Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Macam mana nak sort dokumen untuk temuduga HLP/CBBP TB Master/PHD?

Alhamdulillah. Masa berlalu sangat pantas. Sepantas kilat. Terasa baru sahaja tgk surat untuk hadiri temuduga. Tup2dah habis temuduga pun.


Minggu ini adalah sesi temudunga calon PHD dalam maupun luar negara. Minggu depan untuk program Master. Untunglah korang ada banyak masa produce n baiki proposal n boleh prepare well. Saya memang kelam kabut sebab kebetulan sibuk dengan PBS SPM, FROG, SPS dan macam2 hal lagi lah.
Saya sebenarnya adalah penerima HLP Tahun 2008. Saya mohon  2 kali dan kedua2nya dapat temuduga. Kali pertama saya GAGAL tetapi kali kedua BERJAYA. Saya tamat pengajian pada Mac 2011. Tahun 2012 saya cuba mohon lagi sekali untuk program HLP untuk PHD tetapi semasa mengisi borang, ada perkara yang saya tak boleh isi sebab ketika itu saya belum cukup 1 tahun habis master. Kali ini saya cuba dan alhamdulillah dipanggil temuduga.
Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, temuduga sewaktu MASTER lebih MENJERIHkan berbanding PHD kerana banyak tumpuan dan boleh tanya macam2 termasu…

Restoran Adam Lai - Good or Bad?

Terasa nak tulis pasal Restoran Adam Lai pulak. Masa mula2 buka di Taman Sri Gombak, takut jugak nak singgah. Tapi hari ini balik dari menonton wayang, singgah untuk kali ke-5. Kali ke 4 saya pergi ke sini ialah masa berbuka Ramadhan yang lalu.  Boleh tgk kredit n puji-pujian yang saya tuis dalam post saya yang lalu kat <<SINI>>. Masa saya pergi masa tu sebenarnya saya makan TomYam Seafood & Nasi Putih. En. Suami makan Nasi Goreng Kampung. Dan anakanda saya ALIYA makan mee yang saya selalu makan kat bawah ni.

Kali pertama saya makan, kedua kali datang pun makan menu ni, kali ke tiga juga. En. Suami memang puji. SEDAP sangat. Tapi masa anak saya makan berbuka hari tu memang OUT. Mungkin kerana masak awal then asing kuah dan mee terlebih dahulu. Tapi yg saya tak boleh terima ialah kuahnya tidak bercampur telur seperti kebiasaannya. Akhirnya anak saya tak makan. Saya order nasi goreng kampung 2, so anak saya makan nasi goreng tu. Sebenarnya nasi goreng kampung tidak sepe…

Aduh!! Sakitnya. Sompek dah iPAD ku.

Adoi. Sabau je lah. Tak sampai setahun pun usianya. Sakit ipad mini, sakit lagi hati ku. Saya ni memang cemercap kot. Apa je benda, mudah sangat terlepas dari tangan ni. Saya raa saya punya handphone semuanya pernah jatuh. Samsung Galaxy Note saya pun pernah sompek sebab jatuh dari poket masa nak turun dari kereta. Masa tu baru beli 2 minggu kot. 
Ha. Amik ko. Aduhai. Cam no nak buek. Sodeh hati den. Tak apalah. Saya sebenarnya jelas ngan en suami. Semua barang2 dia walau dah beli 10 tahun masih sama je macam baru. Barang dia guna pun tak pernah rosak. Huhu. Dia selalu cakap saya tak senonoh n tak pandai jaga barang. Tak salah pun. Benar kata2 tu. Kalau tak, tak kanlah dalam tepoh 12 tahun berkhidmat ni saya dah pakai 3 laptop. Aduhai. Sabarlah ye sayang dengan saya yang cemerkap ni.
Oh, ya.. sebelum saya ada ipad Mini ni, saya ada satu lagi ipad2. Hahaha. Nak tengok apa jadi?

