pesan, jangan pergi sangat ke Taqwa tu, jimat2. Tapi saya rasa gi TaQwa lah jimat. Selalu makanpagi x pernah lebih RM15. Tu pun sekali or 2 kali seminggu. Apa salahnya kan? En. Suami dan Aliya suka makan TOSAI. Ada jugak kawan2 yang tegur bila saya Check In Foursquare di TAQWA. Kat sinilah orang kurang duit pergi sebab orang banyak duit selalunya x pandanglah kedai macam ni. Hehehe..
 
En. Suami bersama TOSAI garingnya

TOSAI RAWA - Byk sayuran & rempah
Semasa lepak2 makan sambil2 belek2 surat khabar, ternampak pulak offer dalam Surat Khabar KOSMO hari ini. WOW, bestnya, ikan kegemaran yang MAHAL ada potongon harga. Bestnya dapat pergi. Tapi bila nk pergi sebab lepas sarapan terus perlu menujuk ke HOSPITAL AMPANG.

Iklan TESCO

Iklan GIANT
Harga di GIANT lebih murah 10 sen kot. Tp yang peliknya, harga asal di TESCO tu mahal dari di GIANT. Hehehe. Lantak koranglah. Tapi yang pasti ikan ni mahal. Saya selalu beli kalau x de offer dalam RM12-RM15 seekor. Mungkin orang 2 yang makan ikan TENGGIRI, SALMON maupun IKAN MERAH rasa ikan ni masih dalam kategori murah tapi bagi saya kalau sekilo sampai RM15 ke atas, tu dah dikira MAHAL. Huhuhu

Last melawat Mek ialah Sabtu yang lalu. Minggu ni x sempat nk singgah sekali pun jenguk Mek sebab kesibukan kerja yang MELAMPAU. Lagipun LAW kat sana agak ketat. Tak boleh naik kalau bukan waktu melawat. Huhuhu. Kalau saya singgah petang utk waktu melawat, jawabnya x sempat sampai ke rumah sebelum Magrib dan mungkin terlewat untuk masak dan juga kelas TUISYEN. Sampai sahaja di Hospital, terkejut melihat Mek yang kelihatan sangat cengkung, jauh kurusnya berbanding seminggu yang lalu. Kesian Mek. Nampak lesu dan pucat. Rupa2nya adik2 yang lain dah datang semalam (Cuti Hari Wilayah). So kami sahaja lah hari ini yang datang. Mek kata dia dah makan Nasi Air yang adik2 dari Putrajaya bawak semalam (simpan dalam peti n panaskan) so masih kenyang.  Dia kata dia nk makan nasi air ngan ikan masin pun dah cukup. Huhuhu. Macam mana nk masak nasi air? Berbeza dengan bubur ek. Huhuhu.. Sungguh teruk saya ni, masak nasi air pun tak tahu. Inilah dinamakan menantu hantu... huhuhu

Lepas melawat mek, kami gerak balik hampir jam 2 ptg. En. Suami kata, jom singgah Giant. WOW. Bestnya. Boleh shopping ikan BAWAL EMAS. hehe.. terima kasih. Oooo... disamping itu rupanya dia nk cari DURIAN BELANDA nk buat jus. Hahaha. Sambil menyelam minum air. So saya sempat menyambar 5 ekor ikan BAWAL EMAS sebesar 2 tapak tangan dan terpandang juga IKAN SIAKAP yang murah. Rembat 2 ekor. Cukuplah bekalan untuk 2 minggu kot. Hahaha. Ikan BAWAL EMAS seekor potong 2 so boleh 2 kali masak. So 5 ekor boleh masak 10 kali. Wah2x.. Jimat sungguh.

Ni lah ikannya, Ikan BAWAL EMAS. Steam pun SODAP.

