Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

12 tahun yang lalu..

Masih teringat, 12 tahun yang lalu, saya bertarung selama lebih 12 jam untuk melahirkan seorang bayi yang akhirnya terpaksa di forceps kerana saya sudah hilang tenaga. Masakan tidak, berpuasa sejak jam 7 pagi.

Kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan apabila seminggu sebelum saya melahirkan, saya sudah buat perancangan rapi untuk melahirkan di Pekan, Pahang. Namun begitu, rasa resah gelisah kerana belum dapat surat posting. Setiap ari Call ke JPWP untuk bertanya sehinggalah pada hari Rabu 13 Jun 2001, pihak JPWP kata saya dapat mengajar di Kuala Lumpur dan surat sudah keluar dan saya diminta lapor diri pada 18 Jun 2001. Serba tak kena dibuatnya, Menaiki kereta pada saat menunggu masa ini sangatlah berisiko tinggi. Masa dulu, jalan tidak seperti sekarang. Masa lebih kurang 5 - 6 jam perjalanan. Berdoa agar anak dalam perut tidak sibuk hendak keluar lagi.

Khamis 14 Jun 2001, en suami terus jemput saya dari kampung dan terus balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Tiba lingkungan j…

Sehari di Orchard Homestay! SuperB!! Best...

Jejak kaki buat pertama kali ke Hulu Langat. Pertama kali juga sampai ke sini. Menjejak kaki ke Orchard Homestay. Tak sangka satu kawasan yang lebih 5 ekar katanya milik keluarga dan semuanya mengusahakan Homestay. Kagum. Turun sahaja dariu kereta, kelihatan pintu gerbang yang sangat cantik ini. Walaupun L nya susah gugur tapi ianya tidak langsung mengganggu dan memberi gambaran buruk kepada Homestay ini. Ini baru betul2 homestay. Sangat unik. Sangat menarik. Melangkah kaki masuk ke pintu gerbang ini kelihat pelajar sedang beratur untuk makan sarapan pagi. Di dewan terbuka yang kelihatan sangat bersih dan luas. Terpaku kerana tidak pernah datang ke Homestay yang mempunyai kemudahan sebegini banyak. Sarapan pagi ini hanyalah roti bersama telur scramble dan ayam salai kot namanya. Yang nipis tu. Nama apa ntah.

Pelajar menerima layanan istimewa apabila guru-guru menjadi pelayan. Saya lihat Cikgu Marlia, Cikgu Mariana, Cikgu Rismawati tekun mengisi telur scramble ke dalam pinggan pelajar…

Wah! Happy di hari pertama sekolah penggal 2/2013..

Sedar tak sedar, dah habis satu hari ini. Punyalah sesetengah orang tu tak bersemangan dan berat nak gi sekolah hari ini tetapi macam biasa masa berlalu sangat pantas. Rasa macam baru je sibuk2 pagi tadi nak gi sekolah, dah malam pun tetiba.
Macam mana anda lalui hari ini? Ada yang menarik tak? Saya hari ini berjalan dengan penuh lancar sekali. Tetapi hari ini sangat ralat di hati kerana tak dapat membantu Azny Rohaida (Ketua Rumah Sukan Gilbert) untuk bersama pelajar sukantara jam 1.15 petang kerana ada kelas di luar jadual berlarutan sampai jam 3. Akak janji ye Azny, esok akak tolong Azny ye. Saya selalu terlepas masa bertugas rumah sukan kerana waktu latihan rumah sukan itu, saya ada kelas luar jadual dengan pelajar ICT form 5. Esok pun sebenarnya ada kelas tetapi sudah saya batalkan mengenangkan mereka semua juga terlibat sama esok.
Hari ini, awal2 pagi lagi PENGETUA mengumumkan sesuatu yang menggembirakan saya. Opss... bukan saya sahaja, tapi seluruh sekolah.
Atas usaha Alumni r…

Laksa Pahang kuah Putih ala-ala Kuah Laksam..

Ha! Seperti yang saya beritau, ni saya nak kongsi sikit cara macam mana nak masak laksa pahang kuah putih. Sebenarnya tak taulah ni laksa pahang ke tidak, mungkin dah campur sikit ngan laksa Terengganu. Tapi saya panggil Laksa Kuah Putih. Ni sebenarnya resepi saya sendiri. Suka-suka. Setengah orang lain resepinya. Saya punya cara masak selalunya mudah dan cepat. Kali ni tak buat video loo.. sebab mudah sangat. Jom tengok barang apa yang penting. Pertama sekali, kita pastilah perlukan Mee nya. Terpulang pada anda nak pakai Mee apa. Tapi Laksa ni, saya suka pakai MEE BATANG. Saya selalu beli masa balik Pekan. 
MEE

MEE lidi ni ada SIJIL HALAL JAKIM. Hehe. Mak saya selalu beli sekotak. Dalam kotak tu ada 50 batang. Mee ni macam spegeti tapi lembut.
 Mula-mula didihkan air lah. Baru masukkan Mee Batang tu, Patang dua lah. Kalau tak nanti panjang berjela pulak mee ni. Lepas dah masukkan, perlahankan api. Kalau air tak cukup banyak, Tambahlah air panas. JANGAN TAMBAH AIR SEJUK!! Melambatkan…

Tamat sudah cuti sekolah.. back to normal rutine!!

Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah pertengahan penggal pertama. Kat Terengganu, Kelantan dan Kedah dan mulakan Penggal ke-2 hari ini. Kita di negeri2 lain akan mula esok?
Amacam? Enjoy cuti?  Saya seronok cuti bukan sebab gi jalan mana-mana pun tapi sekadar merehatkan diri di rumah, menghantar anak ke kelas tambahan anjuran sekolah SK Wangsa Melawati dari Isnin - Khamis minggu pertama tu. Setiap hari ada kelas dari jam 8 pagi - 12 tengahari. Jumaat - Ahad kami berada di Pekan, Pahang menjenguk ayahanda dan bonda. Tak boleh duduk lama kat kampung sebab ada agenda lain di KL. Maafkan saya Mak ye. Saya kesian ngan Mak sebab pasti sunyi. Maaf sebab tak sempat bawak mak pergi Kuantan. Mak selalu merungut kalau nak gi Kuantan kena tunggu anak2 sebab abah selalu tak bagi pergi sendirian bawa kereta. Kalau sebelum ni, kalau tak pergi ngan kami, mak pergi ngan Mak Su. Mak Su ni walau tak de lesen tapi tau semua jalan. Sekarang Mak Su terpaksa ikut Pok Su ke Kuala Lipis. Di tukarkan k…

PPT 2013 - Markah ICT Form 5

Apa khabar semua? Walaupun masih ada 2 hari baki cuti sekolah, nampaknya ramai yang dah masuk mood sekolah. Haha. Kebanyakkannya tak puas bercuti. Puas ke tidak, itulah hakikatnya, kita dah cuti lebih 14 hari. Saya dah siap markah untuk kertas ICT. Tapi markah ni dalam kiraan /70 sahaja. Nanti markah terkini setelah di kira kerja kursus akan saya masukkan kemudian. Muhammad Syafiq bin Abdullah - 35/70 Fitri Qusyairi bin Shamsairi - 55/70 Akmal Hafizi Annuar - 54/70 Andrew Wee - 58/70 Brandon Lee Veng Kit - 44/70 Chin Mun Kin - 64/70 Looi Kah Chun - 64/70 Fong Wing Soon - 64/70 Lim Khye Bing - 64/70 Mohammad Amirul Zafri bin Mazlan - 31/70 Muhd Zahidi Ilman bin Zalin - 42/70 Darren Nicholas Cyril - 42/70 Amirul Shahril bin Azhar - 44/70 Mohammad Hyder Bin Abdul Salim - 57/70 Prasanthanan Mahalingam - 32/70 Ada yang sangat bagus seperti yang saya jangka. Ada juga yang mengecewakan. Sedangkan ada soalan yang sepatutnya anda skor. CHIN MUN KIN & LOOI KAH CUN yang paling tinggi markah…

Homemade Sizzling Mee.. Resepi suka hati!

Hehehe... Tetiba terasa nak buat video lah. Tapi video ni saja je suka2 main masak2 dengan anakanda Aliya yang bersungguh2 membantu bondanya ni. Tolong potong2 bahan dan siapkan bahan2 untuk bonda masak. Ramai yang pernah makan di rumah saya dan ada yang minta resepi. Sebenarnya memasak ni semua orang boleh. Resepi berlambak dan kalau gi kedai buku boleh beli macam2 jenis tapi kadang2 x menjadi. Bukan salah resepi kadang2 salah cara kita laksanakannua. Sayapun sama, kadang2 jadi dan kadang2 tak jadi.
Resepi ni sebenarnya saya langsung tak tengok dalam buku,  Kami suka sangat makan Sizzling Mee ni so setiap kali makan saya akan cuba meneka apa yang ada di dalam kuah tersebut dan akhirnya dapatlah reka satu masakan yang rasanya macam sama je.
Saya ingatkan, kalau ikut resepi dan cara saya ni, kalau x jadi apa nak buat lah kan, sebab air tangan orang yang masak juga main peranan. Lepas tu saya tak de main sukat2, so tak pandai nk bagi sukatan, saya masak apa pun pakai ikut rasa je kecua…

Chicken Pox? Macam bukan je. Dah tu sakit apa??

Cuti sana cuti sini. Korang pergi mana cuti ni? Maklumlahkan, bila tgk kat FB ni, ramai sgt yang bercuti ke sana ke mari. Ada dalam negara dan ada di luar negara. Untunglah ye, saya tumpang gembira. Rezeki masing-masing lah ek. Ada yang suami isteri cikgu memang pulun cutilah. Ada juga pasangan yang boleh cuti lama n budget pun banyak untuk becuti.
Saya? Tak ke mana2 pun. Balik kampung sahaja. Tu pun x dapat balik lama. balik 3 hari 2 malam sahaja. Tak sempat buat banyak benda tapi apa nak buat, ada banyak perkara yang menghalang untuk tidak tinggal lama di kampung.
Balik kampung kali ini, terasa sangat nak makan 2 benda. Satu ialah nak makan Murtabak Pekan dan juga goreng pisang Jimmy kat Pulau Jawa tu.
Jumaat tu saya sekeluarga sampai seawal jam 10 pagi. Terus ke hospital Pekan, dengan harapan servis di sini lebih baik berbanding di KL sebab orang tak ramai. Bukan apa, muka saya yang mula terbakar sehari sebelumnya semakin teruk hingga merebak ke mata. Apa yang tak kena dengan kami…