Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Saturday, 18 May 2013

Hari Guru Ke??


Sekli lagi HARI GURU tiba. Kali ini sambutan di sekolah biasa2 sahaja. 3 masa diberikan. Tiada persembahan guru selain nyanyian lagu Guru Malaysia. Kemudian persembahan pelajar Nasyid yg menang semasa pertandingan PPDA Zon Keramat. Tapi itu semua saya dengar cerita dari rakan2 tapi saya tidak ada di sekolah kerana tuntutan tanggungjawab sebagai IBU didahulukan. Tema kali ini Jingga. Nak dptkan feeling tu walaupun x de kat sekolah semasa sambutan, saya pun pakai Jingga.

Kali ini hari guru, ramai ucap hari guru di FACEBOOK dan yg byknya sesama guru. Hahaha. Betullah cakap rakan saya, inilah satu2 perayaan yang kita syion sendiri. Ucap sendiri, sambut sendiri, beli hadiah sendiri, jamuan pun collect duit sendiri. Saya mcm biasalah, ada satu dua hadiah je. Bknlah sangap sgt nk hadiah tp tanda menghargai guru sudah tiada lagi amalan terutama di sekolah menengah. Apatah lagi sekolah lelaki. Harapanlah. Tapi kalau anda seorang cikgu yg muda, yang cantik, vouge, peramah  n tak marah2 mungkin jd pilihan utk terima hadiah.

Sebenarnya bukan mengharapkan hadiah yg mahal2 tp sebatang pen pun ok tanda terima kasih. Kad pun dah ok. Terdengar luahan hati rakan2 yg senasib terutama guru kelas. Sy rasa mmg x patutlah kalau guru kelas x dpt apa2 sbb mrk ini selalunya guru yg paling rapat dengan pelajar kelas mereka. Macam saya yg x pernah pegang kelas ni mmg x de harapanlah. Tambah pulak sy ni pitching agak tinggi n beremosi. Hahaha.

Tapi sebagai pelajar, memilih utk memberi hadiah kpd guru tertentu sahaja secara terbuka mmg satu yg tidak wajar. Bygkan anda beri hadiah kepada guru lain yg ajar kamu di depan guru kelas kamu, then kepada ex cikgu yg ajar kamu di depan guru yg mengganti tempat guru itu adalah tidak wajar. Bygkanlah robek hati cikgu2 ni. Kaau nk beri, berilah sorok2 sikit. Jg perasaan cikgu. Tapi bg saya, kalau nk belikan hadiah, bglah pd semua guru yg ajar kamu tahun itu. Murah x apa tp ingatan itu penting. Jgnlah guriskan hati cikgu.

Anak saya pun sama jugak, nk bg cikgu yg dia suka tapi saya melarang dengan mengatakan bhw dia perlu bg pada semua guru yg diajar. Murah pun x apa tp apa2 yg guru boleh guna dan tiada guru berkecil hati. Ramai yg mungkin kata cikgu haruslah optimistik tp kena ingat bahawa cikgu juga manusia yg ada perasaan.

Apapun, Selamat Hari Guru utk semua guru.

Sunday, 5 May 2013

05/05/2013 - Jom Keluar Mengundi!!

 
 
Waktu saya menulis ini, dah masuk 5/5/2013 yang mana merupakan hari penting buat kita semua yang bergelar RAKYAT MALAYSIA. Hari ini kita akan mula mengundi di kawasan masing-masing. Ini kali kedua saya mengundi.

Saya berasal dari Pekan, Pahang dan seperti sedia maklum, saya berada di kawasan Dato' Najib. Tapi sejak saya berumahtangga, saya tinggal di Kuala Lumpur dan sekarang saya di Selangor sejak 13 tahun yang lalu. Pada awalnya saya mendaftar sebagai pengundi di kawan saya iaitu di DUN Peramu Jaya dan Parlimen PEKAN. Tetapi saya membuat keputusan menukar tempat mengundi memandangkan itulah tempat saya cari rezeki dan tinggal. Menang atau kalah parti yang saya pangkah adalah melibatkan saya sendiri.

Namun begitu, masih ramai yang masih mengundi di kampung halaman sedangkan sudah berpuluh tahun tinggal di negeri lain. Mungkin masing-masing ada alasan masing2. Tapi saya tidak sanggup untuk bersesak untuk balik mengundi seperti apa yang berlaku semalam dan hari ini. Merayap macam siput. Bersesak2 di atas jalan raya. Tapi baguslah jugak sebab semua pakat BALIK KAMPUNG dan menjalankan tanggungjawab masing2. Daripada yang cakap je lebih tapi mengundi pun TAK.