Seperti dalam iklan.
Balik dari GIANT, kami terus balik. Dalam perjalanan tetiba En. Suami kata, jom kita makan tengahari. Hahaha. Makan tengahari apa kebendanya, dah jam 4 petang. Wkwkwk. Rupanya dia ajak singgah ke Restoran Satay Kajang Haji Samuri. Haha. Betullah tu. Wow. Ada yang nk belanja. Maklumlah kan.. kan.. hehehe... Syioknya. Tapi pada dasarnya memang puas makan kat sini. Satay ayam RM0.70, daging RM0.80, kambing RM1.40. Tapi berbaloilah dengan isinya yang besar2. Kalau beli tepi jalan kadang2 pernah mencekek RM0.90 secucuk (Wangsa Maju depan Alpha Angle). Huhuhu.

RM3.00 sebatang. Boleh mintak sepinggan RM1.50. Kalau nk bawang, mintak, kalau x hanya ada timun

Kuahnya OK jugak tapi x nk sambal x yah letak, saya letak sikit sambal.

Sambal Cili diasingkan. Sama mau, boleh campur dalam kuah kacang tu. Pedas sikit je pun.

Ni bukan gambar hari ini. Tapi kami makan macam ni jugaklah. Hari ni punya satay lagi best. Fresh giler. Moist.. hehehe..


Lengkap hari ini rasanya bila dapat bersama En. Suami dan Aliya bersama2. Hari minggu penuh makna. Balik sahaja, kami bersama2 menonton Running Man sambil lepak. Bagi kami, inilah syurga kami. Kalau orang lain memilih untuk berjalan2 atau pergi ke sana ke mari, bercuti, kami lebih suka melepak di rumah dan habiskan masa bersama2. 

Terima kasih Ya Allah atas kurniamu. Walaupun kau kurniakan aku seorang sahaja cahayamata, aku tetap bahagia. Gembira. Syukur.

Friday, 1 February 2013

Februari Menjengah pula...

 
 
Cepat sungguh masa berlalukan? Rasa macam baru sahaja sambut Tahun Baru. Baru sahaja sibuk2 menguruskan anak sekolah. Tapi tetiba je sedar, Oh TIDAK, hari ini sudah masuk 1 Feb 2013. Menulis blog tidak pernah ada masa dek kesibukan hari-hari di sekolah. Hujung minggu penuh dengan aktiviti bersama keluarga.
 
Sejak Mek (Ibu Mertua) di masukkan ke hospital sejak 1 bulan lebih yang lalu bermula dari Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur hingga lah dipindahkan ke Hospital Ampang. Sungguh penuh jadual dan aktiviti.

5 hari lagi, genap lah 13 tahun usia perkahwinan aku bersama En. Azeman Abdullah. Alhamdulillah. Terlalu banyak yang kami lalui dan harungi. Kebanyakannya biarlah kami sahaja yang tahu. Sesunggguhnya apa yang kami lalui mematangkan kami dalam mengharungi hidup ini.

 Entry tu sakan saya sambung nanti...

Saya dapat merehatkan diri sedikit apabila bertugas diluar sepanjang minggu hadapan. Saya akan kembali ke sekolah pada hari Jumaat sahaja. Walaupun bertugas di Bukit Jalil yang agak jauh lebih kurang 35km dari rumah, tetap sekurang2nya saya dapat release kan diri saya kerana saya agak tertekan sedikit sejak dua menjak ini kerana tugas di sekolah yang terlalu banyak dan isu2 remeh yang memeningkan kepala.
 
Oh ye, hari ni happy jugak bila dengar berita yang Pak Nil dah dapat pangkat Datuk. Dah lama patutnya dia dapat, sepatutnya dapat lebih awal dari mereka2 yang dah dapat sebelum ini (artis). Akhirnya doa ramai orang telah dimakbulkan dan semoga dia terus merendah diri dan menabur jasa kepada negara dalam apa cara sekalipun.
 
Yang lebih bestnya dapat dari Agong u olls...
Aznil Haji Nawawi dikhabarkan akan mendapat kurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”.
 
 
Apapun, tahniah paknil...

Selamat Menyambut Hari Wilayah. Hari ini yang kerja di KL, Putrajaya dan Labuan semua cuti. Syioknya sebab jatuh hari Jumaat. So ada cuti 3 hari weh... hehehe
 
Oklah, nk nonton tv lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...