Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

SPS... Fasa 1 & 2

https://sps.1bestarinet.net/SPS Saya hasikan satu hamparan eletronik di google drive yang mengandungi NAMA PENUH, IC NO DAN EMAIL YES guru memudahkan pendaftaran ID guru. Nama da nombor IC dapat dari salinan di pejabat. Saya jadikan ianya sebagai AKTIF dokumen agar cikgu semak no IC masing-masing kerana pendaftaran ID adalah menggunakan no IC guru. Macam biasa, tak ramai yang semak. Lama mana lagi nak tunggu, saya teruskan sahaja pendaftaran ID guru. Motif menggunakan email YES adalah nak memastikan cikgu masuk FROG untuk semak email. Hehehe. Lagipun nak menggalakkan guru pakai email YES. Kalau tidak, tak guna jugak. Selesai, saya sediakan satu hamparan elektronik baru yang menyenaraikan ID mereka, KATALALUAN dan KOD NAMA mereka. Sebab mereka perlu memasukkan KOD NAMA semasa tambah nama dalam sistem. Saya tentukan KOD NAMA bagi memastikan cikgu tidak meletakkan KOD NAMA yang macam-macam sehinggakan tidak dapat dikenal pasti siapa mereka. KOD NAMA ini akan digunakan untuk JADUAL WAKTU …

SPS buat kepala berdenyut..

Hari ini ada rakan dari SMK Sinar Bintang. Kenalan lama yang sama2 jadi JU JPWP satu ketika dulu. Lama tak jumpa cik adik ini. Masih macam dulu. Bezanya sangat kurus berbanding dulu. Kini sudah bergelar Guru Cemerlang ICT. Memang patutlah jadi guru cemerlang. Selayaknya. Sangat dedikasi dan bersemangat.
Hari ni dia datang untuk bagi seminar kepada semua pelajar ICT Tingkatan 5/2013. Lepas seminar kami ke kantin. Dia meluahkan rasa yang sama yang saya rasa. Kepayahan melaksanakan semua hal2 di sekolah memang menyemakkan kepala.
Mempersoalankan kenapa beban di hempuk atas kepala kami semua. Bertalu-talu. Berbagai-bagai. Ada sekolah yang ada jawatan luar norma iaiati Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan ada juru teknik. Tapi sekolah dia sama dengan saya. Tiada jawatan itu semua. Kami adalah guru biasa yang yang mengajar dan perlu lakukan semua ini.
Sedih dengan situasi ini. Dia pernah hadir perbincangan meja bulat bersama Menteri Pelajaran dan telah menyuarakan rasa dan pendapat tapi macam…

Sayalah KULI!

Orang senang untuk menilai. Orang senang untuk menghukum. Menguruskan barang adalah jauh lebih baik dari menguruskan manusia. Memang orang senang kata SABAR. Orang senang kata RELEKS. Tapi manusia tahap kesabarannya ada had. Tercabar sabarnya.
Tanggungjawab yang diberi kita jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Menjaga nama baik sekolah. Menjaga status sekolah agar tidak diberi amaran tetapi ada orang yang tidak faham. Ingat kita mengejar pangkat, mengejar nama, membodek pengetua dan kata2 lain yang menyatakan bagai kita ni manusia yg hanya akan berjaya atas dasar MEMBODEK dan segala macam.
Apa korang tahu? Pernah ke alami. Tak cukup tidur, tak ada masa bersama keluarga, tiada masa untuk diri sendiri. Semata-mata menyiapkan kerja agar END USER terimanya dengan baik.
Perkara yang mudah untuk diberi contoh. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang kini dikuatkuasakan di sekolah.  Sebelum cikgu terima ID dan password untuk kemaskini data peribadi cikgu sendiri, pelbagai benda yang orang…

Mendongak atau Menunduk?

Orang selalu kata, Jangan tengok orang gagal, tengok orang berjaya. Kalau tengok orang gagal kita rasa kita dah hebat. Kalau tengok orang berjaya akan buat kita kerja lebih kuat. 
Jangan tengok orang miskin tapi tengok orang kaya. Kalau tengok orang miskin kita akan mula puas hati sebab kita lebih baik tapi kalau tgk orang kaya kita rasa lebih nak cari duit banyak.
Tapi ada pulak kata, Kalau asyik mendongak sahaja tak boleh juga. Kena tengok n tunduk juga. Macam mana?  Pening jugak kepala ni ye.
Kalau orang motivasi cakap macam lain, orang alim ulama cakap lain pulak.