Ni bukan salah saya. Anakanda saya ni buat jatuh. Agaknya masa guna, tersalah pusing, then benda tu tergelon…

Tergoda dengan POST sendiri. Terpaksa masak jugak.

Post yang lepas saya ada share pasal masakan Mororcco tu kan? Haha. Saya memang suka makan tu. Sambil2 tulis poat tu saya dah terbau2 dalam otak rasa masakan tu. Tak boleh tahan. Saya pergi beli barang2 untuk masak benda ni. Kuah ngan COus2 di masak asing2 tau. Bila nak makan baru campur. Cous2 tak perlu banyak sangat sebab akan kembang. Kuah dia ni ada jugak yang makan ngan roti. Saya suka makan ngan COusCOus.
Jom tengok dan intai proses saya membuatnya. Kelam kabut sikit sbb masa buat video ni en suami dah balik. Hahaha. Nanti dia datang menjengah, malu pulak saya. So cakap pun macam bisik2. Dalam pada kelam kelibut ni, ipad mini ditangan untuk rakam video terjatuh ke lantai. Huhuhu. Cederalah kawanku. Nak tau macam mana dia cedera? Jom tengokKECEDERAANNYA.
Ok, saya dah siap edit videonya. Terimalah seadanya ye.

Koleksi gambar. Jangan tak cuba ye!!














Seoul Garden - Festival City

Anakanda ni sebenarnya dah lama sangat nak makan STYLE KOREA. Maklumlah. Peminat tegar KPOP. Ikutkan sahajalah. Lepas balik dari MATHS CATCH, saya bawa dia terus ke FESTIVAL CITY. Sebab apa? Sebab banyak kedai makan. Kalau tak jumpa kedai makanan KOREA yang HALAL, ada banya pilihan lain. Paling2 tidak pun, belasah SHUSHI KING je.
Ada banyak nama kedai dan terpandang satu kedai yang macam biasa dengar. SEOUL GARDEN. Tersenyum lebar anakanda. Kat ini tak de ALA CARTE kot (tak nampak pun menu). BUFFET sahaja yang saya nampak orang makan. Mula2 sekali dah terasa tak berapa best sebab bila dia letak harga Buffet untuk kanak2 yang berharga RM16** adalah untuk yang tingginya tidak lebih 1.5 meter. Biar betul. Anakanda saya ni dah lah terkenal dengan saiz tubuh yang besar malah lebih besar dari saya sedangkan umurnya baru sahaja mencecah 12 tahun.

Saya terlihat harga RM23.88* untuk 'STUDENT RATE'. Oh.. mungkin anak saya boleh dapat kadar ni. Puaslah bercakap dengan pelayan dengan men…

Maths Catch & Asiari SACC Mall

Sebenarnya dah lama tgk tempat ni. Nak hantar anak ke Seminar yang dianjurkan tapi selalu sangat masa tidak sesuai. Kebetulan pulak masa balik dari cuti raya ni ada Kelas Intensif yang dianjurkan selama 3 hari. Memikirkan jauh ke Shah Alam memanglah boleh jadi tukar fikiran. Tapi bila fikir masih ramai orang cuti dan jalan rasanya masih clear, saya gagahkan jugak. Banyak halangan termasuk dari orang yang ramat dengan saya tapi saya tabahkan juga hati. Dengan niat hati untuk memberi pendedahan lain dan usaha juga suasana lain kepada anakanda, saya redah juga.
Aliya saya masukkan ke dalam Program dibawah. Disamping itu juga saya dapat membeli MODUL TOPIKAL dan SOALAN RAMALAN yang mereka keluarkan. Jimatlah kos pos iaitu RM8 utk setiap buku. Sambil menyelam minum air. 
Alhamdulillah, Aliya gembira dan bersungguh2 meneruskannya untuk hari ke2 (hari nilah). Khabarnya tempat ini agak popular dan banyak membantu pelajar skor dalam Matematik. Menggunakan Teknik Kata Kunci tapi sayangnya anak…