Pengikut Setia

Makluman : Laman blog saya telah berpindah ke http://www.normsuperb.com. Sila layari normsuperb.com untuk perkembangan terkini drpd saya!

Friday, 5 July 2013

Jom Jadi Ahli Koperasi Guru-guru Malaysia

 
 
Apakah KGMB?
KGMB adalah Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad, sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh guru-guru pada tahun 1967 dengan nombor pendaftarannya 4320.
Siapakah yang boleh menjadi anggota KGMB?
Guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang berkhidmat adalah layak untuk mendaftar menjadi anggota KGMB.
Apakah tujuan penubuhan KGMB?
KGMB ditubuhkan bertujuan untuk:
  1. Menggalakkan penglibatan masyarakat guru dalam pertubuhan koperasi supaya dapat membantu diri sendiri dan rakan anggota
  2. Menanamkan sikap berjimat cermat
  3. Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada anggota yang memerlukan mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan
  4. Menggalakkan anggota mencarum, menyimpan dan membuat pelaburan dalam semua aktiviti KGMB
  5. Melaksanakan dan mengurus satu skim Tabung Kebajikan di kalangan anggota
  6. Memilih dan mengatur bagi mendapatkan polisi Insuran Berkelompok (Takaful) dari agensi insuran yang berwibawa
  7. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh menguntungkan koperasi dan anggota.

Permohonan Menjadi Anggota KGMB

Anda berminat untuk menjadi anggota Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad? Jika syaratnya telah dipenuhi, anda boleh muat-turun Borang KGM1 (muka surat 1 dan 2) berikut dan ikuti panduan seperti yang tertera di bawah:

Panduan Mengisi Borang Menjadi Anggota dan BPA 1/79

1) Borang Menjadi Anggota
     *  Lampirkan 2 salinan kad pengenalan
     *  Lampirkan 2 salinan slip gaji yang telah disahkan majikan
     *  Lengkapkan di kedua-dua muka surat borang tersebut


2) Borang BPA 1/79 (Surat Pengakuan - Biro Perkhidmatan ANGKASA)
     *  Sila gunakan pena mata bulat (ball pen) berdakwat HITAM
          sahaja.
          Borang yang diisi menggunakan pena mata bulat yang lain
          tidak akan diproses oleh Biro ANGKASA.
     *  Anggota cuma perlu mengisi Bahagian 1, 2 dan 3
     *  Pastikan ada cop majikan pada borang sebelum diserahkan.
Banyak manfaatnya. Saya dulu dapat RM750 semasa tamat pengajian Peringkat Sarjana. Kalau nk jadi ahli boleh hubungi saya juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...