Berikut adalah petikan daftar pemilih saya. Alhamdulillah. Tempat mengundi dekat juga.
 

 Saya rasa ramai yang Follow saya di TWITTER maupun di Facebook sudah tahu siapa pilihan saya. Saya pernah goyah satu waktu dulu sewaktu tiupan atau gelombang besar melanda negara. Maklumlah waktu itu saya masih muda. Tapi hanya seketika. Saya pernah dihubungi banyak kali oleh PKR waktu itu untuk menjadi wakil PKR tetapi ketika itu saya rasa saya buat pilihan yang tepat dengan berkata TIDAK.

Saya bergelar pendidik 13 tahun dan tahun ini saya dapt lihat gelagat anak2 murid saya yang kini sudahpun layak mengundi. Seronok juga melihat mereka ini ada yang PRO A dan PRO B, dan saya bangga dengan mereka kerana mereka masih menjaga tatasusila dan tidak menyerang atau berkata apa2 yang tidak baik walaupun tidak sependapat dengan saya.

Saya bangsa MELAYU dan agama saya akan terus kekal sebagai ISLAM. Parti mana yang saya pilih, tiada kaitan dengan siapa saya. Saya punya ramai kawan2 rapat mahupun saudara mara terdekat yang jelas2 tidak sehaluan tapi saya bangga kerana mereka masih menjaga etika dan tidak mengganggu saya. Begitu juga saya tidak mengganggu mereka. Kita ada hak masing- masing. Tak kira lah apa pun pilihan kita, kita terus pegang pada kata2 di bawah ini.


 Janganlah kita kata orang yg sokong A itu BODOH, atau yang sokong B itu BENGONG sebab POLITIK memang begini. Dengan jelas saya nyatakan saya suka BIRU tapi tidak membenci HIJAU. Tapi saya tidak suka MATA SATU, apatah lagi ROKET.


Panduan buat rakan-rakan yang akan keluar mengundi esok, keluar awal, cuaca ketika petang sangatlah tidak diduga. Bukan sahaja hujan yang dirisaukan tetapi ribut dengan kilat sabung menyabung juga mungkin terjadi sebab 3 - 4 hari ini itulah berlaku.

  


Untuk semua, BERSATULAH. UNDILAH DENGAN BIJAK.


 Kepada sahabat2 guru yang rata2nya kalau bersembang di kantin menyokong KERAJAAN BARU, kerja teruskan juga, jangan tak nak buat sebab mengharapkan agar KERAJAAN BARU memansuhkan semuanya. Hidup dalam realiti bukan lagi di alam fantasi. Lakukan tugas sehinggalah ada sekular keluar kata tak payah buat.

Jom tidur, kalau boleh, Solat Hajat 2 rakaat agar ditetapkan hati dan mendoakan agar MALAYSIA terus aman dan kita membuat keputusan yang tepat. Jangan pulak berdoa kemusnahan orang sebangsa dan seagama. Cukuplah berdoa agar yang kita sokong itu berjaya.
Esok jangan bangun lewat. UNDI dulu baru pergi minum di kedai MAMAK.
Hehehe...

Ops, terima kasih kawan yang SMS saya pantun ini. Saya juga ada pantun saya sendiri. Jangan pulak terasa hati...


 Esok sudah masanya keluar mengundi,
Sebelum ini masing2 dengan pelbagai janji,
Janji itu dan ini, langit dan bumi,
Bila dah menang nanti haruslah ditepati.

 Yang berkuasa terus mahu dipercayai,
Yang belum merasa nak juga merasai,
Tak lama kata mereka,
sepenggal pun jadi.

Apa yang pasti, REZEKI kita bukan ditangan sana or sini,
REZEKI itu di tangan ILLAHI, 
Siapa menangpun, kita akan tetap begini,
Pergi kerja pagi, balik dinihari.

Siapa pun jadi Pak Menteri,
Ingatlah REZEKI di tangan ILLAHI.
 REZEKI harus dicari, ia tak akan datang sendiri.
Jom, esok kita pergi UNDI,
UNDI ikut kata HATI,
usah peduli pada PERAIH UNDI.
Jangan buat keputusan kerana dipengaruhi.

Apapun, siapa pun jadi PAK MENTERI,
bagilah saya HLP yang saya mintak untuk kesekian kali,
bukan untuk apa, untuk saya punya PHD!

Hehehe..


 SELAMAT MENGUNDI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...